Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Macam yang kita semua tahu,
Hari ini merupakan Hari Guru yang dimana confirm sangat waktu aku sekolah dulu, pelajar sekolah berebut rebut bagi hadiah pada guru mereka (selalunya guru kelas dan favourite teacher). Pelajar sekolah rendah memang semangat betul bagi hadiah tapi pelajar sekolah menengah sekerat je cari dan bagi hadiah kan. Haha ni ikut pengalaman tau sebab dulu aku pon tak bagi hadiah Hari Guru bila dah naik sekolah menengah. Well, bukan saja saja tapi I don't really know apa yang sesuai nak bagi dulu bila umyr dah jejak belasan tahun. Takkan nak bagi benda yang sama macam masa sekolah rendah, kononnya malu la kot time tu. So ikut jalan mudah, buat dunno je. Kejam gila aku ni kan.

Tapi bila diingatkan balik kelakar juga la aku rasa. Well hadiah time sekolah rendah dulu, aku mesti bagi bunga ros plastik, tak pun frame, tak pun mug. Nak best lagi bagi pen. Save budget sungguh zaman kanak kanak.
Tapi paling aku tak boleh lupa, masa darjah 6 dulu aku paksa mak aku belikan hadiah untuk guru kelas aku, seorang ustaz. Disebabkan mak aku busy kerja, so memang tak sempat la dia nak pergi kedai 2 hinggit yang selalu diterjah hampir semua orang bila Hari Guru tiba. In the end, mak aku bagi je tie ayah aku yang belum guna. Kesian pulak dengan ayah aku yang jadi mangsa kan. Nasib baik la tie dia berlambak. So aku jadi macam 'ada aku kisah. Janji ada hadiah macamnorang lain'. Selfish sebenarnya students ni sebenarnya sebab tak fikirkan parent time tu. (Eh ntah ntah aku sorang je yang buat macam tu).

Ish kalau nak ingat memori Hari guru aku berlambak sangat. So tak nak terpesong niat nak ucap Hari Guru jadi Memori Hari Guru pulak.


So aku nak ucapkan
"Selamat Hari Guru" buat guru guru yang telah banyak bersusah payah mengajar aku dari kecik sampai sekarang. Sabar dengan kelembapan dan kelambatan aku. Sabar dengan perangai lepas laku aku, mulut laser aku dan semuanya la.
Dari Ibubapa yang banyak mendidik dan mengajar dari aku ni sebesar tapak tangan, babysitter yang juga mendidik dan menjaga aku dari usia lepasan pantang ibu, guru guru Taski Al-Fikrah, guru guru Sri Kamariah Kindergarten, guru guru Sek Keb Sri Tebrau, asatizah Sek Agama Puan Hajah Rahmah, guru guru di Tuisyen Cikgu Azah, ustaz ustazah Sek Ren Islam At-Tahfiz Pasir Gudang, ustaz ustazah Sek Men Islam At-Tahfiz Pasir Gudang, guru guru Pusat Tuisyen Omega dan tak lupa juga buat pensyarah pensyarah UiTM Perak. Thanks for everything that all of you have done and what you will do. Hope that all the things you thought me can bring me to a successfull life InsyaAllah.


Buat my eldest biological sister, Happy Teachers' Day buat Along jugak. Jangan putus asa dengan students yang makin lama makin tak ada adab dan terlalu angkuh (tak ditujukan buat sesiapa but its a true story). Jangan hilang semangat nak curahkan segala ilmu dengan kata cacian mereka serta umpat keji guru guru lain.

Buat pelajar pelajar sekolah pula, jangan la kurang ajar dengan guru sangat. Aku menyesal dulu aku buat juga perangai ntah apa apa kat sekolah. Like seriously, you shouldn't do that. Time buat memang bangga tapi bila dah habis sekolah dan nak masuk alam dewasa, kau akan menyesal sangat. Guru kat sekolah memang sangat ambil berat alan pelajarnya tapi bila masuk Universiti, they dont feedspoon you jadi mereka hanya ambil tahu sedikit sedikit sahaja. Dengan keadaan pelajar yang ramai juga kadangkala buat pensyarah tidak kenal kamu sampai habis semester. Jadi, bertahan la dengan guru srkolah sampai habis Tingkatan 5! (haha apa punya nasihat aku bagi ni)


Whatever it is, Selamat Hari Guru buat semua guru guru dan pensyarah pensyarah, dalam erti kata lain semua pendidik di Malaysia ini (Hari Guru negara lain, tarikh lain. Hehe). Ilmu yang anda semua curahkan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

0 sepakan: