Saturday, April 21, 2012

Site Visit Semester 3

Course yang aku ambil ni memang wajib lah kan ada site visit!
Every semester sekurang-kurangnya 2 destinasi. Ewah macam pergi melancong je.
Masa semester 1 memang berkobar-kobar semua nak pergi site visit. Almaklumlah, nak jejak tempat jauh-jauh. Dah semakin naik semester, makin malas.
Mana tak nya, pergi site visit bukan untuk berjimba-jimba tapi kena ukur jalan la, ukur rumah la, ambil gambar la bawah matahari terik. Rasanya memang cukup awesome. Macam nak cakap 'nak lagi nak lagi. Best macam makan pisang goreng'. Erk okay tak ada kena mengena.

So, this semester. Errr last semester? Okay la, masa semester 3.

First site visit adalah ke Kuala Nerang, Kedah.
Nampak tak suasananya? Dalam ladang getah. Ni antara sempadan Kedah-Thailand. Jalan jauh sikit, dah boleh say bye-bye Malaysia. Hehe. Ni better la dari masuk hutan semester lepas? Tapi kehitaman memang tiada tandingan la kan! Haha memories.


Second site visit; Kuantan Pahang.
Oh I love this site. Sebabnya musim hujan dan hujan hampir sepanjang masa. So, tak perlu turun dari bas. Survey dari dalam bas dan dalam office? LOL. Pemalas.


Third site visit or to be precise, the last site visit; Kuala Lumpur.
Just pergi Malaysia Remote Sensing je. 2 hari 1 malam. Tapi tengok lah beg kami, macam nak pergi seminggu! Sumpah lawak tengok ada geng bawak beg sama sama besar!


Macam best kan? Masa sampai memang enjoy, lepas balik enjoy terlebih lebih! Terlalu banyak project yang perlu dilaksanakan berdasarkan tapak kajian. Tak cukup maklumat yang diambil, bersedialah kena bambu dengan lecturers.


Kepada bakal Town Planning students untuk session depan, Good Luck!!
Baru lepas interview kan last week? Hehe.



0 sepakan: