Thursday, August 26, 2010

going to Jakarta, Indonesia

Semalam barulah aku tahu kejadian or whatsoever namanya yang jadi dekat Jakarta Isnin lepas.Orang Malaysia tak digalakkan pergi ke sana sekarang melainkan ada hal yang tersangatttt penting.
Aku sangat tak faham sekarang ini. Apa lagi la masalah orang Indonesia dengan Malaysia ni. Bergaduh sebab ntah tarian merapu tu dia punya, nasi lemak dia punya, blablabla semua dia punya. Yang sekarang ni sebab ape ha?? Aku nak je cakap diorang ni sengal batu kepala dongga. Orang kat Malaysia ni zaman dulu dulu banyak asal Indonesia apa?!  Dengan orang dia yang datang sini then buka perniagaan kat sini, lagi nak salahkan orang Malaysia ke kalau orang sendiri jual budaya or whatsoever dia dekat sini? ishhhh. memang rasa WTF WTF je sekarang ni.  ish. WTF laaa. ha kan dah ulang lagi. Lagi 1 benda yang aku pelik, apa pasal tak nak pijak, baling tahi kat bendera Singapura juga? diaorang makan nasi lemak apa? diaorang kadang kadang guna tarian ntah hapa hapa tu juga apa? and diorang yang kata tarian tu budaya dari Malaysia. baca baik baik, Singapura yang kata tarian tu Malaysia punya, Malaysia tak kata pun. walauweyh. senang kata, tak hingin! -.-"
*ayah aku orang Bugis, means nenek moyang dia dulu asal dari Indonesia and mak aku orang Batak yang dimana atuk kepada mak aku orang Indonesia

ok cut it off.


hurm. tiket untuk ke Indonesia dah di beli. walaupun tiket untuk budget airline (macam ni ke eja?) je, tapi tetap tiket juga apa! meaning that, tetap dah keluar fulus. Walaupun bukan fulus aku, tapi satu tiket SGD25 tu! haha. aku memang kedekut okeyh. oh hah, aku akan pergi ke Jakarta naik flight dari Singapore. Pergi Jakarta hari Jumaat jam 5 petang dan pulang ke Singapura semula pada hari Ahad jam 3 petang. Sekejap gila kan. Tapi nak buat macam mana? Pergi ni pun sebab nak tolong pakcik aku ambil barang yang dipesan salah satu masjid di Singapura. Bulan puasa buat amal walaupun rasa terpaksa. T___T astaghfirullah astaghfirullah. Tapi tak apa la, kalau nak pergi Tanah Abang pun susah sekarang ini. Orang kata, bulan puasa ni Tanah Abang terlampau sesak sampai nak berjalan pun susah. Aku rasa betul la kut khabar ni. Tanah Abang tu kan tempat borong ke apa ntah nama untuk baju baju, kain etc yang penjual beli secara bertimbun timbun tu. Confirm lah penuh kan. Nama pun bulan puasa dah nak raya.

So, dalam pukul 3 petang lagi aku akan bertolak pergi ke Singapura untuk megelakkan terlewat esok. Budget airline ni kena datang 2 jam awal. Tidur rumah nenek aku je la. Tak mampu nak tidur hotel kat Singapura tu. Mahu pengsan bangun pengsan bangun pengsan tak bangun bangun nak bayar. hehehe.

One more thing, yang pergi ke Jakarta tu cuma pakcik aku, abang aku dan aku sahaja. Aku seorang sahaja perempuan. Omg omg. Tak best nya. Tak ada sesiapa nak teman aku pergi shopping kat mall sana. barang Revlon dia lagi murah ok dari barang Revlon dekat Malaysia ni. Tak lah murah gila tapi ada lah kurang dalam 10 hinggit. Maybelline tak payah cakap la! Berbelas ringgit jauhnya! lagi 1, Colgate dia lagi mahal dari Sensodyne(?). kat sini Sensodyne lagi mahal kan?

Dah la. aku kalau duduk depan blog lama lama, mahu makin lapar je time time puasa ni. Chow Sin Chi. Wo Ai Ni (eh?)

*Blog ni macam diari aku sebab tu aku selalu mengarut kat sini

3 comments:

Juwairiyah said...

eh kau. best gile. aku xpna gi luar negara. gi luar negeri pun jarang. ngeh3

tau takpe. aku de blogwalking. diorang study kat indon byk bli mekap2.
hahaha ko gi jakarta ni ada hal penting sgt eah mcm ayat awal kau tu.

black_mel said...

ayat last tu mcm besa dgn jer dlm film2 chinese..wo ai ni?hahaha..nice entry...diorg mmg dh melampau...x abis2 nak pijak bendera...asal singapore ker?

masturah said...

Juwairiyah : takde la penting sangat. tapi boleh la tahan. hehe

black_mel : hehe. takde la. Malaysian. My mom yang Singaporean. ^_^