Monday, April 5, 2010

Evolusi KL Drift 2

aku pergi tengok cerita ni sebab ikut ajakan akak aku.
nak harap pergi sendiri? memang hampeh la. tunggu keluar kat tv sudah.
oh ye, kitorg pergi dengan member member akak aku.
tapi kannnn. aku pelik la.
sejak bila member member dia layan cerita melayu?
mesti kes dah tak ada cerita mat salleh yang belum ditonton untuk hilangkan boring ni. hahaha.

sampai je kat Tebrau City, kitorang suma carik makan dulu.
gile la. semua kebulur tahap maksima aku rasa. kitorg makan kat El Migos.
boleh tahan la makanan dia. ;P

  muka aku pucat? salah makeup! :P

inilah kawan kawan akak aku, shena & ben.

wayang start pukul 5.20petang, 5.18petang baru kitorg pergi bayar makan.
ouh. makan dulu baru bayar ye. xD
ntah pukul berapa kitorg masuk panggung tu ntah.
lupa pulak nak tengok jam. ;P

susah betul nak carik poster ni.


ok. seriously aku dok menguap tengok cerita ni.
aku tak faham kenapa orang sebelah aku dok gelak gelak tengok cerita ni masa scene yang langsung tak ada unsur kelakar?
annoyed jugak la dengan diorang.

lagi satu, aku tak puas hati betul.
apehal Farid Kamil serabai gila dalam cerita ni?
ei. selekeh betul la aku tengok dia.
ei. tak puas hati betul la!
hahaha. ni takde kene mengene la kot.

paling tak boleh blah time scene yang Syamsul & Scha lepas kene kejar dengan Sam tu,
dah sedap Syamsul tu maki Scha, boleh pulak masuk adegan jiwang. adoi!!!!!! sakit kepala aku tengok!
"aku sayang kau Zack". omg! kau boleh cakap kau sayang dia lepas dia maki kau?
kata ganas, bukan sepatutnya kau maki dia balik ke? ei. tak faham la aku.

haaa. masa Scha nangis tu, lagi bertambah nak tergelak aku.
seriously, kenapa tak nampak sedih langsung?
& kenapa air mata dia lambat bebenor keluar?
scene sedih dah nak habis, baru air mata dia keluar.
ayo maaa. bukan ke pelakon patutnya teror bab bab meleleh air mata ni?
tapi tak kisah lah. asal bukan Fasha Sandha yang berlakon, dah cukup baik aku rasa.
aku tak boleh dengar sangat suara Fasha Sandha tu, bingit kepala otak aku ni.
aku pon tak tahu la kenapa.

aku kesian betul kat Farid Kamil.
kenapa dia jek yang kene dengan Aaron secara teruk?
habis kaki dia weyh.
yang hero siap boleh diri bagai, membe jadi camtu.
tak aci!!!!!!!! hoho


tak baik pulak aku rasa kutuk cerita ni.
tapi ok lah kot cerita ni bagi kategori cerita tempatan.

1 sepakan:

cik bunbun said...

hahaha. tak best ke cite ni? seb bek tak tgok lagi ;)