Friday, November 27, 2015

Percutian Bajet ke Krabi

Assalamualaikum.

Entry ni aku nak share berkenaan percutian aku dengan kawan sekelas ke Krabi lepas habis praktikal degree. Havoc gayanya tulis 'percutian'. Haha


Awal Mei lepas, walaupun sibuk berpraktikal, aku sempat usya tiket AirAsia sebab staff dekat office bercerita pasal tiket RM0.10. Ikut pemerhatian aku, dia orang ni kebanyakannya memang kaki berjalan. Walaupun aku pendiam sangat-sangat kat office, laju je tangan aku mesej kawan-kawan tanya nak beli tiket jalan-jalan tak lepas habis praktikal, around bulan Ogos. Ambil masa la jugak untuk diorang fikir nak beli tiket ke tidak.

Akhirnyaaaaaaaaaaaa kami buat keputusan nak beli tiket ke Krabi, tempat bercuti yang agak murah berbanding tempat lain. Kami pon tak ada budget yang besar. Mana nak dapat pendapatan banyak-banyak, praktikal di agensi kerajaan dapat RM15/day. Malamnya, 4 orang confirm nak pergi dan beli tiket untuk tarikh 17 Ogos hingga 22 Ogos sebabnya tarikh tu dapat harga murah! Aku, Amy, Anis dan Fiqa. Dapat la harga  RM 111.92 including AirAsia insurance untuk seorang. Yang ntah apa-apanya, kami tak check musim apa di Krabi untuk bulan Ogos pon. Main pakai beli je.

Keesokannya, 2 orang lagi (Seha dan Farhana) beli tiket yang sama macam kami. Dan keesokannya lagi, 2 orang lagi kawan kami, pengantin baru to be precise nak join sama. Fuh total 8 orang tu beli tiket. Pasangan suami isteri, Bella dan Kirin beli tiket kurang sehari dari kami. 17 hingga 21 Ogos.

Lepas beli tiket tu, buat group WhatsApp bagai untuk 7 orang (si suami tak join group ni sebab macam tak sesuai je masuk group WhatsApp yang dia sorang je lelaki). Walaupun ada group ni, semua buat selamba tak cari apa pon berkenaan ke Krabi. Almaklumlah busy berpraktikal kononnya. Lagi pula kena turun naik UiTM Shah Alam untuk settlekan thesis bab 1 hingga 3.

Nak dipendekkan cerita, sebulan sebelum berangkat baru lah kami terkejar-kejar cari informasi pasal Krabi, bilik dan lain-lain. Dah sakan beraya semua memang tak teringat nak settlekan ini semua. Aku pernah check di page sawadee.com untuk tempat penginapan beberapa bulan sebelumnya tapi sebab ambil enteng, memang tak beli apa-apa la. Apa yang aku perasan kalau beli awal, ada discount price di page tu. Malangnya Bella dan suami terpaksa batalkan plan ikut kami sebab cuti kerja tak diluluskan.

Aku search for budget room je dekat booking.com dan tempahlah J Mansion dengan harga 500 baht untuk 1 bilik, 1malam. Bilik either katil queen or 2 single bed. Bilik fan without breakfast. Convert lebih kurang RM 60/day. Bila dibahagi 2 orang, RM 30/person. Kira okay la tu pada aku. Oh ya, iniiharga waktu low season. Peak season mula bulan November semua hotel naik harga 40%.

Anis insist kami ambil package di Malaysia sebab tak confident kami berenam perempuan ni nak terjah terus even aku dan Fiqa dah bersemangat nak belajar jadi backpacker (acah-acah je ni) untuk ke sana. Makanya kami minta Anis cari package dengan harga yang berpatutan sebab Anis banyak kenalan. End up, dapat lah ground package berharga RM 365 tidak termasuk hotel.


Itinerary


Day 1
09.00 am :Shah Alam - KLIA2
01.15 pm : KLIA2 - Krabi Airport
02.30 pm : Airport pick up by van to hotel.
03.30 pm : Check in Jmansion
04.30 pm : Makan di Sareefah Restaurant
05.00 pm : Aonang Beach (100 meter je dari JMansion)


Day 2
8.30 berkumpul di bawah untuk pakej 4 + 1 islands tour.
Oh ya, walaupun bilik tak ada aircond, tak panas pon. Bilik boleh tahan besar untuk harga RM60/day tu, Lagi besar dari budget hotel di Malaysia.

Day 3 
Elephant riding and trekking
Emerald pool and Bluepool
Hotspring
Tiger Cave
(lunch incl).


Day 4 -
Phi-Phi Island Tour (Poda Island, Maya Bay,  Phi Phi Lay, Phi Phi Don) termasuk snorkelling dan makan tengahari

Free scooter 1 day

Day 5 
Krabi Town
Krabi Night Market

Day 6
Depart from Krabi to KLIA2.
KLIA2 - TBS - JB


Stay di hotel budget yang bernama Jmansion, dekat dengan pantai tapi bukan pantai yang cantik sangat tu. Pantai biasa biasa je yang orang selalu ambil gambar bukit ke batu entah kat belakang tu je. Better cari tempat tinggal dekat dengan masjid sebab senang cari makanan halal. Dekat area pantai ni terhad sikit.  Tapi tak ada la jauh sangat, penat je la nak jalan kaki dari pantai ke masjid tu. Abang Salman (guider) kami pon tergelak masa terserempak dengan kami tengah jalan kaki ke masjid tu. Gigih katanya! Hehehe.

Makan di gerai tepi jalan ade tulis halal dah okay. Rasa sedap! Tshirt murah di krabi town tapiiiii yang aku perasan, sizing and quality lebih baik dekat Aonang. Mintak kurang kaw kaw je. Beli dekat gerai tepi masjid je. Malam rasanya dia buka. Cakap kelantan akak tu.


Berkenaan budget aku ke Krabi, pula... kena tahu... Kami tak buat gaya backpackers kental, beg yela tak ada tarik, semua pakai backpack tapi dekat sana ambil ground package.


Ni budget secara kasar.


# Tiket AirAsia return KL-Krabi : RM 111.92 including AirAsia insurance. Beli masa promo seat 10 sen.

# AXA Travel Insurance : RM 39. Entah kenapa aku beli insurance AirAsia pon tak tahu.
# J Mansion : THB2000 per room for 4 nights (double/twin room with FAN, NO Breakfast). *Bahagi 2 orang untuk 1 bilik, THB 1000 seorang. Around RM 120 that time.
# Ground package : RM 365
* airport pickup by van
* 4 island by longtail boat-including snorkeling & lunch
* phi phi island by speedboat-incl snorkeling & lunch
* tiger cave, elephant riding, hotspring, emerald pool (sama tempat dengan blue pool) - incl lunch
* 1 day free scooter (kalau sewa sendiri, THB 200 per day)
* Krabi Town Night Market
# National Park Fee : THB 400 (THB 200 per island package)
# Minyak Scooter THB 70 pusing pusing Aonang dan Krabi Town bahagi dua org jadi RM4
# Makan habis lebih kurang RM 100 (dinner)
# Souvenir ikut budget sendiri. Tapi tshirt murah dekat night market, fridge magnet murah dekat aonang.

So total lebih kurang RM 750+- tak termasuk souvenir. Ini pon sebab makan tak ingat dunia je. Sedap sangat woooo makan kat sini! Try semua please!

Nak save, redah je cari pakej dekat sepanjang pantai Aonang tu dan wajib minta kurang! Memang berlambak la kedai jual pakej aktiviti. Haritu tengok2 aktiviti lain, banyak lagi aktiviti best boleh buat dekat sana. Paling teringin tengok orang kayak dekat Ao Thalene. Fuh best.

Ok itu je kot yang penting. Tak ada apa lagi.
Kes kena saman dengan polis sebab tak palai helmet tu tak payah kira la ye. Hahaha

Gambar ada di Instagram masturah.mohammad je. Tak dan nak upload dalam ni.

Ni nombor abang yang kami ambil pakej, Salman - 0172972098

2 sepakan:

Pakej Krabi Bajet said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Krabi Thailand serendah RM180 seorang, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

illiya Mohammad said...

best...sy pun amik pakej dgn abg man ni...