so untuk first semester ni, aku duduk di bilik M2004 (Melati 2, Ground Floor, No 04)
tapi blok Melati 2 ni terletak di hujung sekali, betul betul di sebelah hutan.
monyet berkeliaran dekat blok ni adalah benda biasa.
monyet masuk ke bilik bilik di blok ni pon adalah benda biasa. -__-"
aku ni dah bosan tahap gaban duduk rumah cuti semester sebulan ( 1 Mei - 28 Mei).
harini baru 5 Mei tapi dah rasa tepu sangat sangat!
sebab tu la aku asyik post entry yang mengarut ngarut. ni semua nak hilangkan bosan sikit sikit. haishhh
so, kali ini aku nak post entry berkenaan roomates aku! (actually nak post gambar je. hehehe)
NORAZIMA AMIRA (MIRA)
Pra Diploma Akaun
19 Tahun
Lahir di Pulau Pinang
Menetap di Kamunting, Perak
Bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Kadir (Kadiaq! haha)
Pemain Hoki Sekolah
Dalam 3 orang roomate aku, Mira yang paling rapat sekali dengan aku. Aku ke studio malam malam Mira yang teman, aku ke library malam malam dia jugak yang teman, aku ke Kekwa nak online dia jugak yang teman, aku ke Dewan Makan malam malam dia jugak yang teman, even aku ke toilet malam malam pon dia yang teman!
Dia ni pandai gila matematik dengan akaun tapi rasanya lagi power akaun la. Tengok dia belajar and selesaikan jawapan Akaun & Matematik, aku yang sakit kepala. hehehe
Actually dia dah dapat tawaran Diploma Akaun masa sesi Julai tapi dia tolak atas sebab sebab tertentu. Untuk sesi Disember ni, kawan dia yang apply kan Pra Diploma and then ayah dia minta dia sambung belajar so tanpa menghampakan harapan ayah dia, dia masuk lah Seri Iskandar ni dan dapat pulak sebilik dengan aku. Hahaha.
But for sure, I'll be missing her like hell sebab next semester dia akan masuk Diploma and maybe ditempatkan di kampus lain dan tak dapat jadi roomate aku lagi.
NOR HIDAYAH (IEDA)
19 Tahun
Dari Rantau Panjang, Kelantan
Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang
Ini diaaaaa penghuni katil atas aku! hehe.
Sejujurnya, kita orang tak ngam masa bulan pertama dekat UiTM Seri Iskandar, tak tahu lah kenapa.
Tapi thank God, lama lama boleh ngam. Susah tau kalau sebilik tapi tak ngam, tak tenteram hidup! hehe
Kita orang satu course tapi tak satu kelas. Dia dapat kelas B and aku kelas C. Heyyy ini Universiti bukan sekolah ok, jangan pandang kami ikut kelas yang kami dapat (mula mula student kelas A and B tak nak campur dengan kita orang. T_T)
Untuk semester 2, Ieda tak dapat sebilik dengan aku, dia dapat blok Kekwa 1. Jauh jugak lah dari blok Melati 2, melangkau 2 blok (padahal ak lah jauh mana pon)
Ieda, dah dapat bilik lain jangan lupakan kita orang yeee. ^_^
NURUL JANNAH (JANNAH)
Diploma Senibina Landskap
19 Tahun
Berasal dari Kluang, Johor
Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang
Pemain Bola Jaring Sekolah
Member senegeri. hahaha. tapi aku bukan bersifat kenegerian ya, aku tak rapat dengan Jannah macam aku rapat dengan Mira. Mira tu orang Perak tau! Tapi boleh dikira rapat la jugak, kadang kadang aku luahkan masalah kat dia selain Mira. Kita orang tak rapat sangat sebab Jannah selalu busy dengan project dia. Budak Landscape ARCHITECTURE la katakan. tapi serious, dia memang sangat busy, jarang tido.
Jannah ni roomate aku untuk semester 2 ni, kami berdua je untuk 1 bilik! tapi bilik 2 orang sangat kecil! hahaha
Jumpa lagi Jannah! :P
yang penting, aku sayang kau orang sangat sangat! 5 bulan duduk sebilik, aku dah serasi dengan kau orang. Jangan lupakan memori kita even dah tak sebilik or seuniversiti. Sorry sebab kena layan aku yang suka cakap lepas, suke TERsepak bila tengah gelak gelak, selalu mencarut and lain lain. Aku harap kau orang faham la ye. hehe
No comments:
Post a Comment