Thursday, April 29, 2010

passporttttttttttttttttt

semalam.
eh kejap. sekarang pukul 1.05 pagi. so kiranya semalam punya semalam, aku pergi Kompleks Pekan Rabu.
Kompleks Pekan Rabu ni terletak dekat area. errrr.. jap aku google.
haaa! dekat area Skudai. Skudai tu di dalam Johor Bahru ya.


 aku pergi sini untuk buat passport yang dah tamat tarikh tempohnya. mahu tak balik raya dekat singapore (kampung belah mak) kalau aku tak buat passport ni.
raya sorang sorang kat rumah la jawabnya... tapi aku rasa, mesti lagi best. tak payah bangun pagi hampir tengahari sebab nak kena layan tetamu yang start datang petang tu. wahhh. mesti best! hehe


aku bangun dalam pukul 6.15 pagi.
mandi cepat cepat. tapi tetap 30minit? aku pon tak pasti kenapa aku mandi lama sangat. sebab tabiat termenung dalam bilik mandi dah terpupuk kot.
aku tak sempat nak makeup makeup. sekadar pakai compact powder sahaja. eyeliner pon tak pakai. omg. nasib baik sempat pakai lens. sebabnya? kena keluar rumah pukul 7.00 pagi tu.


aku sampai sana around 7.50 pagi. pagi tak aku bangun??? pagi kan?! sila terkejut!
aku pergi sana dengan parents aku. sebabnya? aku belum 18 tahun lagi. kena parents ada bersama. tapi aku rasa kalau ayah seorang yang ada dah cukup.
sambung balik. aku sampai sana around 7.50 pagi. sampai sampai aku terkejut gila!
peh. gila panjang beratur nak ambil nombor? 100 meter ade kot? lebih aku rasa! tapi tak pasti.
yang penting, aku dapat nombor tu pukul around 8.30 pagi. bayangkan aku berdiri lama lama? sudah tentu aku membebel potpet potpet dekat ayah aku.
yang aku perasan dekat sana, kedai gambar charge RM12. so, kalau nak pergi buat passport tu, pergi la ambil gambar kat kedai lain awal awal. kedai lain RM10.00 sahaja. oh ya. jangan salah saiz pula! karang tak pasal pasal membazir kena ambil gambar lagi. RM12 weyh... bukan 20 sen

errrr. apsal aku macam suka lari cerita? takpa lah. sambung balik.
aku dapat nombor around 8.30 pagi tu. nombornya? 0191. dalam perkataan, seratus sembilan puluh satu.
abang yang bagi nombor tu kata, *ehem. gatal gila panggil abang* nombor aku akan dipanggil dalam pukul 10 pagi tu. cepat kan?

tapi nombor aku tu dipanggil dalam pukul 10.20 pagi. resit aku pukul 10:32:59 pagi. hehe
thank you abang bagi resit sebab puji! wakaka. kembang setaman doe dengar dia puji aku!
okay. itu tipu. dah 2 jam setengah aku kat sana. ingat aku ada mood lagi ke?
lepas dah blah tu, baru aku perasan... abang bagi resit tu smart. LOL. gatal siot!!!

aku kena ambil passport pukul 12.30 tengahari tu.
sangat penat okayy. sehari suntuk buat passport je.
malam tu pukul 9 dah tumbang. penat sangat sangat sangat! hehe

No comments: