Saturday, April 10, 2010

Diploma? Degree? Master? PHD?

ni aku copy paste dari sini






Sejarah awal pendidikan di Britain adalah secara tak formal. Bapa mengajar anak dari mulut ke mulut apa yang dia ketahui dan anak itu mengajar anaknya perkara yang sama. Kehidupan mereka ketika itu adalah menyewa tanah para Raja dan Bangsawan dengan menjadi petani dan meniagakan hasil pertanian mereka sendiri. Perkara ini berulang-ulang hinggalah suatu ketika iaitu sekitar penghujung abad ke 18 dan awal kurun ke 19 (dikatakan Dajjal baru berpindah dari Britain ke Amerika menurut Imam Hossein), Britain mengalami revolusi perindustrian (pada saat yang sama sistem bank bermula) dan amat memerlukan sumber tenaga kerja yang ramai.

Apa yang dibuat adalah memperkenalkan sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan dan bagi sesiapa yang berjaya akan menjawat jawatan penting dalam pemerintahan. Perhatikan apa yang tersirat di sini.

1. Hanya yang cemerlang berpeluang bekerja dengan kerajaan.

2. Bekerja? Jadi, ke mana perginya perniagaan keluarga?

3. Dengan menuntut di sekolah, masa untuk belajar menguruskan perniagaan keluarga amat terbatas. Kemungkinan besar tanah pertanian tidak dapat diuruskan dengan baik. Katakan Amin (rekaan) hanya dapat 90% dari bapanya, lalu Amin ajar anaknya dan anaknya cuma dapat 80%. Lalu perkara ni berulang-ulang sehingga cucu cicit dan akhir sekali, generasi yang memiliki perniagaan keluarga tiada lagi. Hanya tinggal generasi yang tahu 'bekerja untuk jawatan besar'.

4. Jika hanya sedikit yang memiliki jawatan besar, apa jadi pada yang tak terpilih? Ya, mereka akan diserapkan ke dalam pelbagai bidang yang memerlukan pekerja. Secara tak langsung. Ini bermaksud, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British bermaksud "Sistem menghasilkan hamba berkemahiran khusus yang dibayar gaji".

Boleh terima lagi? Atau tak sanggup dah? Takpe, Nasib baik apa yang diajar dalam sekolah rendah dan menengah adalah ilmu asas yang diperlukan dalam seluruh kehidupan tak kira menjadi pekerja atau peniaga. Realiti sebenar hanya bermula sejak di Universiti.

Adakah anda perasan, anda perlu memilih hanya stau atau dua bidang khusus ketika di universiti? Seorang yang belajar kejuruteraan Kimia tak boleh ambil kejuruteraan Fizik dan Pengajian Agama Islam sekaligus. 3 tahun hanya untuk diploma Kejuruteraan Kimia, ditambah 2 tahun lagi untuk ijazah, 2 tahun lagi untuk sarjana dan setahun setengah untuk ph.D. jadi, kita hanya menguasai satu bidang ilmu dengan jayanya namun kurang pengetahuan di bidang yang lain. Walhal, Islam menggalakkan kita mendalami semua bidang ilmu.
Para pelajar di Universiti kebiasannya hanya pergi ke kelas, balik bilik ulangkaji lebih kurang, ada banyak masa terluang, pergi jalan2 dengan kawan, sms awek atau pakwe, atau duduk2, ataupun tido. Pembaziran masa. Padahal masa itu boleh digunakan untuk menjana pengetahuan dalam bidang2 yang lain.

Lagi satu. Seorang yang memiliki ph.D dengan bersusah payah.. tiba-tiba satu hari dia diberitahu "Ilmu kau tu tak berguna dalam kubur". Apa reaksi dia? Ya, seperti mana kita semua, mesti melenting dan defend habis habisan. Maunye tak, bukan senang nak dapat ph.D tu. Pihak Dajjal tahu bahawa satu hari nanti akan datang seorang lelaki yang memandang tinggi akhirat dan tidak menolak dunia. Dan lelaki ini mengajak supaya mengESAkan Allah swt. Jadi, untuk menghalang manusia dari mengikut lelaki ini, manusia harus diberikan sesuatu yang mereka banggakan. Sesuatu yang layak untuk menaikkan maruah dan martabat manusia di mata manusia lain. Sesuatu yang dipanggil.. Harta dan Pangkat.. Dan jalan yang paling mudah adalah menerusi pendidikan.

Mengapa pendidikan?Kerana pendidikan membekalkan pengetahuan. Pengetahuan adalah satu undang-undang minda. Apa yang kamu tahu, itu yang kamu turuti. Kalau kamu hanya belajar akaun, maka kamu akan jadi akauntan, sapa belajar perubatan, maka dia jadi doktor. mana ada orang belajar mekanikal jadi doktor kan? Ada tu ada, tapi doktor cucuk sendiri la. Jangan jadikan pengetahuan sebagai satu penjara bagi kamu, sebaliknya, gunakanlah ia sebagai senjata.

Bekerja dalam satu syarikat, tak ubah seperti sistem pyramid, 1 ketua dan ramai pengikut. Dajjal dan konco-konconya hanya perlu 'kawal' kepala pyramid dan pengikut di bawah sistem tu akan mengikut si kepala tadi.

Berapa ramai yang bekerja 9-5. balik kerja penat, tido, bangun pagi kerja balik. Di mana kebebasan anda? Apa yang kita buat hanyalah mengkayakan orang atas. Kerjalah sendiri kerana sebaik-baik rezeki adalah dari hasil tangan sendiri

Bukan MoD tak menggalakkan kita belajar lebih tinggi. Tapi sedar la hakikat ni. Kita bukan belajar untuk segulung sijil. Kita belajar untuk ILMU. Jangan bazirkan masa belajar anda untuk kuasai satu bidang saja, gunakan masa yang terluang untuk kuasi bidang agama.
Anda pasti terkejut bila melihat kebenaran Islam dari subjek yang anda pelajari di Universiti. MoD amat menggalakkan semua orang menuntut Ilmu kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

Jangan hanya berbangga dengan ilmu kita ada dan sebaliknya memperlecehkan ilmu orang lain. Kita sepatutnya berkongsi ilmu yang kita ada. Insyallah, makin banyak ilmu kita dapat, makin banyak kita tak tahu. Wallahua'lam. Kalau ada silap dan salah, tolong betulkan.

Yang baik dan buruk semuanya dari Allah swt tapi dizahirkan melalui MoD.
Segala pujian hanya bagiNYA. Wassalam

No comments: