Friday, October 8, 2010

PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK DISEMBER 2010 UITM



uwaaaaaaaaa. aku tak tahu la apa benda course perancangan bandar dan wilayah ni. aku masukkan dalam pilihan sebab nama dia agak sedap. tu je. alahai~ aku nak course bertemu duga untuk masscomm! kenapa dapat yang ini?
"temuduga je pon bukan confirm dapat masuk".
ok. tu aku tahu la. tapi kalau dah aku dapat temuduga course ni, dah tentu tentu course masscomm tu hancur lebur tak ada peluang langsung. aku pon tak tahu kenapa aku nak masscomm sangat sangat. ayah aku pon tersangat la tak bagi aku minta course ni. tapi biasa la, budak baik. hehehe. (sebab ni la kot langsung tak ada peluang nak pergi temuduga masscomm)

dah la aku baru tahu course ni kena lakar lakar bangunan, banyak guna math, blablabla. OMG. seriously aku ni tangan kayu. pegang pen or pensel untuk buat kerja sekolah dulu pon payah, ni ada hati nak pergi temuduga kena lukis lukis? lukis reban ayam pon belum tentu lepas. memang hancus la jawapannya. tu  belum lagi temuduga yang bersoksek segala. aku tak tahu langsung pasal course ni la. haihhh.

dah boleh agak pon apa akan jadi kalau aku pergi interview tu. tapi terpaksa la pergi juga untuk mengelakkan nama kena blacklist (aku rasa takda pon kena blacklist. mak aku je over reacted ~ takut nama aku kena blacklist)

nak lepaskan geram. terima kasih. hehe

Tuesday, September 14, 2010

Eid 2010

Nak nangis guling guling! Penattttttt! Busy terlampau! Bukan sebab busy beraya tapi sebab hari Khamis ni, 14 September 2010 akak sulung aku (bajet ada akak lain je selain mangkuk tingkat sorang tu) akan bernikah. Sebab dia la, raya jadi tunggang langgang. Nasib baik kenduri kahwin nya yang ada sanding sanding tu buat bulan Disember atau Januari. Khamis ni cuma buat kenduri kecil kecilan untuk keluarga dan teman rapat je. Tapi ada la agak agak dalam 300++ punya makanan kena masak. Dan siapa yang jadi magsa kena kupas bawang, kentang etc blablabla? Aku dan adik aku jugak! eh salah. Family aku jugakkkk!

wah kalau merungut panjang panjang lagi, memang mahu lebih 1000 patah perkataan. Padahal nak buat post pasal gambar raya je. Gambar je, takde kupasan. Penat nak menaip. Seharian kupas bawang besar, bawang putih yang berguni tu. hehehe

Dengan ini, mempersembahkan gambar gambar muka aku (sediakan baldi di tepi untuk mengelakkan muntah darah bersepah di atas lantai);-

Raya Pertama

siap terus snap! muka agak mengantuk lagi. hehe

tak tahu la nak kata apa.

bakal pengantin. 

bakal pengantin akan datang. haha. kegatalan melanda

ini la anak bongsu yang sangatttt tak suka camera. tak paham tak paham

tegak gila semua. control control. muahaha

tersenyum nampak gigi. -_-"

sapa paling gedik? haha.

aku memang gedik la sengal! -_-"
salah! kitorang memang gedik. lalala~
malam hari di rumah makcik aku. tak kuasa i nak tuka tuka baju.

inilah makcik aku tu. hehe

sempat ke rumah kawan baik aku. tak malu datang rumah orang malam malam. hehe

lawa kan kawan baik aku tu? nak kenal dengan dia? isi borang dulu.

Hari Raya ke-2

tak reti guna dslr, ada hati nak guna. oh, abaikan background! haha

dengan akak.

dengan adik

bapak la ngada ngada. haha

dah. tu je la. malas nak letak yang lain lagi. sama je pose nya. raya ke-3 tak beraya dan raya ke-4 tak bergambar. segan i kebaya i ketat nak mampoih sebab badan naik padahal baju baru tahun lepas punya baju raya yang tak digunakan langsung sebab SPM. T___T

Thursday, August 26, 2010

going to Jakarta, Indonesia

Semalam barulah aku tahu kejadian or whatsoever namanya yang jadi dekat Jakarta Isnin lepas.Orang Malaysia tak digalakkan pergi ke sana sekarang melainkan ada hal yang tersangatttt penting.
Aku sangat tak faham sekarang ini. Apa lagi la masalah orang Indonesia dengan Malaysia ni. Bergaduh sebab ntah tarian merapu tu dia punya, nasi lemak dia punya, blablabla semua dia punya. Yang sekarang ni sebab ape ha?? Aku nak je cakap diorang ni sengal batu kepala dongga. Orang kat Malaysia ni zaman dulu dulu banyak asal Indonesia apa?!  Dengan orang dia yang datang sini then buka perniagaan kat sini, lagi nak salahkan orang Malaysia ke kalau orang sendiri jual budaya or whatsoever dia dekat sini? ishhhh. memang rasa WTF WTF je sekarang ni.  ish. WTF laaa. ha kan dah ulang lagi. Lagi 1 benda yang aku pelik, apa pasal tak nak pijak, baling tahi kat bendera Singapura juga? diaorang makan nasi lemak apa? diaorang kadang kadang guna tarian ntah hapa hapa tu juga apa? and diorang yang kata tarian tu budaya dari Malaysia. baca baik baik, Singapura yang kata tarian tu Malaysia punya, Malaysia tak kata pun. walauweyh. senang kata, tak hingin! -.-"
*ayah aku orang Bugis, means nenek moyang dia dulu asal dari Indonesia and mak aku orang Batak yang dimana atuk kepada mak aku orang Indonesia

ok cut it off.


hurm. tiket untuk ke Indonesia dah di beli. walaupun tiket untuk budget airline (macam ni ke eja?) je, tapi tetap tiket juga apa! meaning that, tetap dah keluar fulus. Walaupun bukan fulus aku, tapi satu tiket SGD25 tu! haha. aku memang kedekut okeyh. oh hah, aku akan pergi ke Jakarta naik flight dari Singapore. Pergi Jakarta hari Jumaat jam 5 petang dan pulang ke Singapura semula pada hari Ahad jam 3 petang. Sekejap gila kan. Tapi nak buat macam mana? Pergi ni pun sebab nak tolong pakcik aku ambil barang yang dipesan salah satu masjid di Singapura. Bulan puasa buat amal walaupun rasa terpaksa. T___T astaghfirullah astaghfirullah. Tapi tak apa la, kalau nak pergi Tanah Abang pun susah sekarang ini. Orang kata, bulan puasa ni Tanah Abang terlampau sesak sampai nak berjalan pun susah. Aku rasa betul la kut khabar ni. Tanah Abang tu kan tempat borong ke apa ntah nama untuk baju baju, kain etc yang penjual beli secara bertimbun timbun tu. Confirm lah penuh kan. Nama pun bulan puasa dah nak raya.

So, dalam pukul 3 petang lagi aku akan bertolak pergi ke Singapura untuk megelakkan terlewat esok. Budget airline ni kena datang 2 jam awal. Tidur rumah nenek aku je la. Tak mampu nak tidur hotel kat Singapura tu. Mahu pengsan bangun pengsan bangun pengsan tak bangun bangun nak bayar. hehehe.

One more thing, yang pergi ke Jakarta tu cuma pakcik aku, abang aku dan aku sahaja. Aku seorang sahaja perempuan. Omg omg. Tak best nya. Tak ada sesiapa nak teman aku pergi shopping kat mall sana. barang Revlon dia lagi murah ok dari barang Revlon dekat Malaysia ni. Tak lah murah gila tapi ada lah kurang dalam 10 hinggit. Maybelline tak payah cakap la! Berbelas ringgit jauhnya! lagi 1, Colgate dia lagi mahal dari Sensodyne(?). kat sini Sensodyne lagi mahal kan?

Dah la. aku kalau duduk depan blog lama lama, mahu makin lapar je time time puasa ni. Chow Sin Chi. Wo Ai Ni (eh?)

*Blog ni macam diari aku sebab tu aku selalu mengarut kat sini

Tuesday, August 10, 2010

Esok adalah Ramadhan pertama

muahaha. ntah hape hape ayat.

okay aku sangat sedih sekarang. esok 1 Ramadhan tapi, aku tak dapat nak puasa. sebab? sebab biasa bagi perempuan. lalala~

sebelum ni aku berharap sangat 'benda ni' tak datang dalam bulan puasa. paling kesian pon datang lah time tengah bulan puasa. kenapa aku tak suka datang awal puasa? kalau ikut cycle aku, 3 minggu kemudian akan datang sekali lagi. sedih beb sedih. confirm banyak aku kena ganti ni. perkiraan kasar 5hari + 7hari = 12 hari. tengok tengok! tahun lepas (bulan lepas) aku ganti 8 hari. tu pon rasa tak larat kuasa infinity dah. tak dapat nak bayangkan ganti 12 hari. walah walah.

 Ramadhan, cepatlah tiba, ikat semua syaitoooooon yang buat nafsu membeli novel aku berada di tahap tertinggi. Aku rasa aku dah gila. Serius. 27/7/2010 yang lepas aku habiskan RM100 beli 9buah novel terpakai dari mudah.my serta satu blog menjual novel terpakai (malas nak link. hehe). Kemudian, pada 6/8/2010 yang lepas, aku beli sebuah novel berharga RM 19.90 di Badan Cemerlang Angsana. Dan untuk hari ini, aku beli 6 buah novel secara online dari Jemari Seni dengan harga RM 125.80.
takda la banyak sangat kan? tapi sebenarnya.... terlebih banyak untuk aku yang tidak bekerja, tidak bersekolah (sambung belajar November depan). dengan kata lain, langsung tiada duit income. mana aku dapat duit itu? itu lah duit undi a.k.a duit kutu yang aku join masa aku berada di Tingkatan 4, dua tahun lepas. punya la kedekut dulu  dulu sampai bertahun tak guna duit tu! haha. dan sekarang yang tak boleh blahnya, aku gunakan duit kutu tu semua untuk beli novel? kadang kadang menyesal. kadang kadang tak. hehe. tolonglah lempang muka aku! *kelip kelip mata ala budak gedik*

kenapa aku asyik beli novel?
sebabnya sejak pertengahan bulan 7 yang lepas, aku telah berpindah rumah. Dari Bandar Seri Alam, Masai ke Taman Perling, Johor Bahru. Dekat sini, aku memang tiada aktiviti langsung. computer kadang kadang je ada. time abang aku tak bawa balik ke Seri Alam (dia & kakak aku masih tinggal di sana), barulah ada computer depan mata aku ni. Desktop baru beberapa hari lepas dihantar ke sini tapi belum di sambungkan ke internet. Desktop tiada wi-fi! Disebabkan terlalu banyak masa aku terluang dengan merenung dinding, menonton DVD yang sama berulang kali, buka tutup peti sejuk tanpa mengambil apa apa, kemas almari baju yang telah sedia terkemas, etc. maka dengan rasminya syaitooon telah berjaya menggoda aku untuk membeli novel. hahahaha.

p/s : aku tengah stress sebab tu aku mengarut tak hingat dunia ni. menaip menggunakan bahasa yang tunggang langgang.
p/s/s : SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUTNYA.

Friday, July 9, 2010

sibuk. busy.

*ini entry berkenaan hati dan perasaan aku. jangan baca jika tidak suka*

haihhhh. aku sibuk memikirkan masalah masalah yang menimpa serta membebankan kepala hotak aku je sekarang ni.
bukan masalah besar pon. tapi sebab aku duduk rumah 24/7, makan minum tido online je, tu yang buat kerja ni. kerja membesarkan masalah yang kecil dengan memikirkannya secara terlampau. heh. aku dah guna bahasa pokemon ciptaan sendiri nampaknya. tapi aku tak ada idea macam mana nak curahkan masalah aku tu. takpe la. aku nak tulis entry pasal diri aku la.


aku sebenarnya dicop tomboy waktu sekolah dahulu.
ya la, ayah aku dan kawan kawan aku sendiri kata gaya aku berjalan dah macam lelaki (aku dah try ubah tapi tak boleh). aku juga jenis yang berbual kuat dan kasar yang menyebabkan ramai lelaki  dan juga para gadis menyampah tahap maksima dengan aku. benda ini memang semula jadi dalam diri aku, bukan dibuat-buat. ahli keluarga aku punya sound system memang kuat! tak percaya, tanya jiran aku. kitorang kalau berbual, orang ingat tengah bertekak.
oh ya, aku cakap lepas dan  straight to the point no belok belok juga. aku pernah sound satu budak perempuan ni sebab aku rasa dia terlampau gedik. bila berbual dengan lelaki, serta merta suara dia jadi kecil dan lembut. bila berbual dengan perempuan, biasa pula. tapi yang paling aku tak boleh belah bila badan dia jadi lembik gemalai semacam bila berbual dengan lelaki. so, aku sound je la. aku bukan jeles tapi naik meluat. aku pelik. lelaki tu tak rasa itu pencemaran pandangan ke? aku rasa macam tu!

walaupun aku macam tu, dressup aku tetap macam perempuan. eh salah, aku memang perempuan kan! seriously, aku suka dress. aku suka skinny jeans. aku suka guna purse yang besar gedabak panjang tu. aku suka handbag. aku addicted dengan makeup. aku suka sangat sangat tengok gambar perempuan yang dressup lawa dengan dress dan nampak sangat girly (aku bukan lesbian. aku tengok sebab aku adore diorang punya style)

eh sekejap. apsal aku agak melalut panjang berjela? ah lantaklah. sambung sambung.
aku nak cakap yang aku sangat sangat tak suka bila ada lelaki luahkan perasaan. hah jangan fikir aku nak bajet hot konon konon bila ada lelaki nak usha aku, aku akan bangga gila. it's not a thing yang perlu dibanggakan right? aku bangga aku tak pernah couple! haha. tapi kadang kadang tu rasa sedih jugak la. ada sesetengah perempuan yang suka kutuk dan gelakkan aku sebab aku tak pernah couple. aku kena cop tak laku tau. ada jugak yang merendah rendahkan rupa paras aku, bentuk tubuh, blablabla. aku benci gila spesis ni! spesis makhluk asing yang patut dicampak dalam gunung berapi. hah tengok. aku melalut lagi. haih.
haaa. pasal aku tak suka lelaki luahkan perasaan tu. kenapa?
sebab aku tak reti la nak jawab apa! haha. walaupun orang yang luahkan perasaan tu adalah orang yang aku suka, aku tetap tak boleh nak jawab yes.
mak segan la noks. mak tak tahu lah macam mana orang perempuan kat luar sana boleh kata yes. hehe. jawapan ni ok x? lalala~
disebabkan aku tak tahu nak jawab apa, aku just kata bagi aku masa untuk fikirkan. and yeah, sampai ke akhir aku tak dapat jawapan. sampai bila lelaki tu nak menunggu? lantaklahhhh.
ok ok. aku tak kejam sangat. aku akan bagi banyakkkkkkkkkk alasan. alasan common; "nak study. tak nak couple time study.", "i'm not ready for any serious relationship right now", and soooooo on sampai lah lelaki tu lupakan niat dia tu.

for real, aku rasa aku memang tak ready for any serious relationship. aku takut dikecewakan. aku takut dilukai, aku takut aku takkan dapat memaafkan. aku takut fikirkan ape yang orang akan fikir. aku takut banyak sangat benda. aku tak tahu lah macam mana aku nak kahwin lepas aku habis degree dan bekerja nanti (dah berangan tu) sebab aku tak rasa aku akan couple. mak ayah aku bukan jenis akan carikan menantu untuk anak anak. sekadar memberi pandangan, mereka akan buat tanpa disuruh. mereka tak nak dipersalahkan jika pilihan mereka tu kecewakan anak mereka.

p/s : kalau aku couple time study nanti, habislahhhhhhhhhhh. haha
p/s/s : ayah aku suka kelantanese. ayah aku gembira sangat sebab bakal suami akak aku kelantanese. tapi aku prefer orang johor juga. tak pun orang kuala lumpur. alahai. bandar penuh sesak jugak pilihan aku.
 p/s/s/s :  mak aku cakap depan muka aku, aku dah 18 tahun, dah besar tapi still kebudak budakan. selama ni aku rasa aku da matured tapi sekarang baru aku tahu, dimata orang lain aku childish.

*berapa banyak p/s dahhhhhhhhhhhhhh. dah la buat entry mengarut sebab bosan tunggu ayah aku and abang aku balik dari solat jumaat sorang sorang. sekejap lagi nak bertolak ke singapura, ye hometown mak aku. aku pergi dengan abang aku sahaja. petang nanti akak aku akan jemput ayah aku. rumah baru tengah renovate ni, tu yang ayah aku nak pantau.