Sunday, November 11, 2012

Teman

Muhammad Hilmi Mohd Nor

Kawan lelaki yang paling rapat dan memahami aku dalam UiTM Perak.



Weh... Sedihhhhh....
Kau tahu tak..... Kau lah satu satunya kawan lelaki aku dalam UiTM Perak ni yang...

Sanggup dengar masalah aku. Duduk dengar masalah aku sampai 2 jam. Bagi nasihat kat aku. 2 jam bukan sekejap nak dengar aku mengeluh dan bercerita. Tak semua orang sanggup.

Tak membalas bila aku sepak kau, tumbuk kau, cubit kau, dan macam macam lagi. Senang kata kau je yang paling sporting antara yang lain tu. Kau faham sikap aku yang agak kasar, yang degil, yang melawan.

Sanggup pinjamkan aku kurecolor sebatang RM9 tu sedangkan yang lain tu tak bagi kacau pon pen diorang tu.

Sanggup belikan ubat bila aku call cakap aku sakit even kau tengah busy buat kerja kau yang melambak lambak dekat studio.

Sanggup pergi belikan tiket bila aku buat gila nak balik Johor pada hari yang sama jugak even kau tengah penat gila.

Sanggup belikan barang yang aku perlukan sangat sangat. Kau je yang faham susahnya duduk dalam kampus untuk keluar dengan tak ada transport sendiri.

Banyak lagi kan yang kau sanggup buat tapi tak ada orang lain yang nak buat.


Ramai yang cakap kita bercinta kan. Hampir semua orang ingat kita bercinta. Tapi hakikatnya kita memang tak bercinta. Kita kawan. Kau kawan yang cukupppp memahami.
Bila dah penat sampai 3 semester orang cakap kita bercinta, sampai semester ke 4 kita layankan je apa orang cakap. Iya kan je apa spekulasi yang orang buat.

Kau tahu tak ada orang pernah cakap nak tengok kita bercinta sebab lidah kita sama sama pedas dan tajam. Lepas tu nak tengok tengah-tengah bercinta tu, bergaduh mulut. Hahaha kelakar kot sebabnya kita tak perlu nak bercinta, kita memang asyik berbalah je. Sindir menyindir, nganjing menganjing tu dah jadi biasa kan! Tapi kau la yang selalu kena sound setepek dengan aku. Kau jarang nak balas balik. Tu yang aku naik besar kepala asyik kenakan kau.


Kalau kau ingat balik, kau dengan Aizat la classmate lelaki yang aku mula mula bercakap. Kedai rahmath? Beli barang2 untuk first project? Ingat tak? Time tu aku dengan Aiza. Sebab tu kot kita jadi baik.
Aku ingat lagi kau yang teman aku pergi ambil kad matrik kat pejabat keselamatan masa part 3 padahal kau baru balik dari sana. On the way ke sana kau ada cakap pasal students lain yang keluaran maahad tapi still gonjol macam kita ni la. Hahaha ustaz and ustazah yang tak menjadi.


Hahaha kau amek port belakang sekali memang tak nampak pape la. Rambut kau je yang nampak!


Sungguh aku memang sedih dapat tahu kau tak dapat melangkah ke semester 5 sama sama dengan kita orang. Kau terpaksa mengulang semester 4 semester depan. Sedih gila gila kau tahu tak. Yang lain gagal studio tu aku tak fikir pon, aku fikir pasal kau sorang je. Mana aku nak cari kawan lelaki yang baik macam kau lagi?


Sorry tau banyak kali merajuk siap touching touching tak nak bertegur sapa dengan kau langsung. Seminggu dua sebelum raya haritu aku buat dunno je dengan kau. Sampai ramai tegur aku sebab tak bercakap langsung dengan kau. Mana kau ada, aku takkan datang. Aku asyik mengelak je dari kau. Siap jeling jeling bagai. Tapi kau ni baik sangat, raya ke 2 dah text aku minta maaf bagai. Ikutkan hati tak nak reply tahu! Hahaha


Kita plan nak masuk kelas sama kan semester 6 nanti. Kita plan nak berebut kelas dapatkan studio master yang okay. Sedih weh sedih plan kita musnah macam tu je.


Banyak sangat kenangan kan sepanjang 4 semester ni. Aku selalu cakap aku kenal sangat dengan perangai kau sebab bukan baru kita kenal, dah 2 tahun. Aku tipu je tu. Mana la aku boleh faham perangai orang dalam masa 2 tahun. Saje aku taknak kalah dengan kau. Haha.


Dah la dah cukup sedih dah ni. Huhuhu


Tapi ingat tau....

Jangan nakal nakal lagi. Jangan asyik cuci mata tengok awek lalu kat depan Annex 2 tu, junior junior lalu kat kerusi tangga atas tu. Lagha malah memang melalaikan. Kau masa semester 1 and 2 baik sangat tau. Semester 3 start jadi nakal. Aku rasa macam tak elok korang buat macam tu. Memang la aku boleh gelak gelak je melayan, tapi serius tak berapa baik buat macam tu. Kawan kawan kau yang lain tu tak makan saman pon kalau aku sound. Haha

And yang paling penting,

Jangan lupakan aku bila dah berkawan baik dengan students semester 4 semester depan. Jangan lupakan kitorg semua tau.

Doakan aku praktikal dengan jayanya bermula 26 November 2012 ni. Nanti kau nak apply praktikal lagi apply tempat yang sesuai tau. Jangan susahkan diri kena cari rumah sewa bagai.

Btw, kita kan asal dari AP111 1C Disember 2010 even ramai terpisah masuk semester 3 and 4 ni. Maka dengan itu diharamkan melupakan sesama sendiri! Hihhihi



Gambar paling latest yang kau sanggup la nak amek walaupun kau tahu banyak spekulasi akan timbul. Hahaha



AH SEDIH SEDIHHHHH. TAKNAK LA LAYAN PERASAAN! NAK TIDUR! BYE!

0 sepakan: