Tuesday, October 19, 2010

Pengalaman Interview

secara confirm dan dengan hati yang yakin terlampau, aku dengan ini menyatakan aku telah direject dalam interview uitm sabtu lepas. 60 tempat kosong untuk diisi dan orang yang pergi interview beribu? di uitm kampus bandaraya jb je dah 60+ orang yang interview untuk course yang aku pergi tu. macam mana aku tahu? baca kat kertas yang tertampal di pintu la.

aku pergi sana awal. 9.30 pagi dah keluar rumah. sampai area larkin, jb around 9.45 then pusing pusing cari uitm tu adalah dekat 10 minit. sampai sampai sahaja, aku kena masuk 1 bilik untuk melakar. memang malang betul la rasanya sebab aku ni jenis tangan keras. aku tiada basic lakar or lukis. last aku belajar pendidikan seni masa aku darjah 6. memang rasa nak menangis tengok kertas yang diberi dengan tengok objek yang diberi. aku buat style macam kat sekolah dulu kalau diberi homework ; letak kepala atas meja then mengeluh.

benda alah ni yang aku kena lakar. : -

dan inilah rupa aku lakar juga! haha. aku tanya orang sebelah aku nak lukis macam mana then dia kata maybe lakaran versi 3D. tapi ni serius tiada D dah. blank kepala otak aku dalam bilik tu. terlupa terus 3D adalah pandangan 45 darjah (akak aku beritahu 2 hari sebelum pergi interview sebab dia adalah guru KH dan belajar Pendidikan Teknik dan Vokay masa kat U dulu). seriuously, sorry la pada orang yang check lakaran aku tu. aku tiada basic so memang tak boleh diharap la bab bab melakar ni.

lepas lakar serupa tak lakar, kena pergi bilik temuduga bertempat di tingkat 3. disebabkan ruang legar dia kecik dan ramai gila orang depan bilik temuduga dan kerusi pun dah penuh, aku dan dua kawan (buat jadi member masa duduk sebelah aku dalam bilik melakar tu) berdiri dekat tangga. ada lah 1 lelaki berdiri dekat dekat situ dan 1 lelaki lagi duduk kat tangga. tak lama lepas tu 2 lelaki dan 1 perempuan join kitorang memenuhkan ruang tangga tu. adalah dalam 45 minit lepas tu, kitorang dapat tahu interview course Perancangan Bandar&Wilayah diadakan di hujung koridor sebelah sana. wahhh malu gila salah tempat. haha. kelapan lapan budak yang memenuhkan tangga tu (termasuk aku) memang nak pergi interview course yang sama rupanya. & guess what? semua nama dah dipanggil oleh puan penemuduga tu. haih. nasib baik dia kata masuk seorang demi seorang ikut suka. tapi disebabkan nak cepat habis, 4 lelaki tu dihantar ke bilik temuduga course lain yang dah selesai.

dalam 4 perempuan tu, aku jadi orang yang ke-2 masuk. memang agak menggigil la. hehe.
sebelum masuk ketuk pintu tau! tapi yang tak boleh blahnya, buang masa je aku ketuk pintu.. dalam tu ada 3 penemuduga bagi course yang berlainan. memang bising gila la. bukannya ada orang dengar pon kalau aku ketuk pintu kan??? aku dah sampai depan penemuduga tu and bagi salam pon dia tak dengar. walauweyh. aku rasa ada 1 meja tu puan penemuduga agak bersemangat sampai suara dia 1 bilik tu dengar! hehehe

aku tak expect langsung temuduga akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris (aku memang sengal sikit. nama pon UiTM, dah tentu nak English power!). Aku boleh menulis Inggeris tapi speaking memang hancus! Masa dia suruh terangkan apa yang aku tahu pasal course tu pon aku terdiam. aku blank gila depan dia! serius muka dia sangat bengis. senyum pon tidak! mana tak blank aku ni ha duduk depan dia. aku ni dah la jenis cepat gabra. tapi puan tu memang garang gila la! paling terguris hati ini (cewah) sedap je sound result aku sebab subjek Sains Tulen : Chemistry, Biologi, Fizik aku D. Sains aku A- tak diambil kira. Tapi kan... Setahu aku, course ni kena kuat Matematik! Apa kena mengena dengan semua subjek Sains Tulen? haih. Banyak juga la yang dia sound tapi dah lupa. kalau lah aku pergi interview setiap hari, mahu habis hati aku ni sebab tiap tiap minggu makan hati. haha. yang penting, nasib baik tak meleleh air mata depan dia!



p/s : Ucapkan Selamat Maju Jaya untuk aku yang bakal ke Politeknik Kota Melaka akhir Disember ini. Memang tiada harapan nak pergi UiTM dengan temuduga yang memang hancus berkecai kecai.
p/s/s : Ayah aku bagi pergi UiTM kalau dapat course Perancangan Bandar & Wilayah je. Kalau tak, kena pergi Politeknik Kota Melaka untuk course Kejuruteraan Awam. dan kedua-duanya melibatkan lakaran or lukisan or autocad?!

No comments: