Monday, March 1, 2010

Happy Bithday To You Happy Birthday To You

Hari jadi kau jatuh pada 29 Februari, tarikh yang cuma ada 4 tahun sekali. Tahun lepas takda, tahun ni pun takda. Eh eh! Tahun depan pon la! Ish kesian nya kau! Hehehe. Aku tak jahat eh, aku baik! Sebab tarikh birthday kau yang pelik ni la aku senang nak ingat (aku kan pelupa tahap karma)

ni aku nak bagi ayat comel sikit (bayangkan aku tengah kelip kelip mata gaya budak perempuan gedik nak mintak aiskrim seringgit aiskrim 20 sen taknak aku budak perempuan demand)

ok sediakan baldi kat tepi kau sebab aku tergelak gelak nak tulis benda ni. confirm kau pulak loya nak baca. hehehe.

teman,
terima kasih kerana sudi menjadi temanku.
kau sentiasa berada di sisiku saat susah dan senangku dahulu.
kau sentiasa memahami rasa hatiku.
kau juga sentiasa menghulurkan bantuan kepadaku
tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata betapa aku berterima kasih kepadamu
juga betapa aku sayang kepadamu.
persahabatan yang telah kita bina 3 tahun sudah,
amat bermakna buatku.
tidak ku sangka,
persahabatan kita akan menjadi begitu erat pada saat itu.
Terima Kasih Temanku.

Happy Birthday yang ke Lapan Belas (?)


dah besar dah kau! dah 18! nak tengok cerita 18sx ke 18sg ke, jangan lupa ajak aku! (aku paling tak hingin masuk cerita hantu ngan cerita terkejut terkejut. tak jadi la 18sg, 18sx je hehehe gatai!)

tak lama lagi aku pulak 18 tahun! dewasa beb dewasa! bangga i! muahahaha

No comments: