Saturday, November 10, 2012

Result Semester 4

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi result saya walaupun tak dekan tapi meningkat berbanding semester semester sebelum ni. CGPA yang jatuh ke bawah 3 semester lepas meningkat naik ke 3.03. Atas pagar bukan? Tapi saya bersyukur sangat-sangat, Insya-Allah selamat lagi untuk saya sambung degree dalam jurusan yang sama.
Amboih kemain ayat aku skema mamai kan.


Semalam aku takut sangat tunggu result aku. UiTM hantar result ke email start jam 12.00 malam berperingkat peringkat. Siapa yang luck baik dapat tepat jam 12.01 malam. Macam aku ni, selalunya dalam pukul 3 atau 4 pagi baru sampai. Tapi semester ni pukul 2 lebih pagi. Tangan aku memang menggigil dari jam 12.00 tengah malam la. Sejuk gila aku rasa badan aku!

Sebabnya? Aku tak confident akan dapat atas 3 semula. Ya la, semester lepas memang jatuh bawah 3 bergolek golek terus! Memang tarik CGPA gila gila! And then semester ni boleh dikira subjek semua susah susah belaka. Almaklumlah, semua subjek perlukan minda yang kuat untuk menghafal sedangkan aku memang terkenal dengan kelembapan untuk mengingati sesuatu benda.

Senang cerita, first paper aku memang jatuh hari pertama peperiksaan bermula; 1 Oktober 2012. Berderet sampai 3 paper; 1, 2 dan 3 November. Waktu yang sama, tempat yang sama cuma hari dan kertas berbeza.  Yang menyedihkan, projek terakhir studio aku kena siapkan dan presentation jatuh pada hari ke-6 study week. Frust sangat sebab study week kena buat kerja studio. Dan projeknya adalah projek 'Rekreasi' yang perlu dicolour manually bukan guna AutoCad macam projek lain. tertido tido atas pelan A1 ni aku setiap malam. Nasib baik bukan jenis keluar air liur basi. Hehehe



Khamis malam Jumaat tu pula aku bertungkus lumus siapkan Final Study I yang perlu diperbetulkan sebab kena submit hari Jumaat keesokan harinya sebelum pukul 12.30 tengahari. Final Study teramat perlu diperbetulkan sampai lecturer puas hati atau sampai hari nak balik rumah! Yang aku tak puas hati 5 kali aku dah redo, aku dapat B- je untuk Final Study I ni. Hahaha. Encik mesti bosan kan tengok muka saya je tunggu encik depan pintu?
Dengan itu, konklusi yang boleh dibuat; aku hanya ada Sabtu dan Ahad je untuk study memandangkan hari Isnin dah start paper pertama. Memang aku pulun membaca paper pertama je tak sentuh langsung subjek paper ke-2 dan ke-3. Tu pon banyak tidur sebab aku memang tak cukup tidur siapkan projek studio -.-


Hari pertama kertas Entrepreneurship selama 3 jam. ETR/ENT ni memang aku tak suka sebab berkenaan dengan bisnes yang wajib semua students UiTM ambil untuk 1 semester. Jam kredit besar pulak tu sampai 3! Akuselalu cakap "aku ambil town planning buat apa nak belajar business!".
Setiap minggu kena hantar kerja 'business plan', lagi la aku serabut. Dengan studio projects yang berderet lagi. Aku punya nakal, semua kelas ETR ni aku pasang earphone dari awal sampai habis kelas. Nak nakal sikit lagi, aku membuta. Nasib baik kelas ETR aku dekat hujung bangunan, kalau tak memang aku on Facebook la memanjang. Dan nasib baik Twitter memang dah kena block dengan UiTM Perak.
Nak dipendekkan cerita, aku ni jadi tukang taip balik hampir kesemua business plan yang nak dihantar dan aku lah yang tukang edit final business plan. Makna kata, dalam pada separuh hati je rela ambil subjek tu, aku faham la berkenaan subjek ni sebab business plan merangkumi semua.
Hari peperiksaan tu, sejujurnya aku keluar awal. Sejam je aku duduk dalam Dewan Seri Iskandar. Satu dewan pandang aku sebab paper 3 jam aku keluar awal sangat. Pengawas peperiksaan pon macam tak nak bagi aku keluar.Harapan aku time tu biar paper ni aku lulus cukup makan sebab aku tak suka subjek ni. Now, aku bersyukur sangat sangat, i got an A for this paper!
Memang aku merungut kena menaip business plan even tu kerja grouping, kena jumpa lecturer berbincang apa yang perlu diperbetulkan semula waktu malam dengan kolej aku kolej paling jauh dengan fakulti tu. Tapi sekarang ni aku bersyukur sangat kau orang bagi aku kerja tu. Sebab kerja tu la aku boleh jawab soalan soalan semua. :') Memang terselit hikmahnya kan bagi semua benda yang kita buat.

Second paper aku, Social Studies. Yang ini payah sikit sebab kena hafal nama insan yang keluarkan definisi definisi tertentu. Dengan hanya ada 1 malam je nak baca nota, aku memang pasrah je la. Hahaha pasrahhhh. Yang ini aku dapat B-. Tapi aku bersyukur sangat sangat! Ini pula mungkin berkat usaha aku menyalin kesemua nota yang lecturer bagi. Nota bukan dari slide tapi dari kertas transparent yang dipancarkan tu. Ala cara lama tu. Tak tahu la namanya. Kalau tak salin, tak ada la nota senang kata. Sampaikan kawan kawan photostat buku nota aku tu. Terharuuuu. Hahaha poyo jela aku ni. Second paper ni aku duduk dalam 1 jam 15 minit dari 2 jam. Ya aku keluar awal lagi.

Ok aku dah penat nak cerita satu-satu paper. Apa yang aku boleh cakap, aku keluar awal untuk SEMUA paper sampaikan ramai yang pandang sinis je dekat aku and ramai yang mengata di belakang aku. Yang mengolok-olokkan aku pon ada. Dia orang tak perasan yang aku memerhati je walaupun aku buat muka keras aku. Ya la, aku ni bukan yang jenis pandai and i admit that aku memang lambat pickup. Dia orang rasa aku ni nak berlagak lebih, sebab tu aku keluar awal. Yeah, soooo narrow minded! Yang sebenarnya aku punya tabiat, aku takkan baca jawapan aku untuk kali ke-2! Aku fobia sebenarnya. Semester 1 dulu aku tukar-tukar jawapan sampaikan bila aku check kat bilik, the previous answer = the right one. Sejak tu memang aku akan keluar terus lepas aku habis jawab semua soalan. Takkan tengok langsung jawapan aku semula!

Dari semester 2 yang aku akan/wajib keluar awal ramai yang mempersoalkan jugak bila aku lulus semua subjek even cukup makan tapi yang lain ramai sangkut paper. Aku memang tak puas hati sangat sangat sebab aku ni nampak bodoh sangat ke sampai nak dipersoalkan result aku? Aku dapat cukup makan je, bukan score A+ pon. -.-
Aku harap jangan la buat orang lain macam ni sebab kau nak tahu apa perasaannya? Perasaannya senang je, kau akan rasa bila kau pula yang kena.





Dan kepada kamu berdua, even kita bergaduh sakan berperang dingin, aku just nak ucapkan terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku dan pernah menjadi sahabat terbaik aku. Walaupun kita dah jadi musuh sekarang, aku tetap nak ucapkan terima kasih jugak sebab 2 semester kau orang rapat dengan aku dan menjadi pendengar masalah aku. Aku dah tak kisah kalau kau orang nak pecah rahsia aku sebab aku masih berpegang pada kata-kata hidup mesti diteruskan walaupun semuanya berubah. =)

No comments: