Tuesday, May 3, 2011

Life dekat UiTM Perak

fuh dah lama gila tak update blog. Sejak masuk UiTM Perak tu la.
Mana tak nya, internet dekat blok Melati, Kolej Indera Mulia tu memang agak tutttttttt! Kalau nak online sangat sangat sangat kena la menapak ke blok Kekwa.

Oh ye dekat UiTM Perak terchentaaaa tu ada 4 kolej;
Indera Mulia, Cempaka Sari, Indera Sakti, and Pasir Salak.
Aku of course lah dekat Kolej Indera Mulia, dah terang terang kat atas ni aku inform. hehe.
Untuk Kolej Indera Mulia (KIM) ade 4 blok; Kekwa, Melati, Cempaka, Teratai (Siswi)
Kolej Cempaka Sari (KCS); Anggerik, Bakawali, Dahlia (Siswi)
Kolej Indera Sakti (KIS); Angsana (Siswi), Bidara (Siswa)
Kolej Pasir Salak (KPS); Cemara (Siswi), Damar (Siswa)
Jumlah kolej berbeza sebab saiz bangunan blok berbeza ye anak anak.

Indera Mulia dengan Cempaka Sari area Uptown and Indera Sakti dengan Pasir Salak area Downtown.
Uptown dengan Downtown tu kira macam cafe kot. Uptown buka siang hari, Downtown malam.
Dekat sini ada jugak Dewan Makan (DM) untuk setiap kolej (macam sekolah je nama dewan makan) yang buka siang malam kecuali DM Cempaka Sari. Kat situ untuk buat apa apa event kecil kecilan je.

Errr. pada pandangan aku, paling kesian blok yang aku nginap ni laaa! haha.
Sorry Rektor serta staf staf UiTM Perak, walaupun dah diingatkan jangan nak cerita cerita dekat blog or dekat facebook or mana mana tempat kat dunia alam maya ni, saya dah terbuat entry.
Kolej saya ade 1 je router or modem untuk 2 bangunan (Melati 1 & 2), (Kekwa 1 & 2), (Cempaka 1 & 2), Teratai teman tak tahu le, teman tak jelajah blok siswa.
Aku tengok kolej Cempaka Sari, 1 blok 1 router or modem. Contohnya Dahlia 1 router lain dengan Dahlia 2 (aku tak jelajah pon blok siswa yang ini tapi aku tahu sebab internet dia orang boleh detect dari Dewan Makan). T_T
Blok aku takde rak kasut, blok lain ade. Sedihnye saya! nasib baik saya susun semua kasut dalam bilik kalau tak jadi tempat kucing kencing or tidurlah gamaknye.
Blok aku takde stor sendiri, nak simpan kena menapak ke stor cempaka atau kekwa. Tolonglah faham, berat nak mampoih kot! Dengan perangai budak UiTM ni yang selfish tak reti tindih barang, semua nak letak atas lantai, tak fikir orang lain, lagi la menyakitkan hati. Dah tak memasal aku jadi pekerja tak bergaji nyusun barang minah minah sewel tak reti pikir orang lain tu semua. bengang bengang.
dah la tak nak cite pasal Kolej lagi nanti mesti teringat minah sewel then sakit hati lagi.

Untuk course aku, Town & Regional Planning, masuk under Fakulti Senibina Perancangan & Ukur.
Banyak lagi course under fakulti ni tapi aku tak ambil tahu sangat. Sikit sikit je tahu macam Architecture, Landscape Architecture, Quantity Surveyor, Building etc.
And then bagi sesiapa yang ambil course studio based, anda memang takde life. Trust me! Lagi lagi yang architecture, landscape architecture and semua course art and design. Hampir setiap malam korang tak tidur ye. Hidup anda dikelilingi stress! hehe

dah tak tahu nak cerita apa. kat sana rasa nak cerita memanjang tapi bila dah balik ni tak tahu nak cerita apa. haihhhhh.

1 sepakan:

Fairuz Aqilah said...

samalah kita,uitm perak :)
saya pun under fspu jgk..estate management.. :)