Saturday, January 5, 2013

Annual Dinner Organisasi / Agensi Praktikal aku

Assalamualaikum.

Annual dinner ni dah seminggu berlalu tapi baru hari ini aku sempat nak post something pasal dinner ni.

First of all, dinner ini bertemakan Rock of Ages.
Aku tahu tema yang sebetul-betulnyanya sehari sebelum dinner ni berlangsung.
Selama sebulan aku dekat situ, dia orang cuma inform aku kata tema dinner nanti Rock and Roll.
Rock and Roll dengan Rock of Ages berbeza sikit la uolllssss.
Ikut pemerhatian aku la kan, dari carian google image... Rock of Ages ni more to jaket jeans dan semua yang berkaitan dengan jeans.
Tapi tak tahu la betul ke tak. Hehehe

Oh lupa, aku pergi dinner ni wajiblah dengan si Jang, (kawan abang aku yang praktikal di organisasi tu juga) dan juga dengan Eqin, kawan sepraktikal sedepartment berlainan unit je. Aku unit Blueprint, Eqin unit Tourism.

maaf aku berdiri nak syok sendiri, kat tengah tengah. Padahal ada 2 orang lagi. Haha

Sejujurnya la kan, dengan keadaan aku yang pendiam dan jarang bercakap dengan orang-orang kat office buat aku rasa tak nak datang je dinner ni. Ye la, dah la practical trainee je, baru start sebulan dah sebok nak pergi annual dinner dia orang. Haih. Nasib la si Jang dengan Eqin ni semangat nak pergi.

suasana ballroom hotel untuk dinner tema Rock of Ages. Orang kata macam club?

Kami duduk barisan kedua terakhir. Mula-mula Jang nak ambil meja depan tapi aku tegah la kan, kena sedar diri ini practical trainee je. Ikut hati aku nak pilih meja paling belakang sekali tapi sebab Jang tak setuju, kitorang duduk je la meja ini.


Sepanjang dinner ni, aku tak ada mood. Maybe sebab aku penat.
Ye la, dinner nya Jumaat malam start registration pukul 7.00 malam. Balik dari office jam 4.30 petang (sejam awal dari hari bekerja biasa). Tapi aku sampai sana pon lambat, pukul 8 malam baru sampai.
Tapiiii makanan memang superb!!! Cuma disebabkan aku tak ada mood sangat, aku tak berapa nak makan dan aku cuma pandang je penyanyi menyanyi dari jauh sedangkan orang lain sebok bergerak ke pentas.

Teka siapa artis tu?

credit tu Sha FB. She's one of IRDArians
Yes, Tam Spider dan Hillary Search.
and buskers yang diperkenalkan JOHO
dan juga penyanyi dari Brunei.
All of them memang terbaik tapi I cant recall their names sebab aku duduk jauh sangat and duduk dalam dunia aku sendiri.

Oh ya, dinner ni berlangsung dekat KSL Resort and Hotel.

Whatever it is, leather jacket tu aku pinjam sepupu aku punya.
Aku jenis berbaju dress atau shirt je. Aku tak pakai jaket jaket ni.
Aku kan jenis tak ikut fashion dan bak kata seseorang tu, sense of fashion aku kelaut.
Hahaha tak kecil hati sangat sebab memang betul pon kan.
And aku pakai shawl pon sebab nak pakai jaket tu.
Kalau ditanya pada kawan kawan aku, diorang pasti tahu aku tak minat pakai shawl sebab tak sesuai dengan bentuk muka aku. Hehehe

Saturday, December 8, 2012

Praktikal atau Latihan Industri

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari terakhir aku untuk minggu ke dua menjalani latihan praktik.
Ada lagi 12 minggu untuk aku habiskan.

First day practical

Satu je yang aku boleh describe pasal latikan praktik aku iaitu;
DISASTER.
Ahaha melampau kan sampai disaster bagai.
But seriously, dengan keadaan aku yang TAK PERNAH BEKERJA,
sekali pergi kerja rasa macam nak patah semua pinggang.
Terlampau penat!
And yeah, dengan keadaan aku yang tak bercakap dengan orang yang aku tak biasa sangat, lagi la menambahburukkan keadaan aku.
Dah masuk minggu ke dua aku jalani latihan praktik, sampai sekarang aku duduk diammmm je kat cubicle partition aku. Aku tak bercakap kalau orang tak tanya langsung.
Aku tak reti berinteraksi dengan orang! 
Aku stress dengan diri sendiri sekarang ni!

Tapi.. Aku dah rasa dah bawak balik kerja dari office, tidur pukul 3 pagi nak siapkan kerja dan bangun pukul 6 pagi tak tidur semula. Bersiap terus untuk bergerak ke office jam 7.50 pagi.

Ini kali pertama selepas aku tidur lewat siapkan kerja yanng dibawa balik kerja dari office


And this is yesterday. Hari Khamis berbatik? Aku tak sure ni batik ke tak. Hehe


Bila aku ada masa lapang dan rajin, aku akan update berkenaan hari pertama praktikal aku.
But not today. Penat sangat!
Ntah berapa kali aku terlelap sambil tangan pegang mouse dekat office tadi.-.-


Saturday, November 24, 2012

Kenapa Tak Jumpa WhatsApp Seseorang Padahal Dia Ada WhatsApp?

Assalamualaikum..


Tadaaaaa.
Harini dapat tahu benda baru!
Eh sorry semalam la, sebab dah pukul 4 lebih pagi dah ni.
Hahaha serius jakun gila weh aku sekarang ni!


Macam ni cerita nya (Cerpen);

Semalam aku nak beli barang or to be precise a dress dari Entrepreneur dalam Instagram. Ehem kemain Entrepreneur kauuuu.
And then cik Entreprenuer (Miss E la aku letak lepas ni) mintak WhatsApp aku sebab of course, tak nak spam kan gambar dia. And then its freeeeee of charge (for one year onlyyyy)! Teheee.
Tiba-tiba Miss E ni bagitahu aku, dia tak jumpa my WhatsApp and asked me to try add herHer phone number is 010*******.
Aku try la jugak kan save her contact number 010 blablabla.
Dekat 10 minit aku try tapi tak berjaya jumpa juga.

Tiba-tiba aku realised one thing..........
Abang ipar aku pon tak ada dalam contact list WhatsApp aku padahal aku pernah nampak dia guna WhatsApp dekat phone dia?
Somaybe sebab  kebanyakan application hanya kenal 012, 013, 014, 016, 017,dan 019 je kan (KOT. Teheee).
And yes, his number starts with 010!
Tapi akak aku pon nombor telefon start 010 tapi ada je dalam contact list WhatsApp aku
Sekali aku check balik nombor akak aku yang aku save, I added +6 dekat depan nombor my sis.
Aku try buat kat nombor abang ipar aku pulak and yessss nombor dia muncul dalam contact list WhatsApp aku!!!!
So, maknanya aku dah jumpa la sebab apa. Hahahaha silly me. Aku je kot yang ketinggalan zaman. T____T



Conclusion; Kalau anda pengguna 010, sila add +6 di hadapan nombor telefon pengguna nombor yang starting number nya selain anda. Begitu juga kalau anda pengguna 012 dan yang telah lama wujud tu, anda perlu tambah +6 di hadapan nombor pengguna 010 tersebut. Contoh : +6012******* . Poyo nya saya! Hahaha

Sekian

Thursday, November 22, 2012

Rektor UiTM Perak?

Assalamualaikum..


Tadi tiba-tiba tergerak la hati aku ni nak tengok keywords yang buat orang sampai ke blog picisan aku ni.

Kebanyakannya pasal 'zalora penipu', 'barang keperluan ke asrama/politeknik/universiti/UiTM', 'pengantin gemuk' (?), 'program diploma senibina landskap' dannn 'rektor uitm perak'?


Berkenaan 'zalora penipu' tu memang aku ada buat entry yang berkenaan.

Sama juga dengan' barang keperluan ke asrama/politeknik/universiti/UiTM' tu la kan.

Tapi yang tak boleh blah, keyword 'pengantin gemuk'. Aku ni nak kata dah jadi pengantin memang jauh lagi la. Almaklumlah tunang pon tak ada. Boyfriend pon tak ada! And then, gemuk. Okay i admit that aku ni gemuk but still aku belum jadi pengantin. Huhuhu

And then berkenaan Diploma Senibina Landskap, aku tak mahir or tahu sangat dengan diploma ni.
This is the links (Facebook/Twitter) untuk student semester 5 (November 2012 - Mac 2012) yang ambil course ni ya;

Facebook

  1. Nurul Jannah
  2. Jafni Azmi
  3. Naema

Twitter

  1. Nurul Jannah
  2. Mira Uttika

Aku kenal pon 2, 3 orang je. Tapi kalau nak tahu dari blog lain, pergi ke blog Mira Uttika ya.


Dan sesungguhnya berkenaan Rektor UiTM Perak.....
Kalau betul-betul nak tahu siapakah Rektor UiTM Perak, sila layari laman web UiTM Perak dan kemudiannya click 'UiTM Perak' dekat link bar atas tu yang warna jingga. Then click dekat 'Rector's Message'.
Dan akan terpampang lah wajah Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed.
Obviously beliau ambil engineering dulu. Just take a look at her name. Ade Ir. kan dekat pangkal tu. Hehe. Nak tahu profile beliau lebih-lebih, aku tak tahu. And 1 benda yang aku tahu, Prof Zainab ni kelantanese and her husband orang Perak. Start jadi rektor UiTM Perak in 2010 dan sambung lagi perkhidmatannya selepas 2 tahun (2012/this year). Maknanya, kau orang still akan ada rektor yang sama sampai 2014. Kalau sambung dan sambung lagi, aku pon tak tahu la sampai bila. Hehe
Itu je la yang aku tahu. Nak cakap lebih lebih pon tak boleh sebabnya UiTM Perak ni strict sikit. Once you post something bad bout it, then kau akan dipanggil menghadap.

Ehem. Maaf maaf.

Sunday, November 11, 2012

Teman

Muhammad Hilmi Mohd Nor

Kawan lelaki yang paling rapat dan memahami aku dalam UiTM Perak.



Weh... Sedihhhhh....
Kau tahu tak..... Kau lah satu satunya kawan lelaki aku dalam UiTM Perak ni yang...

Sanggup dengar masalah aku. Duduk dengar masalah aku sampai 2 jam. Bagi nasihat kat aku. 2 jam bukan sekejap nak dengar aku mengeluh dan bercerita. Tak semua orang sanggup.

Tak membalas bila aku sepak kau, tumbuk kau, cubit kau, dan macam macam lagi. Senang kata kau je yang paling sporting antara yang lain tu. Kau faham sikap aku yang agak kasar, yang degil, yang melawan.

Sanggup pinjamkan aku kurecolor sebatang RM9 tu sedangkan yang lain tu tak bagi kacau pon pen diorang tu.

Sanggup belikan ubat bila aku call cakap aku sakit even kau tengah busy buat kerja kau yang melambak lambak dekat studio.

Sanggup pergi belikan tiket bila aku buat gila nak balik Johor pada hari yang sama jugak even kau tengah penat gila.

Sanggup belikan barang yang aku perlukan sangat sangat. Kau je yang faham susahnya duduk dalam kampus untuk keluar dengan tak ada transport sendiri.

Banyak lagi kan yang kau sanggup buat tapi tak ada orang lain yang nak buat.


Ramai yang cakap kita bercinta kan. Hampir semua orang ingat kita bercinta. Tapi hakikatnya kita memang tak bercinta. Kita kawan. Kau kawan yang cukupppp memahami.
Bila dah penat sampai 3 semester orang cakap kita bercinta, sampai semester ke 4 kita layankan je apa orang cakap. Iya kan je apa spekulasi yang orang buat.

Kau tahu tak ada orang pernah cakap nak tengok kita bercinta sebab lidah kita sama sama pedas dan tajam. Lepas tu nak tengok tengah-tengah bercinta tu, bergaduh mulut. Hahaha kelakar kot sebabnya kita tak perlu nak bercinta, kita memang asyik berbalah je. Sindir menyindir, nganjing menganjing tu dah jadi biasa kan! Tapi kau la yang selalu kena sound setepek dengan aku. Kau jarang nak balas balik. Tu yang aku naik besar kepala asyik kenakan kau.


Kalau kau ingat balik, kau dengan Aizat la classmate lelaki yang aku mula mula bercakap. Kedai rahmath? Beli barang2 untuk first project? Ingat tak? Time tu aku dengan Aiza. Sebab tu kot kita jadi baik.
Aku ingat lagi kau yang teman aku pergi ambil kad matrik kat pejabat keselamatan masa part 3 padahal kau baru balik dari sana. On the way ke sana kau ada cakap pasal students lain yang keluaran maahad tapi still gonjol macam kita ni la. Hahaha ustaz and ustazah yang tak menjadi.


Hahaha kau amek port belakang sekali memang tak nampak pape la. Rambut kau je yang nampak!


Sungguh aku memang sedih dapat tahu kau tak dapat melangkah ke semester 5 sama sama dengan kita orang. Kau terpaksa mengulang semester 4 semester depan. Sedih gila gila kau tahu tak. Yang lain gagal studio tu aku tak fikir pon, aku fikir pasal kau sorang je. Mana aku nak cari kawan lelaki yang baik macam kau lagi?


Sorry tau banyak kali merajuk siap touching touching tak nak bertegur sapa dengan kau langsung. Seminggu dua sebelum raya haritu aku buat dunno je dengan kau. Sampai ramai tegur aku sebab tak bercakap langsung dengan kau. Mana kau ada, aku takkan datang. Aku asyik mengelak je dari kau. Siap jeling jeling bagai. Tapi kau ni baik sangat, raya ke 2 dah text aku minta maaf bagai. Ikutkan hati tak nak reply tahu! Hahaha


Kita plan nak masuk kelas sama kan semester 6 nanti. Kita plan nak berebut kelas dapatkan studio master yang okay. Sedih weh sedih plan kita musnah macam tu je.


Banyak sangat kenangan kan sepanjang 4 semester ni. Aku selalu cakap aku kenal sangat dengan perangai kau sebab bukan baru kita kenal, dah 2 tahun. Aku tipu je tu. Mana la aku boleh faham perangai orang dalam masa 2 tahun. Saje aku taknak kalah dengan kau. Haha.


Dah la dah cukup sedih dah ni. Huhuhu


Tapi ingat tau....

Jangan nakal nakal lagi. Jangan asyik cuci mata tengok awek lalu kat depan Annex 2 tu, junior junior lalu kat kerusi tangga atas tu. Lagha malah memang melalaikan. Kau masa semester 1 and 2 baik sangat tau. Semester 3 start jadi nakal. Aku rasa macam tak elok korang buat macam tu. Memang la aku boleh gelak gelak je melayan, tapi serius tak berapa baik buat macam tu. Kawan kawan kau yang lain tu tak makan saman pon kalau aku sound. Haha

And yang paling penting,

Jangan lupakan aku bila dah berkawan baik dengan students semester 4 semester depan. Jangan lupakan kitorg semua tau.

Doakan aku praktikal dengan jayanya bermula 26 November 2012 ni. Nanti kau nak apply praktikal lagi apply tempat yang sesuai tau. Jangan susahkan diri kena cari rumah sewa bagai.

Btw, kita kan asal dari AP111 1C Disember 2010 even ramai terpisah masuk semester 3 and 4 ni. Maka dengan itu diharamkan melupakan sesama sendiri! Hihhihi



Gambar paling latest yang kau sanggup la nak amek walaupun kau tahu banyak spekulasi akan timbul. Hahaha



AH SEDIH SEDIHHHHH. TAKNAK LA LAYAN PERASAAN! NAK TIDUR! BYE!