kerja studio - project 1 task 1 dah dapat markah. 15/25 sahaja! 10% dari keseluruhan project yang akan dibuat, means 6/10 je! A, byebye!
3 malam aku tidur 2-3 jam je, tu je yang aku dapat? memang stress gila la!
Then pergi site visit ke Penang, like serious shit aku menyampah gila dengan 1 budak perempuan studio B ni. Dia ni jenis yang agak gila kuasa (GK), semua nak kena ikut cakap dia, semua jawatan nak offer diri, nak cerita yang dia ada DSLR (D80 je pon bukan D700).Nasib malangnya group yang aku join dapat 1 zone dengan dia (kena mengukur di dalam kawasan taman yang sama) then bila nak divide into 6 area (ada 6 group), dia sibuk nak dividekan, memang ntah hape hape je cara. Yang tak boleh blah sedap je cakap kat aku, "aku pernah pergi mengukur aku tahu la". WTH? ingat studio C semua tak pernah pergi mengukur ke? duduk dalam studio tidur masa Part 1? Aku tak heran la dia tu Johorian sama dengan aku, tak peduli pon! and ketua dia, aku tak tahu la kenapa suka sangat dengan perempuan ni punya kerja, sebab dia tak payah buat kerja langsung kot! ye la perempuan tu kan nak tunjuk good good je! Hilang terus mood aku dekat Penang tu!
Now kena buat Project 1 Task 2.3; Comparative Survey Analysis.
Khamis ni kena submit tapi aku tak buat apa apa lagi. Mana tak nya, briefing last week cakap cara lain, semalam cakap cara lain. Naik tepu otak aku macam ni. Ini la susahnya bila ada 3 studio berbeza studio master dan yang tandanya salah 1 studio master sahaja. Citarasa lain lain, dah jadi lain la bila orang lain yang marking.
Yang paling menyampah sekali, hari ini kena submit assignment Land Use tapi briefing tak ada! mana la aku tahu nak buat apa dengan tak ada briefing ni!
Sambil search internet sambil buat entry luah perasaan, sambil buat assignment yang melalut lari soalan? good job Masturah. hehe.
*Ponteng kelas ganti ni. haih. apa nak jadi la. StreamyxMelati, akhirnya boleh juga aku guna kau! haha
No comments:
Post a Comment