Monday, March 23, 2015

Braces / Pendakap Gigi di Pasir Gudang, Johor

Dah lebih setahun aku pakai braces, makanya mungkin banyak dah berubah dengan klinik pergigian tu. Bayaran pertama, jangka masa nak pakai, bayaran everytime appointment (once every 6 weeks), etc. asemua mungkin dah lain. Patientnya sangat ramai sekarang. Dulu I can go there without setting any appointment tapi sekarang jangan mimpi nak tukar band or whatsoever berkenaan braces (yang perlukan more than 30 minutes) kalau tak buat appointment.

----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum!
Its been more than a year aku post entry dalam blog ni.
Masuk degree, kehidupan lagi mencabar. hectic life i can say.
Sekarang ni tengah praktikal berdekatan dengan rumah, maka ada la sedikit masa nak taip taip ni.

Latest pasal kehidupan aku, aku pakai braces last 2 weeks.
Dekat sebuah klinik swasta terletak di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
Quite cheap kalau nak dibandingkan dengan klinik lain dalam kawasan Johor Bahru. RM4,000 all in except for molding (RM 50) and x-ray yang kena buat dekat luar sebab klinik ni baru je buka. Oh ye dan jika bracket anda tercabut selepas 2 bulan pemasangan, perlu bayar RM25 per bracket.

Sebenarnya, sebagai student UiTM yang ada kelebihan untuk dapat harga diskaun pemasangan braces di UiTM, aku pernah je pergi checkup segala bagai dekat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam tu. Half price kan untuk UiTM's students. Berderet-deret jugak la student yang pasang braces. First checkup aku cakap dengan doktor gigi tu nak buat braces tapi dia insist aku buat retainer je, katanya dah cukup untuk aku tu sebab gigi aku tak teruk. Aku pon gigih la pergi cari student dentistry semester 4 untuk buat retainer tu. Berbulan aku turun naik fakulti tu tapi end up tak dapat buat. Sebabnya time student tu present depan lecturer, lecturer dia suruh aku masuk list pakai braces. Memang aku down sangat sangat la! Ye la, banyak kali aku ambil acuan gigi, then check sana sini, skip kelas (dapat MC ye) untuk sesuaikan dengan waktu student dentistry tu nak book tempat untuk dia semua.

At last, aku fikir dari aku masuk waiting list 2 tahun yang dimana aku dah nak habis belajar lagi setahun, better aku pakai sekarang je dekat klinik swasta. Nanti nak ulang alik Shah Alam susah pula kan. Lagipun aku dah 23 tahun tau. Kalau aku lambat-lambatkan pakai braces, takkan nak beranak dengan braces? Hehehe

Dekat klinik swasta, cuma ambil masa lebih kurang 3 minggu je nak pasang braces. Itu pon sebab aku praktikal, seminggu sekali je free nak pergi Pasir Gudang. Nama dentist dekat situ Dr. Diba tau.

Pertama kali pergi aku dah cakap nak buat braces, Dr. tu terus la tengok tengok gigi aku. Then;


  1. Ambil acuan gigi (molding). Aku tak tahu nak describe apa perasaan ke rasa ke sebab dah banyak kali buat dekat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam dulu. Just rasa nak muntah je la sebab benda tu kena dekat tekak aku kan sementara nak tunggu keras.
  2. Lepas tu dia minta pergi buat x-ray dekat mana-mana klinik or hospital kerajaan (dia bagi surat la kan). Aku buat x-ray dalam RM90 dekat klinik pergigian swasta juga di Bandar Baru Uda. Then hantar dekat Dr. tu.
  3. Cuci dan polish gigi.
  4. Letak separator (getah bulat kecil je) antara gigi. 4 bawah, 2 atas untuk bagi ruang masukkan besi masa nak pasang braces. Serius cakap, sakit pakai separator ni. 4 hari aku tak boleh mengunyah. Kalau kurang dari 6 hari terputus getah tu, kena pasang semula.
  5. Cuci dan polish gigi lagi then taraaaaaaa pasang braces! Lebih kurang sejam je aku pasang. Tak rasa sakit pon masa pasang. Malam tu je rasa sakit sikit. Maybe sebab aku tidur dalam aircond.

Aku tak boleh nak komen banyak banyak sebab bracket aku dah tercabut pon selepas seminggu aku pakai. Aku patut pantang, makan bubur dan benda lembut lembut je selama sebulan ni tapi aku makan nasi lepas 2 hari pakai braces. Aku memang jarang missed makan nasi selama ni! Yang buat patah tu sebab aku makan popiah keras! Hahahaha. Tolong la jangan jadi macam aku. Orang lain ikut betul-betul cakap doktor tak boleh makan benda keras, aku main langgar je!

Nak tahu macam mana pakai braces, search je dekat youtube. Tengok video lagi real kan??


update :
Klinik Pergigian Dahlia.
Alamat : 39A, Jalan Sejambak 12, Taman Bukit Dahlia, 81750 Pasir Gudang, Johor.
*Barisan Al-Ikhsan, atas 7Eleven. Lot-lot kedai berhadapan Subway
No Tel : +6072557775
Email : dahliadental@yahoo.com
Website : http://www.dahliaclinic.com/


P/S : tak sempat buka blog and reply semua comment. Quite busy semester terakhir degree ni. Final project, FYP semua tak terkejar. Sorry sangat sangat! 🙏

100 comments:

Unknown said...

Hi ☺ May I know nama klinik gigi dekat bukit dahlia tu?

Anonymous said...

boleh share nama klinik n contact no?

masturah said...

Klinik Pergigian Dahlia.
+6072557775

Unknown said...

Salam, tanya sikit klinik tuh terima bayaran ansuran x utk pakai braces?

masturah said...

Memang bayar ansur ansur. first bayar tu boleh bayar minimum 500 or 1000, tak sure sangat. tapi dia memang tak letakkan specific price kena bayar berapa. Dia juga tak kesah nak bayar berapa pon everytime tukar band/appointment or bila bila jela.

jual produk online murah said...

salam depo dy xkesah ae berapa...???? xperasan la pulak klinik tu ad kt area rumah sy... bgos btolll nk g la hujung bulan ni... thank for info....

Anonymous said...

Sis, sis pakai braces sbb apa? Gigi jarang or what?

Anonymous said...

Nak tanya, dlm masa berapa bulan boleh dapat pakai braces tu? Sebulan ada?

masturah said...

- pakai sebab bawah berlapis, atas tak teratur.

- dalam sebulan je dah boleh pakai.

Anonymous said...

Hi awak, nak tanya servis dia okay tak? Ganas tak?

Farah Adiba said...

Hai nak tanya deposit berapa yaa?

Anonymous said...

Boleh saya tahu nama klinik swasta yang awak buat x-ray tu?? Pls reply :)

jual produk online murah said...

bagi alamat boleh? jalan semerbak ke sejambak?

Anonymous said...

Sis, untuk scalling tu lama tak? Berapa jam yee?

Anonymous said...

Kak...law pasang ats je kos dye bpe eak

Unknown said...

depo x kesah ea bayar berapa? ingat nak pkai braces gak nasib dekat dgn tmpat bljar saya.

masturah said...

Tak ganas. Doktor Diba lemah lembut je

masturah said...

Tak ingat. Tapi dekat bandar baru uda.

masturah said...

Tak sure sebab pakai atas bawah. ☺

masturah said...

Saya bayar 1k. Tapi rasanya kalau mintak bayar sikit dulu dia bagi je.

masturah said...

Scaling sekejap sangat. Setengah jam je rasanya paling lama

masturah said...

Scaling sekejap sangat. Setengah jam je rasanya paling lama

Anonymous said...

Nak tanya, masa awak buat payment deposit tu, you pay by cash ke online banking? :) pls reply asap.

Anonymous said...

Masa pakai braces tu doktor terus pakaikan atas bawah yee?

Unknown said...

Dh try kol tp diorng x angkat pun

masturah said...

- By cash. Sorry reply lambat, tak dan online dekat university.

- Yup. Pakai atas bawah terus.

- call waktu rehat tengahari ke? Kalau waktu bias,a try call banyak kali. Staf dia sikit, kadang tak cukup nurse dia

Anonymous said...

Hai sis nak tnya, ntok first consultant ade kene bayar pape tak? Kalau ade berape rm ye? N ntok first consultant tu doc buat ape je?

Unknown said...

Dear i dah x-ray now tgh tunggu call lama tak nak tunggu dia call? 🌼 serammm lah hehe

Unknown said...

Dear now i dah bagi x ray pada doktr. Dlu u brapa lama tunggu dia call? ��

Unknown said...

boleh tanya total semua berapa ? berapa tahun pakai ?

Unknown said...

masa doktor pakai kan tu sakit ke. lama tak sakit nye...
selepas pakai kena buat rawatan bape mggu sekali yek?
please reply.tq

Anonymous said...

salam. saya nk pasang braces ni, td survey kt klinik pergigian doctor lim dekat masai, ya ampun. molding rm120. then dia suruh buat repoort dan mengejutkan report tu perlu bayar rm450. tidak termasuk pemasangan braces. really? semua klinik gigi macamtu ke kak? dan dia minta deposit rm3000. dan kesemuanya dia bagitahu apabila selesai dia menampal gigi saya yg berlubang ni dan molding. bila my mom tanya masa awal datang, berapa agak agak costing, doct cakap " biar saya check, baru kita cerita costing" . cina cina cina

Anonymous said...

boleh mintak email tak, sebab nak tanya few things o

Anonymous said...

Hi , boleh saya tahu dekat mana awak buat x-ray gigi ?

Anonymous said...

Hi, boleh saya tahu nama klinik yang awak buat x-ray gigi tu ?

Unknown said...

Nak tanya.. yang buat x-ray tu apa nama klinik dia? yang dekat BBu tu..boleh bagi detail.. tq

Unknown said...

Salam. Boleh tak detail price. Sya sty kulai jdi jauh nak ke PG kalau kat kwsan jb mahal. Deposit die boleh byr rm500 keatas eh ? Pastu price metal braces brpe ? Rubber band tu boleh kite pilih tak colour or doc akn pilih kan ? Rply secepat yg mungkin pls.

masturah said...

Gigi berlapis bahagian bawah. Atas pula tak sama panjang, pendek panjang banyak beza.

masturah said...

Wsalam..
My advice is; better ambil yang tak berapa jauh dari rumah.. Sebab nanti membazir duit minyak semua ke klinik.. Kalau buat anggaran pakai 2 tahun, then every 6 weeks nak tukar getah.. kira2 campur dengan cost ke klinik tu mesti jadi mahal.. oh btw, getah tu memang boleh pilih sendiri nak berapa banyak warna pon. ☺

masturah said...

Wsalam..
Saya tak boleh nak komen pasal ni sebab saya pakai braces takde cabut gigi, tampal gigi, etc.. rasanya total cost dia memang akan berbeza kalau kena tanam gigi or tampal, etc..

masturah said...

Cash.. tak sure boleh bayar online banking ke tak..

masturah said...

Yup.. terus pakai atas bawah..

masturah said...

Masa pakai braces tak sakit. Sakit sikit masa pakai separator yang sebelum pakai besi tu. Kalau cabut gigi, saya tak tahu sebab tak ada cabit gigi. ☺

masturah said...

Sorry tapi saya betul betul tak ingat nama klinik tu sebab saya tinggal area lain. Time tu banyak dentist tutup. Main redah je pusing pusing BBU

Unknown said...

Assalamualaikum..sis, masa 1st tima sis gi klinik tu, brp lama ya nk tunggu blh pakai braces tu?akak nak pakai, kalu blh a.s.a.p..gigi akak x berlapis, cuma jarang sikit sblh kiri ngn x rata..harap sis blh respon..tq...

masturah said...

Wsalam.. dalam 2 minggu je time tu.. sekarang tak sure sebab patient dia makin ramai. ☺☺

Unknown said...

Assalamualaikum. Kos minyak kereta tak kesah. Just deposit tu nk tnye betul2 boleh byr rm500 keatas eh. Pls reply cpt. Sbb nak buat appoiment untuk pasang braces.

masturah said...

Dulu boleh. Not sure sekarang macam mana. Sebab dah dekat setahun juga pasang. Try call no klinik, +6072557775

Unknown said...

Allright. Tq ye.

Unknown said...

Skrg dah seribu dah oi..huhu..x leh deposit rm 500.. Baru je call..

Anonymous said...

@gra esya..dh beribu eh..kahkahkah..dia mintak berape kak?!

Anonymous said...

Nk share pengalaman. Br je buat xray kat klinik gigi lim masai. Mahal giler. Rm 260. Bila tnya kenapa mahal sgt dia ckp pegi la klinik kerajaan, murah. Ni swasta. Agak kurang sket jwpnnya disitu.. not recomended klinik gigi lim masai.

Unknown said...

Salam, nak tanye first downpayment kene bayar bile? Lepas moulding? Lpas X-ray ? Atau lepas pasang separator? Thnk you for sharing.

Unknown said...

Klinik dr diba ni pasir gudang area mane ye ?

Anonymous said...

skrang still paki lagi ke braces tu..?

masturah said...

Sorry ye kalau info dalam post ni mengelirukan. Sebab pasang braces dah setahun, maybe banyak dah berubah 😅😅

masturah said...

Dulu saya bayar lepas x-ray.. maybe u can ask your Dr masa first time jumpa tu? Untuk tak mengelirukan awak. ☺☺

masturah said...

Nama klinik dia Klinik Pergigian Dahlia. Atas 7e, berdekatan al-ikhsan. Lot yang berdepan lot kedai subway ☺

masturah said...

Masih lagiiiii. Start je semester baru dekat Shah Alam lepas raya puasa tu asyik tak sempat balik tukar band and asyik tercabut bracket je. Makin lama la jadinya. Hehehe

Narieana said...

hi awak semua.

alhamdulilah sy dah pasang braces last week dengan Doktor Diba.
Thanks ya sis Mastura yang update info ni kat blog. kalau awak x up entry ni, sy x buat kat sini. sy pon tak terbuat. hahaha.

Doktor Diba baik, staff nurse pon baik. friendly. suasana klinik pon best. tak seram and mcm rumah. sy sukaaaa g sini.

Cuma nak pesan, time xray, kena buat 2 jenis XRAY. satu OPG XRAY, and satu lagi Leph Celph Xray (x silap la eja mcm tu). masa sy buat XRAY yang first, sy buat kat KliniK GIGI BBU, dekat gan masjid. tapi OPG je. sy x tau yg klinik tu x buat lagi satu XRAY. tak masal kena buat lagi satu XRAY kat U-Dental Mount Austin with cost RM125.

Unknown said...

hai. blh sy tau awk buat xray kat mne ea yg Opg n leteral pnye ke!

Anonymous said...

hi skrg i dalam step pakai separator and im not sure if my teeth will have to be extracted sbb mcm ada problem tapi dia dah pasang separator dlu. deposit memang dia minta 1000 tapi monthly tu dia tak cakap lagi. kena tunggu next appointment this thursday 😁 hope everything will go on smoothly ! i buat dekat klinik yang recommend ni. thanks !

masturah said...

Sorry ya sebab harga depo dah lain dengan apa yang dinyatakan dalam entry ni.. harga tu harga tahun lepas, maybe dah berubah banyak harga dan step2 awalan yang i tak tahu.☺

Unknown said...

Email sy pengalaman buat braces cmner sis .. sy pun ngah survey2 nk buat braces tp rasa takot pun ad ..

Anonymous said...

Berapa total cost untuk pasang braces ya sekarang?

Unknown said...

Nak tanya boleh? Klinik dia kat mana ye.. nama klinik tu ape?

Unknown said...

Rasa mcm nk pergi je bulan depan

Unknown said...

Hi, current Price utk braces sahaja kat klinik tu masih rm5k?

Unknown said...

Nariena, berapa awk deposit utk braces tu dan bulan2 berapa?

miz iera said...

Hi tq bgi info kt sini sbb sy da Lama nk psg braces tpi tmpt lain mahal..so gi kt klinik Dahlia ni n layanan mmg best n harga pun ok..just 4k..Minggu Depan da pasang braces..sng je xtgu Lama pun..2minggu je da bole psg braces..yeah..tq bgi info..

Anonymous said...

Monthly bayar brp ya? And brp tahun pakai?

Unknown said...

Salam sis . Brackets sis oernah tercabut tak? kena bayar berapa ye kalau tercabut ?

Anonymous said...

Kalau nak x-ray murah refer ke HSI. Tak lama sangat pun tunggu even government hosp. Really worth it to pay just RM70:)

Anonymous said...

I baru je buat x ray just pay RM70.

Unknown said...

Hai nak tanya monthly u bayar bape?

Niafarra said...

Saya pun dah lama nak pakai. Jarak teruk gigi saya. Dah survey beberapa klinik area JB ni, ade yang cecah sampai 7K, menelan air liur dengar. haha tengok review mana yang pergi buat kat klinik pergigian dahlia ni rasanya saya kena survey sana pulak. TQ ye bagi info

Farra said...

Bila baca comment kat sini, rasa macam nak pergi survey je bulan depan. Dah lama cari tempat nak pasang braces, tapi semua mahal kat area JB ni

Izzati said...

Saya nak share sikit, sy buat braces kat klinik pergigian Adda di adda heights. Situ pun murah juga. Sy punye gigi berlapis teruk atas bawah dr tu caj rm4500 je all in. Tp xray kene buat di klinik swasta lain. Klinik ni baru juga.. Deposit bayar rm500 je.. Minggu depan pasang braces baru bayar rm1000. Bulan2 control tukar getah rm150-200 je.. If dh smpai 4500, dr kate free je control. Dr dan nurse die pun baik n peramah juga.. Mungkin kalo yg dekat area jb boleh try pegi klinik adda tu

Izzati said...

Haritu lepas survey2, sy decide buat kat klinik pergigian adda di adda heights. Situ pun murah.. Gigi saya berlapis teruk atas bawah dr dalilah caj rm4500 je. Xray kene buat di klinik lain sbb klinik baru xda xray lagi. Tp bayar ansuran. Sy bayar rm500 je deposit. Amik mold, amik xray pastu pasang seperator. Dr pasang braces baru bayar rm1000. Then control bulan2 rm150-200 je. Klinik baru staf baik n dr pun baik. Boleh la korang yg dekat area jb try.

Anonymous said...

Kalau gigi teruk and nak pasang braces, dia punya payment lagi mahal eh?

Izzati said...

Biase dr tgk keadaan gigi pastu akan bgtau harga. Tp yang sy pergi klinik pergigian adda tu, gigi teruk juga die caj 4500 je.. Boleh pegi tanye la.. Sbb sy memula servey dulu.. Pastu dtg lagi baru confirm buat.. Consult dr situ pun free je..

eEma said...

Boleh tau tak nama klinik dekat adda height tu?

Anonymous said...

Kak masturah ade kena cabut gigi tak time tu ? Cabut gigi harga lain ke ? Berapa ye ?

Anonymous said...

salam, boleh saya tahu nama klinik itu? servis di situ macam mana ya? kualiti braces pula bagaimana? harap dimaklum, terima kasih.

Unknown said...

Kalau gigi betul2 x rata berlapis 4500 shaja ke?

Unknown said...

Nak tanya kat klinik pergigian dahlia ni time pasang separator je kena bayar 1k kan ? Pastu terus bayar monthly kan ? Sebab i pernah consult kat klinik adda dia cakap deposit 500 then nak pakai separator kena bayar lagi 1k . Ke klinik dahlia pun camtu ?

Anonymous said...

Cik Masturah. Klinik ni agak agk jauh tak dari kg Melayu ?

masturah said...

Rasanya ikut permas jaya lebih kurang 20 minit ke pasir gudang kan.. klinik ni berdekatan KPJ Pasir Gudang

masturah said...

Saya tak sure. Dah dekat 2 tahun saya pasang, saya tak pasti macam mana kaedah kiraan deposit sekarang

Anonymous said...

Sy dh psang separator tinggal next week psang braces. Time pasang baru kne byar deposit 1k

Anonymous said...

Sblm depo 1k ade kna byr x

Fatin said...

Nak tanya. Awk buat xray gigi kat mana ye?

Fatin said...

Kena bayar berapa ye wktu pasang saperator tu?

Unknown said...

Hai dear, i dah pasang braces dekat tempat yang i buat, kalau bracket tercabut kena bayar tak eh?

Anonymous said...

Bayar rm25/bracket

Unknown said...

Boleh saya tahu x before bayar deposit 1k tu,doktor ada caj apa2 bayaran x?

Unknown said...

Recently i ada buat appointment kat klinik gigi dahlia , so i update la the steps
1.dr check gigi n buat moulding(no charges) + consultation by dr(charges rm50)
2. Kena buat x ray gigi which is ada 2 jenis ;OPG and Leph ( i tak ingat full name n u can google ). OPG i buat dekat klinik medini taman daya (charge rm100-for x ray but if nak consult by dr kena tambah lagi rm50.i suggest better consult dgn dr sekali sbb dr kat situ sgt bagus sbb dia explain tntg masalah gigi u n which teeth kena cabut etc). For Leph xray i buat dkt klinik setia which is located at setia tropika sbb klinik medini tmn daya tak ada Leph x ray sbb tu dia referkan saya ke klinik gigi setia. Charges for Leph xray just rm100 guys. So total for both x ray gigi adalah rm250 (but if u x nak consultation by dr , so u just spend rm200 for both xrays) but i suggest better u guys dptkan consultation by dr sbb they will explain problem kt gigi u etc etc n dr tu baik gila.
3. Scaling gigi + psg separators (x perlu bayar sbb charges telah dimasukkan dlm amount time bayar deposit nnti.
4.psg braces + cabut gigi + byr deposit

Anonymous said...

Masa i buat last year bayar rm50 masa first appoinment buat mold

Anonymous said...

klinik dahlia open until 9pm ya?

Anonymous said...

Kalau cabut gigi sama caj 4500 juga ke