Tuesday, May 3, 2011

Life dekat UiTM Perak

fuh dah lama gila tak update blog. Sejak masuk UiTM Perak tu la.
Mana tak nya, internet dekat blok Melati, Kolej Indera Mulia tu memang agak tutttttttt! Kalau nak online sangat sangat sangat kena la menapak ke blok Kekwa.

Oh ye dekat UiTM Perak terchentaaaa tu ada 4 kolej;
Indera Mulia, Cempaka Sari, Indera Sakti, and Pasir Salak.
Aku of course lah dekat Kolej Indera Mulia, dah terang terang kat atas ni aku inform. hehe.
Untuk Kolej Indera Mulia (KIM) ade 4 blok; Kekwa, Melati, Cempaka, Teratai (Siswi)
Kolej Cempaka Sari (KCS); Anggerik, Bakawali, Dahlia (Siswi)
Kolej Indera Sakti (KIS); Angsana (Siswi), Bidara (Siswa)
Kolej Pasir Salak (KPS); Cemara (Siswi), Damar (Siswa)
Jumlah kolej berbeza sebab saiz bangunan blok berbeza ye anak anak.

Indera Mulia dengan Cempaka Sari area Uptown and Indera Sakti dengan Pasir Salak area Downtown.
Uptown dengan Downtown tu kira macam cafe kot. Uptown buka siang hari, Downtown malam.
Dekat sini ada jugak Dewan Makan (DM) untuk setiap kolej (macam sekolah je nama dewan makan) yang buka siang malam kecuali DM Cempaka Sari. Kat situ untuk buat apa apa event kecil kecilan je.

Errr. pada pandangan aku, paling kesian blok yang aku nginap ni laaa! haha.
Sorry Rektor serta staf staf UiTM Perak, walaupun dah diingatkan jangan nak cerita cerita dekat blog or dekat facebook or mana mana tempat kat dunia alam maya ni, saya dah terbuat entry.
Kolej saya ade 1 je router or modem untuk 2 bangunan (Melati 1 & 2), (Kekwa 1 & 2), (Cempaka 1 & 2), Teratai teman tak tahu le, teman tak jelajah blok siswa.
Aku tengok kolej Cempaka Sari, 1 blok 1 router or modem. Contohnya Dahlia 1 router lain dengan Dahlia 2 (aku tak jelajah pon blok siswa yang ini tapi aku tahu sebab internet dia orang boleh detect dari Dewan Makan). T_T
Blok aku takde rak kasut, blok lain ade. Sedihnye saya! nasib baik saya susun semua kasut dalam bilik kalau tak jadi tempat kucing kencing or tidurlah gamaknye.
Blok aku takde stor sendiri, nak simpan kena menapak ke stor cempaka atau kekwa. Tolonglah faham, berat nak mampoih kot! Dengan perangai budak UiTM ni yang selfish tak reti tindih barang, semua nak letak atas lantai, tak fikir orang lain, lagi la menyakitkan hati. Dah tak memasal aku jadi pekerja tak bergaji nyusun barang minah minah sewel tak reti pikir orang lain tu semua. bengang bengang.
dah la tak nak cite pasal Kolej lagi nanti mesti teringat minah sewel then sakit hati lagi.

Untuk course aku, Town & Regional Planning, masuk under Fakulti Senibina Perancangan & Ukur.
Banyak lagi course under fakulti ni tapi aku tak ambil tahu sangat. Sikit sikit je tahu macam Architecture, Landscape Architecture, Quantity Surveyor, Building etc.
And then bagi sesiapa yang ambil course studio based, anda memang takde life. Trust me! Lagi lagi yang architecture, landscape architecture and semua course art and design. Hampir setiap malam korang tak tidur ye. Hidup anda dikelilingi stress! hehe

dah tak tahu nak cerita apa. kat sana rasa nak cerita memanjang tapi bila dah balik ni tak tahu nak cerita apa. haihhhhh.

Sunday, December 5, 2010

UniKL Mitec

Aku tengok dekat analytics keywords dari nuffnag aku yang tak gerak gerak earnings dia tu (hehehe), orang asyik cari info pasal UniKL Mitec je. Macam mana life dekat Mitec, tarikh pendaftaran pelajar baru Mitec 2011 & etc. Kalau ada yang search lagi and termasuk dekat blog aku ni ha, aku minta maaf sangat sangat sebab aku tak tahu! Abang aku yang pelajar Mitec bukan aku. Yang aku tahu, next year Unikl Mitec ni akan berpindah masuk dalam bangunan dia yang baru siap tu. Lawaaaa! Gambar? Aku tak ada la. hehe


 Kampus sementara (2010)


Kalau nak tanya apa apa, maybe boleh inbox facebook abang aku or facebook budak budak Mitec yang ada dalam friend list aku. Tak pon, click je salah 1 perkataan Mitec kat atas atas ni ha. Aku dah linkkan pada Facebook Mitec.


*Disebabkan abang aku amek Diploma in Industry Logistic, dalam friend list aku cuma ada budak budak course dia je la. Kalau nak budak budak Degree Industry Logistic or Diploma & Degree in Quality Engineering kat Mitec tu, tanya la orang di bawah ni link ke facebook mereka mereka yang terlibat. hehe

Ni aku bagi link ke Facebook budak Diploma in Industry Logistic yang ada dalam friend list aku ye.

Sem 4 2011 : Najib
Sem 2 2011 : Nazreen
Sem 2 2011 : Hazira

3 cukup la eh? aku malas nak search 1-1. hehe

peringatan : inbox la dulu dia orang kalau nak tahu apa apa. Aku takut dia orang tak approve kalau add dulu. oh ya, kalau lelaki tu, sila la inbox yang lelaki. Jangan nak menggatal ye! ok tenkiu! ^_^

Thursday, December 2, 2010

macam mana nak tahu anak ayam tu jantan ke betina?


 senang je.
anak ayam dah tentu la betina. tak payah susah susah fikir anak ayam tu jantan ke betina.
kalau bapak ayam pulak jantan. ibu ayam, betina jugak.
tu pon nak tanya aku ke?

*anak ayam is refer to prostitute. Bapak ayam, the head of prostitute (if the leader is a women it is know as ibu ayam)

peh jahatnya aku bagi jawapan gini. sorry. tapi seriously aku tak tahu la macam mana nak bezakan ayam betul. Kalau ayam 'ni', aku tahu la sebab dah memang popular. hehe

Monday, November 29, 2010

Barang Keperluan Masuk Asrama Politeknik or Universiti

Asrama? err. Kalau Politeknik panggil Kamsis kalau UiTM panggil Kolej kot! Universiti lain, aku tak tahu. So aku letak je la asrama.

Actually, dah lama aku save list ni. Bulan 6 yang lepas tak salah aku. Yang aku tak jadi sambung belajar dekat KL tu. Disebabkan aku ni bersemangat waja, aku edit sikit sikit then publish terus la. Aku takut aku terdelete je benda benda drafts or whatever dekat blog ni. Karang bila tiba waktu adik aku yang tengah SPM tu nak sambung belajar, aku pula lupa apa yang dia perlu bawak. Kitorang ni sama sama anak ngada ngada sebab tak pernah tinggal asrama. hehe

Ha lagi 1. Ini sesuai untuk Politeknik dengan UiTM je kot. Universiti lain aku tak tahu sebab tak pernah tengok buku panduan nya.
Ini untuk course yang boleh pakai baju lain selain baju kurung. Course Accountancy etc yang tak boleh pakai selain baju kurung tu, tambahkan lah baju kurung anda kalau tak nak pakai baju yang sama sepanjang semester. And untuk kemeja, blouse, slack tak payah la bawa, almari kau orang kecil jeee.

Baju Kurung (10-15 helai cukup)
Kemeja (labuh melebihi paras punggung) 
Blouse (labuh melebih paras punggung)
Kain Gelap (Hitam sahaja bagi Politeknik)
Baju Riadah (Putih Suci sahaja bagi UiTM)
T-shirt 
Pajama
Sweater & Cardigan
Slacks (colour hitam paling senang kot!)
Track Pants (Hitam suci bagi UiTM)
Jeans (Politeknik tak boleh pakai pergi kelas, UiTM tak boleh ketat)
Skinny Jeans (tak boleh pakai pergi kelas)
Camisole
Kain Dalam (suka hati hang la nak warna apa pon) 
Bra & Panties + Sport Bra (kalau rajin, bawa la)
Kain Basahan / Kain Batik
Tudung (bawa la stok nak pakai setiap hari, jangan bawa sehelai je)
Anak Tudung
Brooch
Tali Pingang (kalau perlu. kalau aku pakai slack, perlukan tali pinggang)
Jam Tangan
Baldi
Gayung
Bakul Kecil (buat letak shampoo semua tu)
Laundry Bag
Sabun Basuh Baju
Softlan
 Berus
Hangers (bawak banyak banyak banyak banyak!)
Towel (2 helai)
Berus Gigi
Ubat Gigi
Shampoo
Conditioner
Sabun Mandi
Pencuci Muka
Cotton Bud
Kasut (Heels tak boleh dipakai ke kelas untuk Politeknik)
Flip Flop (1 untuk ke toilet 1 untuk keluar)
Stokin (untuk ke kelas dan untuk bersukan)
Compact Powder
Lipbalm/Lipgloss
Eyeliner
Makeup Remover
Facial Cotton / Tisu Basah
Cermin
Lens
Lens Casing
Lens Solution
Cermin Mata
Sikat
Penyepit Kuku
Getah Rambut
Deodrant
Perfume
Pads (Day & Night)
Pantiliners
Shavers
Tweezer
Tisu Paket
Telekung
Sejadah
Al-Quran
Yaasin
Bantal
Sarung Bantal
Cadar
Selimut / Comforter
Iron (kalau malas bawa, kena pinjam jiran sebelah bilik! hehe)
Jam Loceng
Payung Kecik (ikut negeri mana kau belajar. Kalau belah utara panas gila kot)
Handphone
Charger
Pendrive
Mug, Heater (Ada 'mesin' dia kat sana tapi kalau dah pemalas tahap dewa bawak je la)
Sudu & Garfu, Mangkuk
Ubatan (Kat UiTM tu ada Unit Kesihatan, so ikut suka la nak bawa ke tak)
Mangga / Lock
I/C
Driving License (Nak sewa kereta pergi meronggeng senang ye)
ATM Cards
Cash
Beg ke Kelas
Beg Meronggeng (Handbag ke apa ke - kalau rasa perlu)
Alat Tulis 
Dictionary (Kalau power English, tak payah la bawa)
Kertas Kajang sebeban & File (untuk simpan kertas anda itu. Nak beli kat Koperasi pon bolehhh)
Stok Makanan! (Maggi, Nestum, Milo, Nesafe etc ikut suka kau la!)


Ni je la yang aku dah taip. Mangga, baldi tu semua ada jual dekat Koperasi (Politeknik & UiTM sama sama ada Koop ye). & kalau rasa tak nak angkut beg sampai 3-4, beli je barang kat sana. Tapi kalau kedekut macam aku, beli sebelum pergi (guna duit ayah) hehehe.

updated ; Jue kata, bawa LAPTOP. Masa MDS or Orientasi tu tak payah la nak bawak dulu. Kang hilang, melalak terpekik terlolong buat habis air mata dan air liur je. & akak aku kata, tak sempat kalau nak beli barang dekat Koop dia waktu seminggu terawal tu.

Update : Bawa penyapu sekali, bilik masya-Allah berhabuk gila awal awal. Iron dan barang elektrik tu bawa la 1 bilik - 1, nanti daftar barang elektrik, 1 barang RM 10, larat kau nak daftar sampai 7, 8 barang? Share share bayar la ye kalau dah share barang. Tak nak daftar? suka hati kau la, kantoi nanti kena saman. Ok bubyeeee!

Tuesday, October 19, 2010

Pengalaman Interview

secara confirm dan dengan hati yang yakin terlampau, aku dengan ini menyatakan aku telah direject dalam interview uitm sabtu lepas. 60 tempat kosong untuk diisi dan orang yang pergi interview beribu? di uitm kampus bandaraya jb je dah 60+ orang yang interview untuk course yang aku pergi tu. macam mana aku tahu? baca kat kertas yang tertampal di pintu la.

aku pergi sana awal. 9.30 pagi dah keluar rumah. sampai area larkin, jb around 9.45 then pusing pusing cari uitm tu adalah dekat 10 minit. sampai sampai sahaja, aku kena masuk 1 bilik untuk melakar. memang malang betul la rasanya sebab aku ni jenis tangan keras. aku tiada basic lakar or lukis. last aku belajar pendidikan seni masa aku darjah 6. memang rasa nak menangis tengok kertas yang diberi dengan tengok objek yang diberi. aku buat style macam kat sekolah dulu kalau diberi homework ; letak kepala atas meja then mengeluh.

benda alah ni yang aku kena lakar. : -

dan inilah rupa aku lakar juga! haha. aku tanya orang sebelah aku nak lukis macam mana then dia kata maybe lakaran versi 3D. tapi ni serius tiada D dah. blank kepala otak aku dalam bilik tu. terlupa terus 3D adalah pandangan 45 darjah (akak aku beritahu 2 hari sebelum pergi interview sebab dia adalah guru KH dan belajar Pendidikan Teknik dan Vokay masa kat U dulu). seriuously, sorry la pada orang yang check lakaran aku tu. aku tiada basic so memang tak boleh diharap la bab bab melakar ni.

lepas lakar serupa tak lakar, kena pergi bilik temuduga bertempat di tingkat 3. disebabkan ruang legar dia kecik dan ramai gila orang depan bilik temuduga dan kerusi pun dah penuh, aku dan dua kawan (buat jadi member masa duduk sebelah aku dalam bilik melakar tu) berdiri dekat tangga. ada lah 1 lelaki berdiri dekat dekat situ dan 1 lelaki lagi duduk kat tangga. tak lama lepas tu 2 lelaki dan 1 perempuan join kitorang memenuhkan ruang tangga tu. adalah dalam 45 minit lepas tu, kitorang dapat tahu interview course Perancangan Bandar&Wilayah diadakan di hujung koridor sebelah sana. wahhh malu gila salah tempat. haha. kelapan lapan budak yang memenuhkan tangga tu (termasuk aku) memang nak pergi interview course yang sama rupanya. & guess what? semua nama dah dipanggil oleh puan penemuduga tu. haih. nasib baik dia kata masuk seorang demi seorang ikut suka. tapi disebabkan nak cepat habis, 4 lelaki tu dihantar ke bilik temuduga course lain yang dah selesai.

dalam 4 perempuan tu, aku jadi orang yang ke-2 masuk. memang agak menggigil la. hehe.
sebelum masuk ketuk pintu tau! tapi yang tak boleh blahnya, buang masa je aku ketuk pintu.. dalam tu ada 3 penemuduga bagi course yang berlainan. memang bising gila la. bukannya ada orang dengar pon kalau aku ketuk pintu kan??? aku dah sampai depan penemuduga tu and bagi salam pon dia tak dengar. walauweyh. aku rasa ada 1 meja tu puan penemuduga agak bersemangat sampai suara dia 1 bilik tu dengar! hehehe

aku tak expect langsung temuduga akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris (aku memang sengal sikit. nama pon UiTM, dah tentu nak English power!). Aku boleh menulis Inggeris tapi speaking memang hancus! Masa dia suruh terangkan apa yang aku tahu pasal course tu pon aku terdiam. aku blank gila depan dia! serius muka dia sangat bengis. senyum pon tidak! mana tak blank aku ni ha duduk depan dia. aku ni dah la jenis cepat gabra. tapi puan tu memang garang gila la! paling terguris hati ini (cewah) sedap je sound result aku sebab subjek Sains Tulen : Chemistry, Biologi, Fizik aku D. Sains aku A- tak diambil kira. Tapi kan... Setahu aku, course ni kena kuat Matematik! Apa kena mengena dengan semua subjek Sains Tulen? haih. Banyak juga la yang dia sound tapi dah lupa. kalau lah aku pergi interview setiap hari, mahu habis hati aku ni sebab tiap tiap minggu makan hati. haha. yang penting, nasib baik tak meleleh air mata depan dia!



p/s : Ucapkan Selamat Maju Jaya untuk aku yang bakal ke Politeknik Kota Melaka akhir Disember ini. Memang tiada harapan nak pergi UiTM dengan temuduga yang memang hancus berkecai kecai.
p/s/s : Ayah aku bagi pergi UiTM kalau dapat course Perancangan Bandar & Wilayah je. Kalau tak, kena pergi Politeknik Kota Melaka untuk course Kejuruteraan Awam. dan kedua-duanya melibatkan lakaran or lukisan or autocad?!