Gigih ni merajinkan diri nak up 1 post.
Makin lama duduk rumah makin malas! Malas nak reply WhatsApp, malas nak IM dekat Facebook. Senang kata semua malas!
Ni semua bermula sejak aku minta tukar tarikh Speaking MUET dari 24 Februari 2014 ke 19, 20 atau 21 Februari 2014. Email dan permohonan aku diterima dan aku diminta tunggu seminggu. Kalau tak keluar nama juga, aku diminta email semula ke pihak berkenaan. Dah masuk minggu ke-2, email aku yang kedua sebab nama still tak keluar tu dah masuk seminggu tak direply. Sejak tu aku rajin check email je! Haih haih.
Sebelum aku start ranting semua benda, baik aku mulakan pengalaman hari kedua di Padang, Indonesia yang aku dah ingat-ingat lupa.
Untuk hari kedua ni, kami bertolak dari hotel jam 9 pagi waktu sana. Mula-mula pergi ke Istano Basa Pagaruyung. Tapi dalam perjalanan ke sana, kami ada berhenti dekat kilang kopi kot. Tak masuk pon kilang tu, layan scenery je.
Pemandangan yang terbentang luas
Wajib la nak bergambar!!
Kedai kopi?
Main congkak!
Kalau pergi ke sana, harap anda janganlah tidur seperti saya. Masalah kaki tidur saya memang kronik! Layan scenery kat luar lagi bagus kalau nak melancong. Hehehe. Ini lah dia pemandangan dalam perjalanan yang sempat aku snap bila aku terjaga dari tidur yang lena berbantalkan cermin tingkap. Jangan pelik kalau hgambar tak cantik, pakai Note 1 yang dah masuk tahun ke-2 pasa Disember 2013.
Akhirnya sampai ke Istano Basa Pagaruyung! Perasaan? Nak nangis! Panas yang amat rasa tak nak keluar dari kereta!
Kalau rasa nak gambar kenangan, IDR 30, 000 sekeping kalau tak silap. Ini hasilnya!
Pusing tak habis sampai bangunan kat belakang semua, terus balik. Masa kami datang ni memang ramai sangat orang dan cuaca panas sangat. Maybe sebab musim hujan yang 2 hari tak turun hujan??
Balik dari sana kami singgah di 1 tasik ni. Arghhh aku lupa nama tasik ni!
Nak pergi menyeberang tasik yang besar gila, angin yang nyaman ni, boleh lah naik bot tu. Dia tak ikut kepala. 1 boat lebih kurang IDR 300,000 yang boleh memuatkan 12 orang? Or 20 orang? Memang elok lah aku mendengar dalam keadaan mamai! Hahaha. Kami tak naik sebab kami 6 orang je. Rugi kalau naik sebab memang tak ada orang lain masa kami sampai tu.
Dah lepak-lepak tepi tasik yang nyaman ni, kami berangkat pulang semula.
Berhenti makan dan shopping shopping. Tak ada gambar sebab tak sempat! Melampau tak melampau la kan! Lihatlah duniaaaa bila perempuan yang berjalan ke tempat beli belah! Rasa-rasanya dalam banyak-banyak kedai wisata (untuk pelancong), kami beli di Linduang Bulan je. The price is quite reasonable bila tawar gila-gila and barang dia cantik. Sebab tu setiap kedai makan masa berejammmmm!
The best part is, edisi shopping bersambung di Pasar Atas dan Pasar Bumbung! Tiada aktiviti lain untuk hari-hari seterusnya! Aku pon terpedaya beli 2 pasang kain kononnya untuk baju raya. Kfine Kfine! Habis duit oi! Kalau akak aku memang banyak la dia beli sebab kawan-kawan banyak kirim.
Do take note that sulaman dekat Bukit Tinggi memang halus dan lebih berkualiti dari Jakarta dan Bandung. So, jangan la pertikai ye kenapa lagi mahal. Dan telekung travel semua tu barang dari Jakarta, sila beli di Jakarta untuk harga yang lebih murahhhhh. Kalau ikut kata mak aku, sulaman dari Medan paling cantik!
Oh ya, jangan pelik kenapa barang sikit tapi baggage mahal. Sulaman memainkan peranan penting ye. Berat lebih-lebih lagi sulam yang makan masa lama dan bukan sulam mesin tu.
Pasar Bumbung lebih murah dari Pasar Atas. Pandai-pandai la minta harga pasnya ya! Hehehe
NO PICTURES AS WE ARE BUSY SHOPPING FOR THE REMAINING DAYS THERE!
Hah kemain konon nak sepikingggg!
Taraaa tibatiba gambar di LCCT tunggu beg selama sejam! Kbai! Sakit hati sampai harini!
1 comment:
As salam ..saya nak tanye apa email mpm?..sbb saya ade masalah nak tukar tarikh speaking MUET..saya tidak tahu email mpm..boleh saya tahu?
Post a Comment