Saturday, May 7, 2011

HELLO NEW DIPLOMA IN TOWN AND REGIONAL PLANNING STUDENTS!

mesti kau orang busy gila search pasal this course kan? sebab kan hari ini keluar result kemasukan UiTM..
well, welcome new students. hello! hehe
kau orang CONFIRM akan masuk UiTM Perak sebab dekat sini je yang ada course kau, buat penat je kau orang fikir dari semalam kampus mana kau orang dapat. hehe

Nanti jangan lupa cari saya ye dekat kelas Part 2C.
Saya pendiam and paling selekeh sekali dekat sana.
Saya jarang melawa sebab saya selalu bangun lambat. Hehe.

Kau orang akan belajar dekat Annex 2, FSPU.
Kita share bangunan dengan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
Ground Floor & Tingkat 1 tu, FSSR guna
Tingkat 2 & Tingkat 3, FSPU guna. Town Planning sahaja yang guna.

apa apa pon, jangan risau.. Senior Town Planning baik baik. Semua bukan kaki buli.
It's true tau!

MDS UiTM Perak pon kira okay je, tak seteruk MDS UiTM lain. wah wah wah statement bahaya!
Tapi mesti kau orang akan merungut juga sebab biasa la, tak biasa bangun pagi pagi, makan cepat cepat etc.
Diperingatkan, sila la ikut apa yang akak akak Faci tu semua cakap.
SEMUA WAJIB PAKAI TUDUNG & pakai tudung bawal then pin 3 ke bawah ikut je.  (ada je la akak faci yang free hair tapi kerana kau orang and nak mengikut peraturan MDS, dia orang pakai jugak!)
Dia orang suruh pakai track pants dalam baju kurung, pakai je. (tak nak melecet sebab banyak berjalan. Seriously masa aku MDS ramai tak ikut arahan yang ini then melecet paha paha kau semua!)
Dia orang suruh pakai sport shoes pon pakai je. (Ikut ok, time aku MDS tersangatttt ramai yang melecet kaki termasuk roomate aku. Seksa kau tahu tak! So, ikut je!)
Don't worry, bukan kau orang je yang selekeh time ni, siswi pon selekeh! TERSANGAT SELEKEH! hahaha. Aku tahu la kenapa kau orang nak melawa sangat!
Jangan berebut nak ambil gambar untuk buat kad matric tu, nanti lepas MDS pon boleh buat lagi.
& kepada yang free hair dan berharap matric card kau orang pon dapat guna gambar free hair, tak payah pergi ambil gambar time MDS berebut rebut, ambil lepas MDS je waktu minggu ertama kuliah.
Ini kau orang boleh buat JIKA tak cukup masa time MDS je, and memang tak sempat. Kalau semua orang dah buat and sempat lagi kau buat, sorry la kalau kad kau orang tak ada gambar.
senang kata, ikut je la cakap FACI tu!!
paling aku suka time MDS, faci akan jerit jerit "JANGAN ADA GAP. GAP GAP GAP GAP! Sampai kadang kadang ternganjing. hehe. tolonglah jangan ikut perangai aku and jangan ikut kepala! Seminggu je, SEMINGGU bukan selamanya!


ok lah malas nak menaip lagi. nak tengok Maharaja Lawak kat youtube. hehe byebyebye

2 comments:

black_mel said...

owh dah senior yer...hehe..sama la..dah sem last..tapi kat uni lain..xD..apa2 pun...slmt dtg kpd student baru..xD

masturah said...

haha senior la sangat. baru nak masuk part 2 je pon.. xdenye dak part 1 nak hormatttt sangat zaman skang ni. :D
tapi xsaba gile nak tgk muke student baru, skema cm ktorg x mula2 masok. :P