Friday, February 21, 2014

May Allah ease everything.

Assalamualaikum..

Berharap sangat tiada halangan mendatang.
Keputusan secara tiba-tiba tanpa perancangan.

Secara tiba-tiba my mom asked me 'nak ikut Amelin and Aunty pergi Korea tak?" and I was like "Hell no. My communication skills is sooo sooo bad walaupun dengan cousin sendiri. I rarely talked to them". Amelin is my cousin and Aunty is our aunt of course. Amelin is going for a student exchange programme dekat Korea, thats why aunty aku pergi hantar. Her mother is a teacher and its not school holiday in February.

Then my elder sis and my brother pujuk pujuk jugak suruh pergi sebab aku asyik berkurung je dalam rumah. Aku rasa mak aku nak tebus janji pergi Batam, Indonesia last New Year Eve berdua dengan dia tapi tak jadi tu. Dah seminggu pujuk-pujuk, at last aku cakap "Okay. Beli la tiket". So my mom belikan tiket last 2nd January 2014. Malangnya tarikh dah dekat sangat dan tiada harga promosi. Aunty pon bising sebab tak cakap awal awal. Bukan sebab tak bagi ikut tapi sebab last month MAS ada buat promotion. Harga tiket around RM1300 for two ways to Seoul including 30kg baggage allowance and meals. Aku punya AirAsia pergi balik RM1500 without meals and 20kg baggage pergi dan 30 kg balik. Orang kata boleh dapat RM600 je tiket masa promosi. Gila! Aku ni dah la kedekut piang punya. Masa pergi Padang aku sanggup tukar balik duit and tak beli barang sangat sebab rasa membazir!


Perkara yang paling lambat aku aware adalah; End of February till early March masih ada snow. ITS WINTER! Actually I hate cold weather (i can sleep in a room without turning on the aircond or fan). This is super duper not good. Aku tak sika aircond and dijangkakan keadaan kat sana boleh cecah -5?!!!

Gah whatever it is, harap-harap semuanya berjalan lancar. Harap-harap la tak jatuh sakit kat sana, tak ada masalah kat sana.


p/s: Scheduled Post! Sorry kawan-kawan, pergi tak bagitahu awal. Bukan kedekut tak nak bagi orang kirim barang tapi aku tahu mesti semua menganjing aku nanti. Hahaha


Monday, January 20, 2014

Padang, Indonesia - The next 3 days!

Assalamualaikum.

Gigih ni merajinkan diri nak up 1 post.
Makin lama duduk rumah makin malas! Malas nak reply WhatsApp, malas nak IM dekat Facebook. Senang kata semua malas!
Ni semua bermula sejak aku minta tukar tarikh Speaking MUET dari 24 Februari 2014 ke 19, 20 atau 21 Februari 2014. Email dan permohonan aku diterima dan aku diminta tunggu seminggu. Kalau tak keluar nama juga, aku diminta email semula ke pihak berkenaan. Dah masuk minggu ke-2, email aku yang kedua sebab nama still tak keluar tu dah masuk seminggu tak direply. Sejak tu aku rajin check email je! Haih haih.
Sebelum aku start ranting semua benda, baik aku mulakan pengalaman hari kedua di Padang, Indonesia yang aku dah ingat-ingat lupa.


Untuk hari kedua ni, kami bertolak dari hotel jam 9 pagi waktu sana. Mula-mula pergi ke Istano Basa Pagaruyung. Tapi dalam perjalanan ke sana, kami ada berhenti dekat kilang kopi kot. Tak masuk pon kilang tu, layan scenery je.

Pemandangan yang terbentang luas

Wajib la nak bergambar!!

Kedai kopi?

Main congkak!

Jemput minum, air yang dihasilkan di tempat tu free je melainkan anda minta air yang bukan asal dari ditu. Aku tak rasa air tu sebab macam seram tengok banyak daun-daun dalam teh la apa la. Lepas bergambar, minum teh or kopi semua kami teruskan perjalanan. Bab jam perjalanan aku memang fail. Sorry! Aku rasa dalam sejam setengah je kot.

Kalau pergi ke sana, harap anda janganlah tidur seperti saya. Masalah kaki tidur saya memang kronik! Layan scenery kat luar lagi bagus kalau nak melancong. Hehehe. Ini lah dia pemandangan dalam perjalanan yang sempat aku snap bila aku terjaga dari tidur yang lena berbantalkan cermin tingkap. Jangan pelik kalau hgambar tak cantik, pakai Note 1 yang dah masuk tahun ke-2 pasa Disember 2013.




Akhirnya sampai ke Istano Basa Pagaruyung! Perasaan? Nak nangis! Panas yang amat rasa tak nak keluar dari kereta!





Kalau rasa nak gambar kenangan, IDR 30, 000 sekeping kalau tak silap. Ini hasilnya!

Pusing tak habis sampai bangunan kat belakang semua, terus balik. Masa kami datang ni memang ramai sangat orang dan cuaca panas sangat. Maybe sebab musim hujan yang 2 hari tak turun hujan??

Balik dari sana kami singgah di 1 tasik ni. Arghhh aku lupa nama tasik ni!

Nak pergi menyeberang tasik yang besar gila, angin yang nyaman ni, boleh lah naik bot tu. Dia tak ikut kepala. 1 boat lebih kurang IDR 300,000 yang boleh memuatkan 12 orang? Or 20 orang? Memang elok lah aku mendengar dalam keadaan mamai! Hahaha. Kami tak naik sebab kami 6 orang je. Rugi kalau naik sebab memang tak ada orang lain masa kami sampai tu.

Dah lepak-lepak tepi tasik yang nyaman ni, kami berangkat pulang semula.

Berhenti makan dan shopping shopping. Tak ada gambar sebab tak sempat! Melampau tak melampau la kan! Lihatlah duniaaaa bila perempuan yang berjalan ke tempat beli belah! Rasa-rasanya dalam banyak-banyak kedai wisata (untuk pelancong), kami beli di Linduang Bulan je. The price is quite reasonable bila tawar gila-gila and barang dia cantik. Sebab tu setiap kedai makan masa berejammmmm!

The best part is, edisi shopping bersambung di Pasar Atas dan Pasar Bumbung! Tiada aktiviti lain untuk hari-hari seterusnya! Aku pon terpedaya beli 2 pasang kain kononnya untuk baju raya. Kfine Kfine! Habis duit oi! Kalau akak aku memang banyak la dia beli sebab kawan-kawan banyak kirim.

Do take note that sulaman dekat Bukit Tinggi memang halus dan lebih berkualiti dari Jakarta dan Bandung. So, jangan la pertikai ye kenapa lagi mahal. Dan telekung travel semua tu barang dari Jakarta, sila beli di Jakarta untuk harga yang lebih murahhhhh. Kalau ikut kata mak aku, sulaman dari Medan paling cantik!
Oh ya, jangan pelik kenapa barang sikit tapi baggage mahal. Sulaman memainkan peranan penting ye. Berat lebih-lebih lagi sulam yang makan masa lama dan bukan sulam mesin tu.

Pasar Bumbung lebih murah dari Pasar Atas. Pandai-pandai la minta harga pasnya ya! Hehehe

NO PICTURES AS WE ARE BUSY SHOPPING FOR THE REMAINING DAYS THERE!
Hah kemain konon nak sepikingggg!

Taraaa tibatiba gambar di LCCT tunggu beg selama sejam! Kbai! Sakit hati sampai harini!

Sunday, January 12, 2014

Padang, Indonesia - Day 1

Assalamualaikum..

Last December 14th, aku bertolak ke Padang, Indonesia. 'Kami' to be precise. Yang perginya aku, akak aku, abang ipar, Mayeesa, 3 orang kawan my sis. 6 dewasa 1 kanak-kanak la kiranya. Booked Airasia ticket dari 14 Januari 2013 tu. Januari booked, Disember baru pergi kan. Amboi lama bebeno! Promo promo! Awal awal tu aku dah cuak jugak la sebab aku takut sangkut masa semester terakhir, tak dapat pergi maka akan burn la duit tiket. Akak aku yang bayar, poyo lebih je ni. Almaklumlah aku tak suka membazir pada benda yang tak pasti. Hehehe.

Total tiket RM 612 untuk 4 orang (Aku, Kakak, Abang Ipar dan Mayeesa). Harga tiket RM 232 je untuk 4 orang tidak termasuk Airport Tax, Fuel Surcharge, Insurance. Masuk semua tu jadi lah RM 612. Jangan lupa ambil insurance tau sebab masa nak balik Malaysia tu aku tengok ada orang hilang beg. Tak tau la apa jadi lepastu.

Aku di Indonesia dari 14 Disember hingga 17 Disember.
Flight LCCT ke Minangkabau Airport pada 14 Disember, jam 7.50 pagi. Aku pon tak sure la berapa lama ke sana sebab aku pergi membuta, balik pon membuta. Aku mabuk kenderaan, makanya tidur lebih baik dari muntah ye tak (kereta, bas, plane semua la). Dalam 1 jam 15 minit je rasa-rasanya.
Disebabkan pergi masa cuti sekolah, memang padat gila LCCT! Scan bag tu memang panjang gila! Elok aku beratur tiba-tiba ade line lain pulak sebelah aku ke belakang. Memang blur gila aku. Dah macam aku pulak potong line padahal elok je aku beratur dulu kannn. Jam 4 pagi kita orang dah bertolak ke LCCT dari Putrajaya. Jam 5.30 pagi check in baggage lepas tu makan sementara tunggu pukul 7.50 pagi. Park kereta di parking berdekatan Tune Hotel tu. Jauh tapi murah sikit dari yang dekat dengan terminal tu.

Airasia dari KL ke Padang ni sorry to say memang aku rasa teruk kot! Stewardess muka ketat and then 'buat muka' je kerjanya. Sebab flight pon sekejap je, aku tak sempat la habiskan makanan (Pak Nasser's Nasi Lemak), sebelum landed, stewardess mula la nak kutip sampah. Aku cakap aku tak makan habis lagi baru 2 suap, so nak bawak turun je. Yang sadisnya dia buat muka lepas aku cakap macam tu. Hukhuk. Kes akak aku lagi la. Akak aku bawak Mayeesa, a 2 and a half years old children, stewardess tu tak perasan kot and dia tak bagi embarkation card untuk Mayeesa. Lepas dia dah habis pusing tu akak aku panggil la stewardess nak mintak card. Dia dengan selambanya cakap 'card dah habis, ambil dekat dalam airport je'. Dekat tangan dia tengah pegang card tu wehhh! Aku duduk belakang sekali mestilah aku nampak (Akak aku duduk belah dalam, row depan aku and my sis bayar ye 1 kerusi untuk Mayeesa). Bukan nak sinis tapi stewardess tu Malaysian. Quite disspointed with AA's stewardess. Beli harga promo dapat layanan stewardess dengan harga promo la ye? Gah I should stop membebel pasal AirAsia. One thing for sure, better awak tingkatkan kualiti kerja awak. Kalau Malindo start buat ke serata tempat macam awak dengan harga promo yang sama macam awak, awak boleh bungkus tau. Malindo lagi selesa, tak tersepit kaki lepastu tak la charge macam-macam like your company. Free 15kg bag allowance pulak tu (based on experience).

Gambar wajib naik plane. Ambil dari kawan akak aku ni. Aku kan tidur sepanjang masa! Hehehe

Ok so sampai-sampai je dekat sana, cepat-cepat jalan masuk immigration dia sebab tak nak la beratur lama-lama. 2 kaunter je tau! Btw, immigration dia kat bahagian bawah. Jangan naik tangga! Yang keluar laluan depan flight yang patut guna tangga tu untuk turun ke bawah.


Kad putih tu ada bahagian sebelah kiri lepas anda masuk pintu ke Imigresen tu.. Nak cop passport tu keluarkan sekali tiket balik please. Aku pon tak sure kenapa tapi aku diminta keluarkan. Tunggu baggage betul betul depan cop passport tu je.  Kecil je tempatnya. Kehkeh.

Hotel, transportation semua kawan akak aku yang settlekan. Aku tak sure nombor telefon pemandunya, Pak Fery. Try Instant Message my sis's friend di FB. Harga yang dia ambil quite cheap.
Keluar-keluar je dari airport Pak Feri tu memang dah tunggu and then kita orang cakap nak terus naik Bukit Tinggi. Sebelum tu, minta berhenti dulu kedai mana-mana nak beli simcard sebelum naik. Hehehe tak boleh hidup tanpa internet kononnya. Beli SIMPATI yang harganya tak sampai RM 10 pon kalau diconvert. Dapat la guna internet for 3 days. Hari terakhir tu tak ada 'pulsa'nya dah. Hehehe

Telefon la kalau dapat. Haha. Simcardnya ada lagi ni tau!

Lepas siap beli simcard, kami teruskan perjalanan naik ke Bukit Tinggi. Jangan tanya la mual ke tak naik atas sebab macam biasa aku tidur dulu dah. Hahaha bakal suami, harap bersabar nanti nak kahwin dengan saya ya. Berhenti di Lembah Anai jam 11.30 pagi waktu Malaysia (10.30 pagi waktu sana). Nak masuk kena bayar sikit la, murah-murah je. Aku tak alert sangat sebab kita orang dah siap-siap kumpul duit bagi pada leader.

Here it is. Cantik! Air sejuk gila! Nak mandi silakan tapi pagi-pagi macam ni baik tidur. Hehe

Dalam 15 minit je masuk sini sebab nak naik Bukit Tinggi cepat-cepat.Tapi singgah pula ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Bayar lepas tu nanti ada la satu mbak ni datang cerita sejarah Minang semua. Kalau awak orang Negeri Sembilan mesti memang khusyuk nak dengar sebab saya yang tak ada kena mengena pon nak tahu. Ok ini tipu. Moyang saya orang Nogori, anak lelaki. Dan ada cerita sadis disebaliknya makanya terminat la kan nak tahu. Haha

keadaan dalam rumah tu


Rasa nak jadi retis sekejap? Sila lah sewa baju ini! Ada orang tolong pakaikan nanti.

Baju kahwin ni wehhhh! Umur 21 tahun dah pakai tau! Hahaha

Kenapa aku kata jadi retis? Ini diaaaaaa


Terima kasih makcik ambil gambar dengan kami! Hehehe. Sila tampar sorang-sorang!

Lama jugak la dekat sini berangan retis! Dah habis tukar baju semula, sambung perjalan ke atas. Berhenti di Pasar Aur Kuning, turun 5 minit je terus tak jadi. Carik pak supir semula cakap nak balik, penuh sangat orang. Rupa-rupanya hari Sabtu ada macam Pasar Pagi / Pasar Tani. Kita orang pon salah jalan sebenarnya. Kedai jual kainnya bukan di jalan besar tu. Kena belok ke kiri, ada lorong kecil sikit. Hah sepanjang lorong tu la kedainya!

Dengan keadaan yang panas gila, kita orang terus check in hotel. *Panas sebab baru habis musim hujan. Berpeluh macam dekat KL oi tengaharinya! Aku rasa bawak baju tebal-tebal buang masa je! Lepas bersihkan diri semua, tidur dalam sejam. Dalam jam 6 petang keluar ke Pasar Atas. Dia area Jam Gadang tu je. Nampak ada 1 bangunan ala ala 'shopping mall' yang tangga dia tinggi la jugak. Hah itu la Pasarnya!

Hah di belakang tu yang ada harimau tu. Masuk situ ye!

Kalau tak nak naik atas tu, dekat sebelah kanan tu pon ada juga kedai-kedai jual telekung, keychain, t-shirt. Bawal RM2.50! Hahaha. Tapi masuk ke bahagian dalam-dalam. Lebih dalam lebih murah! Dekat Jam Gadang tu boleh tahan mahalnya. Sebelum tu make sure haggle gila-gila! Mula-mula tanya berapa, lepas tu tanya "Harga Passnya berapa?", lepas tu mintak kurang lagi! Ingat anda orang luar, memang harga boleh tahan mahal dia letak. Dan di Bukit Tinggi ni boleh je nak bayar guna duit Malaysia tapi rugi sikit la. Bahagian atas ni jual kain pasang yang berkualiti sikit la dari bahagian bawah.

Ni antara kain pasang kedai di atas.

Sebelum balik hotel, kita posing dulu dengan Jam Gadang!

Syok sendiri di Jam Gadang!

p/s : Macam yang ramai orang cakap, hati-hati di Jam Gadang ni. Banyak sangat orang pakai maskot yang tiba-tiba masuk dalam gambar anda dan mintak RM5. RM ye RM bukan IDR sebab dia kenal la orang Malaysia.

Kalau rajin ada la hari ke-2 dan seterusnya kalau tak memang terbengkalai la macam ke Sabah! Hehehe

Wednesday, January 1, 2014

JB - KL by Malindo Air

Assalamualaikum...

13 Disember yang lepas, first time aku naik Malindo Air!
Dah lama asyik bukak page Malindo ni sebab teringin nak naik. Hahaha jakun much aite?

Aku kena pergi KL sebab keesokan harinya iaitu 14 Disember, aku akan bertolak ke Padang, Indonesia dari LCCT. Tiket dah beli awal bulan 2 dulu. (Tiket dibelanja akak aku la. Hehe)
Awal bulan 12 yang lepas, Malindo Air ada buat promotion. Aku dapat RM 39 dari Senai Airport ke KLIA. Tambah insurance RM 12 jadi la RM 51. Quite cheap compare to AirAsia that time.

Web Check-In dibuka 48 jam sehingga 4 jam sebelum berlepas. Ada terma dan syarat jugak. Contohnya tak boleh web check in kalau ada baby, untuk ibu mengandung, penumpang bawah 16 tahun yang pergi bersendirian. Do check Malindo page for more info. Seat memang kau boleh pilih sendiri masa check in tu. Tapi jangan la berangan nak duduk Business Class kalau awak beli Economy Class ye. Macam aku, duduk belakang Business Class. Boleh lah tuuu dekat dah dengan Business Class. Hahaha perangai teruk!

Bagi yang tertanya-tanya pasal free baggage allowance yang Malindo tawarkan tu, it's real!!! Domestic (Economy) dapat 15kg free. Yang ni memang puas hati gila! Aku ni memang jenis bawak barang banyak macam nak pindah rumah kalau ke suatu tempat, so memang terbaik la dapat baggage allowance for free ni.

As soon as I reached Senai Airport, aku terus check in baggage. 10kg oi aku bawak! Banyak jugak tu kan! Tak sesak sangat maybe sebab time aku datang tu orang dah siap check in? Oh yeah, do tell them at the counter if you are going to check-in your baggage. And your I/C too. Aku busy bertelefon time tu sebab result temuduga untuk ijazah UiTM keluar betul-betul time aku kat Senai Airport tu. End up dia kena buat semula sebab tak perasan aku nak masukkan beg aku (I brought cabin bag size bag actually).

Lepas dah siap semua, aku terus masuk dalam and tunggu for the plane. Naik naik, aku terus carik cable phone, nak charge phone. Almaklumlah, dapat tahu pasal panggilan temuduga hah memang busy gila call sana sini. End up dapat tahu aku seorang je yang apply course bertemuduga. Dangggg! Rasa ntah apa apa!

Walaupun flight dalam 45 minit je, aku tidur la jugak. Aku kan memang kaki tidur! Dapat air mineral kecik dan biskut for free. Alas perut la. Tak agak agak la kalau nak free nasi bagai.

Last-last sampai KLIA, tunggu for my bag dalam 15 minit and then turun ke tingkat bawah untuk ke ERL, ke Putrajaya. ERL belah kanan ye ke Putrajaya, belah kiri tu terussss ke KL Sentral! Hehehe.

Conclusionnya, Malindo Air ni memang OKAY! SUPERB for Budget Airline! Quite cheap bila ada promotion. Sampaikan masa kita orang balik dari Padang (naik the other one budget airline) and bermasalah dengan plane berhenti di kawasan domestic. yang paling hujung pulak tu! Maknanya sangat jauhhhh untuk cop passport. Lepas tu bag terlampau lambat sampai. 1 jam lebih menunggu beg sahaja. Paling teruk sekali, tak ada troli langsung.

Akak aku dah komen kalau Malindo buat ke luar negara dan ada promotion macam the other one, she bets that people will go for Malindo!


Sekian. Kihkih