Tuesday, August 10, 2010

Esok adalah Ramadhan pertama

muahaha. ntah hape hape ayat.

okay aku sangat sedih sekarang. esok 1 Ramadhan tapi, aku tak dapat nak puasa. sebab? sebab biasa bagi perempuan. lalala~

sebelum ni aku berharap sangat 'benda ni' tak datang dalam bulan puasa. paling kesian pon datang lah time tengah bulan puasa. kenapa aku tak suka datang awal puasa? kalau ikut cycle aku, 3 minggu kemudian akan datang sekali lagi. sedih beb sedih. confirm banyak aku kena ganti ni. perkiraan kasar 5hari + 7hari = 12 hari. tengok tengok! tahun lepas (bulan lepas) aku ganti 8 hari. tu pon rasa tak larat kuasa infinity dah. tak dapat nak bayangkan ganti 12 hari. walah walah.

 Ramadhan, cepatlah tiba, ikat semua syaitoooooon yang buat nafsu membeli novel aku berada di tahap tertinggi. Aku rasa aku dah gila. Serius. 27/7/2010 yang lepas aku habiskan RM100 beli 9buah novel terpakai dari mudah.my serta satu blog menjual novel terpakai (malas nak link. hehe). Kemudian, pada 6/8/2010 yang lepas, aku beli sebuah novel berharga RM 19.90 di Badan Cemerlang Angsana. Dan untuk hari ini, aku beli 6 buah novel secara online dari Jemari Seni dengan harga RM 125.80.
takda la banyak sangat kan? tapi sebenarnya.... terlebih banyak untuk aku yang tidak bekerja, tidak bersekolah (sambung belajar November depan). dengan kata lain, langsung tiada duit income. mana aku dapat duit itu? itu lah duit undi a.k.a duit kutu yang aku join masa aku berada di Tingkatan 4, dua tahun lepas. punya la kedekut dulu  dulu sampai bertahun tak guna duit tu! haha. dan sekarang yang tak boleh blahnya, aku gunakan duit kutu tu semua untuk beli novel? kadang kadang menyesal. kadang kadang tak. hehe. tolonglah lempang muka aku! *kelip kelip mata ala budak gedik*

kenapa aku asyik beli novel?
sebabnya sejak pertengahan bulan 7 yang lepas, aku telah berpindah rumah. Dari Bandar Seri Alam, Masai ke Taman Perling, Johor Bahru. Dekat sini, aku memang tiada aktiviti langsung. computer kadang kadang je ada. time abang aku tak bawa balik ke Seri Alam (dia & kakak aku masih tinggal di sana), barulah ada computer depan mata aku ni. Desktop baru beberapa hari lepas dihantar ke sini tapi belum di sambungkan ke internet. Desktop tiada wi-fi! Disebabkan terlalu banyak masa aku terluang dengan merenung dinding, menonton DVD yang sama berulang kali, buka tutup peti sejuk tanpa mengambil apa apa, kemas almari baju yang telah sedia terkemas, etc. maka dengan rasminya syaitooon telah berjaya menggoda aku untuk membeli novel. hahahaha.

p/s : aku tengah stress sebab tu aku mengarut tak hingat dunia ni. menaip menggunakan bahasa yang tunggang langgang.
p/s/s : SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUTNYA.

1 comment:

Juwairiyah said...

ouh ok aku paam. abes tu nape ko x tinggal je kat seri alam. boring beb kalo xde benda nak buad