Friday, July 9, 2010

sibuk. busy.

*ini entry berkenaan hati dan perasaan aku. jangan baca jika tidak suka*

haihhhh. aku sibuk memikirkan masalah masalah yang menimpa serta membebankan kepala hotak aku je sekarang ni.
bukan masalah besar pon. tapi sebab aku duduk rumah 24/7, makan minum tido online je, tu yang buat kerja ni. kerja membesarkan masalah yang kecil dengan memikirkannya secara terlampau. heh. aku dah guna bahasa pokemon ciptaan sendiri nampaknya. tapi aku tak ada idea macam mana nak curahkan masalah aku tu. takpe la. aku nak tulis entry pasal diri aku la.


aku sebenarnya dicop tomboy waktu sekolah dahulu.
ya la, ayah aku dan kawan kawan aku sendiri kata gaya aku berjalan dah macam lelaki (aku dah try ubah tapi tak boleh). aku juga jenis yang berbual kuat dan kasar yang menyebabkan ramai lelaki  dan juga para gadis menyampah tahap maksima dengan aku. benda ini memang semula jadi dalam diri aku, bukan dibuat-buat. ahli keluarga aku punya sound system memang kuat! tak percaya, tanya jiran aku. kitorang kalau berbual, orang ingat tengah bertekak.
oh ya, aku cakap lepas dan  straight to the point no belok belok juga. aku pernah sound satu budak perempuan ni sebab aku rasa dia terlampau gedik. bila berbual dengan lelaki, serta merta suara dia jadi kecil dan lembut. bila berbual dengan perempuan, biasa pula. tapi yang paling aku tak boleh belah bila badan dia jadi lembik gemalai semacam bila berbual dengan lelaki. so, aku sound je la. aku bukan jeles tapi naik meluat. aku pelik. lelaki tu tak rasa itu pencemaran pandangan ke? aku rasa macam tu!

walaupun aku macam tu, dressup aku tetap macam perempuan. eh salah, aku memang perempuan kan! seriously, aku suka dress. aku suka skinny jeans. aku suka guna purse yang besar gedabak panjang tu. aku suka handbag. aku addicted dengan makeup. aku suka sangat sangat tengok gambar perempuan yang dressup lawa dengan dress dan nampak sangat girly (aku bukan lesbian. aku tengok sebab aku adore diorang punya style)

eh sekejap. apsal aku agak melalut panjang berjela? ah lantaklah. sambung sambung.
aku nak cakap yang aku sangat sangat tak suka bila ada lelaki luahkan perasaan. hah jangan fikir aku nak bajet hot konon konon bila ada lelaki nak usha aku, aku akan bangga gila. it's not a thing yang perlu dibanggakan right? aku bangga aku tak pernah couple! haha. tapi kadang kadang tu rasa sedih jugak la. ada sesetengah perempuan yang suka kutuk dan gelakkan aku sebab aku tak pernah couple. aku kena cop tak laku tau. ada jugak yang merendah rendahkan rupa paras aku, bentuk tubuh, blablabla. aku benci gila spesis ni! spesis makhluk asing yang patut dicampak dalam gunung berapi. hah tengok. aku melalut lagi. haih.
haaa. pasal aku tak suka lelaki luahkan perasaan tu. kenapa?
sebab aku tak reti la nak jawab apa! haha. walaupun orang yang luahkan perasaan tu adalah orang yang aku suka, aku tetap tak boleh nak jawab yes.
mak segan la noks. mak tak tahu lah macam mana orang perempuan kat luar sana boleh kata yes. hehe. jawapan ni ok x? lalala~
disebabkan aku tak tahu nak jawab apa, aku just kata bagi aku masa untuk fikirkan. and yeah, sampai ke akhir aku tak dapat jawapan. sampai bila lelaki tu nak menunggu? lantaklahhhh.
ok ok. aku tak kejam sangat. aku akan bagi banyakkkkkkkkkk alasan. alasan common; "nak study. tak nak couple time study.", "i'm not ready for any serious relationship right now", and soooooo on sampai lah lelaki tu lupakan niat dia tu.

for real, aku rasa aku memang tak ready for any serious relationship. aku takut dikecewakan. aku takut dilukai, aku takut aku takkan dapat memaafkan. aku takut fikirkan ape yang orang akan fikir. aku takut banyak sangat benda. aku tak tahu lah macam mana aku nak kahwin lepas aku habis degree dan bekerja nanti (dah berangan tu) sebab aku tak rasa aku akan couple. mak ayah aku bukan jenis akan carikan menantu untuk anak anak. sekadar memberi pandangan, mereka akan buat tanpa disuruh. mereka tak nak dipersalahkan jika pilihan mereka tu kecewakan anak mereka.

p/s : kalau aku couple time study nanti, habislahhhhhhhhhhh. haha
p/s/s : ayah aku suka kelantanese. ayah aku gembira sangat sebab bakal suami akak aku kelantanese. tapi aku prefer orang johor juga. tak pun orang kuala lumpur. alahai. bandar penuh sesak jugak pilihan aku.
 p/s/s/s :  mak aku cakap depan muka aku, aku dah 18 tahun, dah besar tapi still kebudak budakan. selama ni aku rasa aku da matured tapi sekarang baru aku tahu, dimata orang lain aku childish.

*berapa banyak p/s dahhhhhhhhhhhhhh. dah la buat entry mengarut sebab bosan tunggu ayah aku and abang aku balik dari solat jumaat sorang sorang. sekejap lagi nak bertolak ke singapura, ye hometown mak aku. aku pergi dengan abang aku sahaja. petang nanti akak aku akan jemput ayah aku. rumah baru tengah renovate ni, tu yang ayah aku nak pantau.

2 comments:

Juwairiyah said...

weyh, apo la kau nii. rileks la.
mulut org, biasa la. mana bleh tutup weyh
kau buat dang jek. buat bodo suda.
kau ingat kau sorg jek yg xpna kapel? aku ni? hahaha

aku pun ganas weyh. tapi x selalu r. hehehe

Balqish said...

salam ziarah, mas.
aku prefer orang johor.
senang sikit nak balik kampung.
hahahaha.