Saturday, November 26, 2011

AKU salah satu dari ratusan penumpang ETS yang terkandas

Assalamualaikum..

Semalam, Jumaat 25 November 2011 aku nak pergi Kuala Lumpur dari Ipoh.
Sepupu aku nak menikah petang Jumaat tu and majlis sanding semua keesokan harinya.
Aku dah beli tiket Ipoh-KL Sentral, pukul 2.00 petang dari hari Selasa yang lalu.

Dari UiTM Perak, aku dengan kawan aku (balik berdua dengan studiomate) pukul 11.15 pagi ke Bandar Universiti then naik bas General ke Ipoh. Penuh mampat padat bas tu. For half an hour aku berdiri nak sampai ke Ipoh tu. Peh memang terbaik la rasa menggigil kaki dengan peluh yang menitik nitik! (Bas General adalah sebuah bas yang sangat ERRRRRRRRRRRRRRRRRRR)
Sampai Medan Kidd dalam pukul 12.45 tengahari, kita orang jalan kaki ke stesen keretapi Ipoh.
Duduk dalam surau stesen keretapi then pukul 1.30 petang keluar la tunggu train ETS sampai.

Aku dah pelik sangat bila tengok train ETS tu tak sampai sampai lagi sebab it supposed to be there half an hour before boarding.
Tapi ikut kepala tak kesah la, fikir maybe untuk hari tersebut sampai lambat sikit, 5 minit sebelum bertolak ke, on time ke.
Bila dah jejak pukul 2.00 petang tu memang kita orang dah tak senang duduk lah kan. Tak ada announcement yang kata ETS tu delayed tapi still xsampai sampai lagi. Dekat screen dah keluar 'next train to KL on 1500'. Gila weyh terkejut, yang 1400 tak sampai, dah keluar dekat screen next train yang pukul 1500.

Nak dipendekkan bebelan aku, around 3 o'clock tu aku dah memang panas hati, panas seluruh jiwa raga and yang paling pelik aku tengok ada beberapa orang berlegar legar dekat stesen tu dengan buku kecik and camera DSLR. and that time memang tak tahu apa yang jadi, rasa pelik je la, ingat orang yang gilakan ambil gambar saja saja snap picture tapi rupanya reporters.

Tapi yang paling menyakitkan hati, announcement yang mengatakan ada gangguan elektrik and kalau nak refund 100% ticket price boleh dibuat di kaunter hanya dilakukan around 4 o'clock!!
Memang la kan aku duduk tercongok dekat situ 3 jam tak payah diberitahu apa yang jadi sampaikan nak pergi toilet pon tahan je perasaan sebab takut terlepas train!

Time tu memang penuh gila reporters kat stesen Ipoh tu. Nampak la reporter TV3 dengan camera dia tengah 'interview' one indian man. then nampak la reporter The Star nak blah dari situ tapi yang lain lain tak perasan dari mana sebab dah malas nak tengok kad yang tergantung kat leher dia orang tu. Memang dah susah hati fikir lambat sampai KL je. haih.

Ramai gila yang refund ticket tapi aku tetap la menunggu.
GILA, mana nak cari tiket bas akhir waktu bila hari sabtu, ahad dan isnin cuti?
Memang harapan la kan!
and at last, around 5 o'clock sampai juga 1 train ETS ke Seremban.
Disebabkan tu, aku tak dapat pergi sepupu nikah petang Jumaat sebab sampai KL Sentral pon Maghrib dah.

Baru ni aku cari kat google berita pasal ETS ni tapi just jumpa 1 dari mStar Online.
tapi ada 1 yang menjadi kemusykilan aku,

Azizullah juga berkata, bus telah dihantar ke Stesen Tapah untuk mengambil penumpang yang terkandas.
"Kami juga telah mengaturkan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang dari Ipoh ke Kuala Lumpur," tambahnya.

see that? "telah mengatur perkhidmatan bas? there is no bus at all yang sampai!

Kesian aku tengok dengan 'stewardess' ETS yang kena bambu dekat stesen tu.
Memang la macam melampau penumpang marah sangat dengan staff ETS tapi dengan biarkan kami menunggu lebih 3 jam tanpa dapat sebarang info, memang patut la penumpang marah pon.

Yang paling penting, aku memang tak puas hati dengan services from ETS. Bukan service ape, just that they should inform us secepatnya apa yang berlaku. Bukannya setelah 2 jam tercongok baru nak buat announcement. itu memang menyusahkan lagi menyusahkan ye!
Hope that ETS dapat la buat kerja dengan lebih baik lagi lepas ni.

No comments: