Thursday, May 5, 2011

Roomates sesi Disember 2010 - April 2011

cewah nak sesi sesi pulak kan. senang kata, first semester ni je la.
so untuk first semester ni, aku duduk di bilik M2004 (Melati 2, Ground Floor, No 04)
tapi blok Melati 2 ni terletak di hujung sekali, betul betul di sebelah hutan.
monyet berkeliaran dekat blok ni adalah benda biasa.
monyet masuk ke bilik bilik di blok ni pon adalah benda biasa. -__-"

aku ni dah bosan tahap gaban duduk rumah cuti semester sebulan ( 1 Mei - 28 Mei).
harini baru 5 Mei tapi dah rasa tepu sangat sangat!
sebab tu la aku asyik post entry yang mengarut ngarut. ni semua nak hilangkan bosan sikit sikit. haishhh

so, kali ini aku nak post entry berkenaan roomates aku! (actually nak post gambar je. hehehe)



Pra Diploma Akaun
19 Tahun
Lahir di Pulau Pinang
Menetap di Kamunting, Perak
Bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Kadir (Kadiaq! haha)
Pemain Hoki Sekolah

Dalam 3 orang roomate aku, Mira yang paling rapat sekali dengan aku. Aku ke studio malam malam Mira yang teman, aku ke library malam malam dia jugak yang teman, aku ke Kekwa nak online dia jugak yang teman, aku ke Dewan Makan malam malam dia jugak yang teman, even aku ke toilet malam malam pon dia yang teman!
Dia ni pandai gila matematik dengan akaun tapi rasanya lagi power akaun la. Tengok dia belajar and selesaikan jawapan Akaun & Matematik, aku yang sakit kepala. hehehe
Actually dia dah dapat tawaran Diploma Akaun masa sesi Julai tapi dia tolak atas sebab sebab tertentu. Untuk sesi Disember ni, kawan dia yang apply kan Pra Diploma and then ayah dia minta dia sambung belajar so tanpa menghampakan harapan ayah dia, dia masuk lah Seri Iskandar ni dan dapat pulak sebilik dengan aku. Hahaha.
But for sure, I'll be missing her like hell sebab next semester dia akan masuk Diploma and maybe ditempatkan di kampus lain dan tak dapat jadi roomate aku lagi.


NOR HIDAYAH (IEDA)
19 Tahun
Dari Rantau Panjang, Kelantan
Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang

Ini diaaaaa penghuni katil atas aku! hehe.
Sejujurnya, kita orang tak ngam masa bulan pertama dekat UiTM Seri Iskandar, tak tahu lah kenapa.
Tapi thank God, lama lama boleh ngam. Susah tau kalau sebilik tapi tak ngam, tak tenteram hidup! hehe
Kita orang satu course tapi tak satu kelas. Dia dapat kelas B and aku kelas C. Heyyy ini Universiti bukan sekolah ok, jangan pandang kami ikut kelas yang kami dapat (mula mula student kelas A and B tak nak campur dengan kita orang. T_T)
Untuk semester 2, Ieda tak dapat sebilik dengan aku, dia dapat blok Kekwa 1. Jauh jugak lah dari blok Melati 2, melangkau 2 blok (padahal ak lah jauh mana pon)
Ieda, dah dapat bilik lain jangan lupakan kita orang yeee. ^_^


NURUL JANNAH (JANNAH)
Diploma Senibina Landskap
19 Tahun
Berasal dari Kluang, Johor
Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang
Pemain Bola Jaring Sekolah



Member senegeri. hahaha. tapi aku bukan bersifat kenegerian ya, aku tak rapat dengan Jannah macam aku rapat dengan Mira. Mira tu orang Perak tau! Tapi boleh dikira rapat la jugak, kadang kadang aku luahkan masalah kat dia selain Mira. Kita orang tak rapat sangat sebab Jannah selalu busy dengan project dia. Budak Landscape ARCHITECTURE la katakan. tapi serious, dia memang sangat busy, jarang tido.
Jannah ni roomate aku untuk semester 2 ni, kami berdua je untuk 1 bilik! tapi bilik 2 orang sangat kecil! hahaha
Jumpa lagi Jannah! :P


yang penting, aku sayang kau orang sangat sangat! 5 bulan duduk sebilik, aku dah serasi dengan kau orang. Jangan lupakan memori kita even dah tak sebilik or seuniversiti. Sorry sebab kena layan aku yang suka cakap lepas, suke TERsepak bila tengah gelak gelak, selalu mencarut and lain lain. Aku harap kau orang faham la ye. hehe

Wednesday, May 4, 2011

Dinner 1st Semester

Tema dinner Town and Regional Society (TRiPS) untuk semester Disember 2010 - April 2011 ini adalahhhh...
Retro 70-an!!!!
seventies ye bukan 60s, 80s or 90s.
First time beb aku pergi dinner so mesti la semangat waja gilaaaa.
Siap suruh akak aku pos baju and makeup lagi.
But of course bukan baju 70-an la. Susah beb nak cari. 70-an tu tengah zaman skirt pendek seksi meksi.
Aku just mintak pos kan baju kebaya pendek.
Tu zaman 60s kan, tapi ade aku kesah? asal retro sudah. hehehe

Tak ramai yang join dinner ni. dalam 100++ TRiPS students je.
Tak sporting kan? memang! lagi lagi classmate aku yang 'dekan' sangat semua. Ish3. Dah lah tak pergi, sesedap je kata aku childish join benda benda camni. ceit. taknak pergi, jangan la comment aku, kan aku dah comment kau balik. T_T

actually buat entry ni nak post gambar kita orang (aku dan membe membe ku. actually aku je hahahaha) dekat dinner tu je. hahaha gila glamour!



ok aku mengaku memang over baju aku. -___-"


dengan roomate (coursemate jugak), ieda

dengan coursemate, miera

 classmate tercomel! fafaz 

 hehehe. anis, mas, abang idrus, sazzy, fafaz, amy

 edy, fara, miera, sazzy, meen, fatin, ieda, mas


naimi!!!!!!! ^_^

 retro girllllllll! liyana mastura! ^_^



 our seniore. senior adlee and senior faizal




lambat la nak upload gambar...
masukkan mana yang sempat je la. haishhh

Tuesday, May 3, 2011

Life dekat UiTM Perak

fuh dah lama gila tak update blog. Sejak masuk UiTM Perak tu la.
Mana tak nya, internet dekat blok Melati, Kolej Indera Mulia tu memang agak tutttttttt! Kalau nak online sangat sangat sangat kena la menapak ke blok Kekwa.

Oh ye dekat UiTM Perak terchentaaaa tu ada 4 kolej;
Indera Mulia, Cempaka Sari, Indera Sakti, and Pasir Salak.
Aku of course lah dekat Kolej Indera Mulia, dah terang terang kat atas ni aku inform. hehe.
Untuk Kolej Indera Mulia (KIM) ade 4 blok; Kekwa, Melati, Cempaka, Teratai (Siswi)
Kolej Cempaka Sari (KCS); Anggerik, Bakawali, Dahlia (Siswi)
Kolej Indera Sakti (KIS); Angsana (Siswi), Bidara (Siswa)
Kolej Pasir Salak (KPS); Cemara (Siswi), Damar (Siswa)
Jumlah kolej berbeza sebab saiz bangunan blok berbeza ye anak anak.

Indera Mulia dengan Cempaka Sari area Uptown and Indera Sakti dengan Pasir Salak area Downtown.
Uptown dengan Downtown tu kira macam cafe kot. Uptown buka siang hari, Downtown malam.
Dekat sini ada jugak Dewan Makan (DM) untuk setiap kolej (macam sekolah je nama dewan makan) yang buka siang malam kecuali DM Cempaka Sari. Kat situ untuk buat apa apa event kecil kecilan je.

Errr. pada pandangan aku, paling kesian blok yang aku nginap ni laaa! haha.
Sorry Rektor serta staf staf UiTM Perak, walaupun dah diingatkan jangan nak cerita cerita dekat blog or dekat facebook or mana mana tempat kat dunia alam maya ni, saya dah terbuat entry.
Kolej saya ade 1 je router or modem untuk 2 bangunan (Melati 1 & 2), (Kekwa 1 & 2), (Cempaka 1 & 2), Teratai teman tak tahu le, teman tak jelajah blok siswa.
Aku tengok kolej Cempaka Sari, 1 blok 1 router or modem. Contohnya Dahlia 1 router lain dengan Dahlia 2 (aku tak jelajah pon blok siswa yang ini tapi aku tahu sebab internet dia orang boleh detect dari Dewan Makan). T_T
Blok aku takde rak kasut, blok lain ade. Sedihnye saya! nasib baik saya susun semua kasut dalam bilik kalau tak jadi tempat kucing kencing or tidurlah gamaknye.
Blok aku takde stor sendiri, nak simpan kena menapak ke stor cempaka atau kekwa. Tolonglah faham, berat nak mampoih kot! Dengan perangai budak UiTM ni yang selfish tak reti tindih barang, semua nak letak atas lantai, tak fikir orang lain, lagi la menyakitkan hati. Dah tak memasal aku jadi pekerja tak bergaji nyusun barang minah minah sewel tak reti pikir orang lain tu semua. bengang bengang.
dah la tak nak cite pasal Kolej lagi nanti mesti teringat minah sewel then sakit hati lagi.

Untuk course aku, Town & Regional Planning, masuk under Fakulti Senibina Perancangan & Ukur.
Banyak lagi course under fakulti ni tapi aku tak ambil tahu sangat. Sikit sikit je tahu macam Architecture, Landscape Architecture, Quantity Surveyor, Building etc.
And then bagi sesiapa yang ambil course studio based, anda memang takde life. Trust me! Lagi lagi yang architecture, landscape architecture and semua course art and design. Hampir setiap malam korang tak tidur ye. Hidup anda dikelilingi stress! hehe

dah tak tahu nak cerita apa. kat sana rasa nak cerita memanjang tapi bila dah balik ni tak tahu nak cerita apa. haihhhhh.

Sunday, December 5, 2010

UniKL Mitec

Aku tengok dekat analytics keywords dari nuffnag aku yang tak gerak gerak earnings dia tu (hehehe), orang asyik cari info pasal UniKL Mitec je. Macam mana life dekat Mitec, tarikh pendaftaran pelajar baru Mitec 2011 & etc. Kalau ada yang search lagi and termasuk dekat blog aku ni ha, aku minta maaf sangat sangat sebab aku tak tahu! Abang aku yang pelajar Mitec bukan aku. Yang aku tahu, next year Unikl Mitec ni akan berpindah masuk dalam bangunan dia yang baru siap tu. Lawaaaa! Gambar? Aku tak ada la. hehe


 Kampus sementara (2010)


Kalau nak tanya apa apa, maybe boleh inbox facebook abang aku or facebook budak budak Mitec yang ada dalam friend list aku. Tak pon, click je salah 1 perkataan Mitec kat atas atas ni ha. Aku dah linkkan pada Facebook Mitec.


*Disebabkan abang aku amek Diploma in Industry Logistic, dalam friend list aku cuma ada budak budak course dia je la. Kalau nak budak budak Degree Industry Logistic or Diploma & Degree in Quality Engineering kat Mitec tu, tanya la orang di bawah ni link ke facebook mereka mereka yang terlibat. hehe

Ni aku bagi link ke Facebook budak Diploma in Industry Logistic yang ada dalam friend list aku ye.

Sem 4 2011 : Najib
Sem 2 2011 : Nazreen
Sem 2 2011 : Hazira

3 cukup la eh? aku malas nak search 1-1. hehe

peringatan : inbox la dulu dia orang kalau nak tahu apa apa. Aku takut dia orang tak approve kalau add dulu. oh ya, kalau lelaki tu, sila la inbox yang lelaki. Jangan nak menggatal ye! ok tenkiu! ^_^

Thursday, December 2, 2010

macam mana nak tahu anak ayam tu jantan ke betina?


 senang je.
anak ayam dah tentu la betina. tak payah susah susah fikir anak ayam tu jantan ke betina.
kalau bapak ayam pulak jantan. ibu ayam, betina jugak.
tu pon nak tanya aku ke?

*anak ayam is refer to prostitute. Bapak ayam, the head of prostitute (if the leader is a women it is know as ibu ayam)

peh jahatnya aku bagi jawapan gini. sorry. tapi seriously aku tak tahu la macam mana nak bezakan ayam betul. Kalau ayam 'ni', aku tahu la sebab dah memang popular. hehe