Annual dinner ni dah seminggu berlalu tapi baru hari ini aku sempat nak post something pasal dinner ni.
First of all, dinner ini bertemakan Rock of Ages.
Aku tahu tema yang sebetul-betulnyanya sehari sebelum dinner ni berlangsung.
Selama sebulan aku dekat situ, dia orang cuma inform aku kata tema dinner nanti Rock and Roll.
Rock and Roll dengan Rock of Ages berbeza sikit la uolllssss.
Ikut pemerhatian aku la kan, dari carian google image... Rock of Ages ni more to jaket jeans dan semua yang berkaitan dengan jeans.
Tapi tak tahu la betul ke tak. Hehehe
Oh lupa, aku pergi dinner ni wajiblah dengan si Jang, (kawan abang aku yang praktikal di organisasi tu juga) dan juga dengan Eqin, kawan sepraktikal sedepartment berlainan unit je. Aku unit Blueprint, Eqin unit Tourism.
maaf aku berdiri nak syok sendiri, kat tengah tengah. Padahal ada 2 orang lagi. Haha
Sejujurnya la kan, dengan keadaan aku yang pendiam dan jarang bercakap dengan orang-orang kat office buat aku rasa tak nak datang je dinner ni. Ye la, dah la practical trainee je, baru start sebulan dah sebok nak pergi annual dinner dia orang. Haih. Nasib la si Jang dengan Eqin ni semangat nak pergi.
suasana ballroom hotel untuk dinner tema Rock of Ages. Orang kata macam club?
Kami duduk barisan kedua terakhir. Mula-mula Jang nak ambil meja depan tapi aku tegah la kan, kena sedar diri ini practical trainee je. Ikut hati aku nak pilih meja paling belakang sekali tapi sebab Jang tak setuju, kitorang duduk je la meja ini.
Sepanjang dinner ni, aku tak ada mood. Maybe sebab aku penat.
Ye la, dinner nya Jumaat malam start registration pukul 7.00 malam. Balik dari office jam 4.30 petang (sejam awal dari hari bekerja biasa). Tapi aku sampai sana pon lambat, pukul 8 malam baru sampai.
Tapiiii makanan memang superb!!! Cuma disebabkan aku tak ada mood sangat, aku tak berapa nak makan dan aku cuma pandang je penyanyi menyanyi dari jauh sedangkan orang lain sebok bergerak ke pentas.
Teka siapa artis tu?
credit tu Sha FB. She's one of IRDArians
Yes, Tam Spider dan Hillary Search.and buskers yang diperkenalkan JOHO
dan juga penyanyi dari Brunei.
All of them memang terbaik tapi I cant recall their names sebab aku duduk jauh sangat and duduk dalam dunia aku sendiri.
Oh ya, dinner ni berlangsung dekat KSL Resort and Hotel.
Whatever it is, leather jacket tu aku pinjam sepupu aku punya.
Aku jenis berbaju dress atau shirt je. Aku tak pakai jaket jaket ni.
Aku kan jenis tak ikut fashion dan bak kata seseorang tu, sense of fashion aku kelaut.
Hahaha tak kecil hati sangat sebab memang betul pon kan.
And aku pakai shawl pon sebab nak pakai jaket tu.
Kalau ditanya pada kawan kawan aku, diorang pasti tahu aku tak minat pakai shawl sebab tak sesuai dengan bentuk muka aku. Hehehe
1 comment:
Rock jugak org2 IRDA ni ya..
Post a Comment