Friday, October 8, 2010

PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK DISEMBER 2010 UITM



uwaaaaaaaaa. aku tak tahu la apa benda course perancangan bandar dan wilayah ni. aku masukkan dalam pilihan sebab nama dia agak sedap. tu je. alahai~ aku nak course bertemu duga untuk masscomm! kenapa dapat yang ini?
"temuduga je pon bukan confirm dapat masuk".
ok. tu aku tahu la. tapi kalau dah aku dapat temuduga course ni, dah tentu tentu course masscomm tu hancur lebur tak ada peluang langsung. aku pon tak tahu kenapa aku nak masscomm sangat sangat. ayah aku pon tersangat la tak bagi aku minta course ni. tapi biasa la, budak baik. hehehe. (sebab ni la kot langsung tak ada peluang nak pergi temuduga masscomm)

dah la aku baru tahu course ni kena lakar lakar bangunan, banyak guna math, blablabla. OMG. seriously aku ni tangan kayu. pegang pen or pensel untuk buat kerja sekolah dulu pon payah, ni ada hati nak pergi temuduga kena lukis lukis? lukis reban ayam pon belum tentu lepas. memang hancus la jawapannya. tu  belum lagi temuduga yang bersoksek segala. aku tak tahu langsung pasal course ni la. haihhh.

dah boleh agak pon apa akan jadi kalau aku pergi interview tu. tapi terpaksa la pergi juga untuk mengelakkan nama kena blacklist (aku rasa takda pon kena blacklist. mak aku je over reacted ~ takut nama aku kena blacklist)

nak lepaskan geram. terima kasih. hehe

3 sepakan:

Anonymous said...

saye dapat temuduga mass comm ! heeeeeee taktau la mcm mane nanti. takut jugak..

masturah said...

dapat temuduga masscomm?! waaaaaaaa. jeles jeles! hehe. goodluck ye! ^_^

Anonymous said...

klau dpt kos perancngn bandr ni .. tp kita tak p intrview tu .. ada peluang gak kah kita dpt kos lain?? selain perancangan bandar ni .? plessss helllp meee