Sunday, February 28, 2016

Percutian Bajet ke Banda Aceh dan Sabang - INTRODUCTION

Assalamualaikum!

Sejak awal tahun 2015, aku memang dah beriya nak pergi Aceh. Gara-gara tengok orang post gambar Pulau Weh / Sabang tu. Rasa macam 'wahhhhhhh cantiknya!'. Makanya masa aku jumpa kawan kepada kawan aku yang study di Aceh (kawan aku study di Jordan, kawan baik dia yang study di Aceh ya), terpaksa la dia orang semua dengar aku membebel teruja nak pergi Aceh! Maaf ya! Pertengahan tahun lepas dia ada kata, kalau nak pergi Aceh bagitahu la dia. InsyaAllah dia akan tolong bawa kami jalan-jalan. Tapi malangnya aku beli tiket tak tanya dia dulu. Dia dah mula cuti semester seminggu sebelum aku sampai dan dia balik Malaysia waktu tu. Tak ada rezeki nampaknya! Apa-apa pun thanks alot untuk dia yang banyak bagi info, banyak tolong itu ini. Siap carikan kawan-kawan dia siapa yang tak balik (tapi tak ada! Haha) dan dia tanyakan dengan travel agent sana semua.

Reaksi yang aku dapat bila aku ajak orang ke Aceh sama je macam aku ajak orang ke Lombok 2 tahun lepas yang mana sampai sekarang tak jejak lagi Lombok. Tapi reaksi ke Lombok 2 tahun lepas tu lagi teruk la, semua kawan-kawan aku tak setuju sangat dan tolak mentah-mentah idea aku. Dulu kan Lombok terkenal dengan tempat anak dara Malaysia dilarikan. Aku dengar Lombok ni cantik sangat dari orang-orang Singapura beberapa tahun lepas. Lombok dah popular di kalangan dia orang lama sikit sebelum kita kot. Entah lah, aku pon tak pasti. Tapi disebabkan kawan-kawan aku reject mentah-mentah idea aku ni dulu, aku akan ungkit setiap kali dia orang kata nak ke Lombok! Dulu tiket tak semahal sekarang pula tu! Maka terpaksa la dia orang redho je dengan pemilihan tempat ke Aceh oleh aku.

Kami bercuti ni bukan nak acah-acah kaya atau nak menunjuk ke apa tapi sebab 2 orang dah nak berkahwin. Makanya lepas berkahwin, kena la ikut suami kan. Bukan macam sebelum kahwin. So, kami berhasrat nak habiskan masa bersama-sama. Paling cepat nak kahwin, Naimi. Bulan Januari habis final exam, akhir Januari hantar thesis dan Mac akan berkahwin. Naimi ni dah rapat dengan aku sejak aku masuk diploma tahun 2010. Dah masuk 6 tahun. Dan reaksi orang lain yang dengar aku nak pergi Aceh mesti akan cakap 'Aceh ada apa je? Dah tak ada tempat lain ke?', 'Dari pergi Aceh baik pergi Padang / Bandung / yang sewaktu dengannya" or anything la yang macam pelik dengan tempat pemilihan aku. Tapi Masturah will always be Masturah; I don't mind orang kata aku pelik dan tak ada taste. Hahaha

20 Disember 2015 yang lepas, ada la rezeki kami terjumpa tiket ke Banda Aceh dengan harga RM 98 return per person (tak termasuk insurance, beli insurance AXA lagi senang kot? RM 39/person). Disebabkan time tu keluar '4 seats left', kami tak ada la mengajak siapa siapa. Takut nanti tak adil, kami punya tiket below than RM100, yang lain mahal pula kan. Tapi Sulaiman dengan Afiqah tu dapat yang RM 150 return. Dia orang ni kata nak pergi sehari lepas kami beli tiket, dan harga RM 98 tu pon dah habis. Hehe. Tarikh yang kami beli adalah 11 Februari hingga 16 Februari yang lepas, aku dengan 4 orang rakan yang lain ke Banda Aceh! Dari Kuala Lumpur ye. 

Lepas je habis paper terakhir, aku mula la mencari tour guide or kereta beserta driver untuk disewa di sana. Hampir berputus asa la juga sebab kebanyakannya harga RM1,000 untuk ground 6H5M tu. Nasib baik last-last aku ada terjumpa facebook Husaini/Ucok yang merupakan tour planner di sana. Disebabkan seminggu sebelum pergi, Afiqah tarik diri sebab dia sibuk tarikh pertunangan dah dekat makanya kos kami jadi tak menentu sedikit. Ye la, harga kereta yang sebelum ini dibahagi 6 orang perlu dibahagi 5 orang pula kan. But still affordable la. Next post aku khaskan untuk budget dan itinerary yang diberi.



Disebabkan ni post pasal introduction, aku concludekan memang best la pergi sini. 6D5N pon rasa tak cukup kot! And siapa kata tak ada apa kat Aceh? Macam macam ada. Ok terjun bangunan tinggi tu tak ada la, jangan pi carik pulak. Bab makanan pon, ala ala Malaysia je (maksudnya, berselera jela hang makan.. Tak ada la menggagau nak pergi carik cili ke apa ke sebab nak pedas). Di bawah ni aku bentangkan gambar-gambar 'introduction' je la kan tempat-tempat yang aku pergi je ya. Ada yang tak ambil gambar pon.
Pantai Sumur Tiga, Sabang

Bunker Jepang, Sabang

Pantai Anoi Itam, Sabang

Pantai Iboih, Sabang

Pantai Gapang, Sabang


Gua Sarang, Sabang

Kapal Tsunami Lampulo

Pantai Pasir Putih Lhok Mee

Gunongan

Muzium Tsunami Aceh

Muzium Rumoh Aceh

Gampong Nusa, Lhoknga

Snorkelling di Pulau Rubiah

























1 comment:

Please enjoy your trip with Kita Holidays Indonesia said...

Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )