Saturday, June 8, 2013

Sekejap atau lama?

Assalamualaikum..

Aku tak tahu la nak kata apa.
Sekejap ke lama ye aku tempuh semester 5 sampai lah dah habis cuti semester ni.
Semalam hari last bekerja. Pukul 6.30 baru balik lepas settlekan semua kerja untuk dihand over pada practical student(s) yang akan masuk next week. (Hye awak berdua, jaga bebaik k buku nota yang saya tinggalkan tu! Hahaha)

Tapi aku rasa penat sikit sebab malam ini aku dah kena naik bas balik perak.
Isnin akan bermula semula kehidupan sebagai seorang pelajar yang pergi balik kelas, memonteng, blablabla. Hehehe

Beg dah kemas, beg setinggi pinggang aku. My height is 159 cm, makna kata tinggi la jugak beg tu. Hehehe
Tapi nak lagi precise, beg tu mak aku beli masa nak balik dari Haji. Kebesaran beg orang pergi haji ye. -.-
Itu pon aku dah rasa nak marah marah sebab tak dapat sumbat banyak barang.
Boleh masuk 2 beg ke kelas je selepas masuk baju kurung, jeans, tuala dan cadar.
Dah letak depan pintu dah begnye dan seperti yang dijangka, BERAT GILER!
Barang barang lukisan pon dah masuk dalam beg tu, buku buku je tak muat. 
Aku sumbat kat depan sekali, harap harap la takde orang yang hempap beg aku tu!

Apa-apa pon sebelum aku terlupa, thank you so much warga IRDA banyak membantu saya selama ini. Banyak beri tunjuk ajar. Banyak bagi makan free sampai naik 6 kilo selama 6 bulan kat IRDA.
Terima kasih juga untuk hadiah tu. Sumpah cantik!
My mom bising ambil hadiah tu sebab katanya it cost about RM 350. Mahal sangat la sebagai hadiah perpisahan. Aku dah la 6 bulan je buat kerja kat sana. Itu pon tak berapa nak buat kerja masa praktikal! Siap kantoi main Facebook kot! Hahaha

GOODBYE WORKING LIFE AND WELCOME BACK STUDENT LIFE!

And dear all,
doakan aku berjaya hadapi semester terakhir ini.
Nak sambung belajar ke peringkat Degree/Bachelor.
Doakan ye!

Thanks and regards,
Mas.

Amboi kemain macam tulis e-mail. Hehehe



0 sepakan: