Wednesday, January 1, 2014

JB - KL by Malindo Air

Assalamualaikum...

13 Disember yang lepas, first time aku naik Malindo Air!
Dah lama asyik bukak page Malindo ni sebab teringin nak naik. Hahaha jakun much aite?

Aku kena pergi KL sebab keesokan harinya iaitu 14 Disember, aku akan bertolak ke Padang, Indonesia dari LCCT. Tiket dah beli awal bulan 2 dulu. (Tiket dibelanja akak aku la. Hehe)
Awal bulan 12 yang lepas, Malindo Air ada buat promotion. Aku dapat RM 39 dari Senai Airport ke KLIA. Tambah insurance RM 12 jadi la RM 51. Quite cheap compare to AirAsia that time.

Web Check-In dibuka 48 jam sehingga 4 jam sebelum berlepas. Ada terma dan syarat jugak. Contohnya tak boleh web check in kalau ada baby, untuk ibu mengandung, penumpang bawah 16 tahun yang pergi bersendirian. Do check Malindo page for more info. Seat memang kau boleh pilih sendiri masa check in tu. Tapi jangan la berangan nak duduk Business Class kalau awak beli Economy Class ye. Macam aku, duduk belakang Business Class. Boleh lah tuuu dekat dah dengan Business Class. Hahaha perangai teruk!

Bagi yang tertanya-tanya pasal free baggage allowance yang Malindo tawarkan tu, it's real!!! Domestic (Economy) dapat 15kg free. Yang ni memang puas hati gila! Aku ni memang jenis bawak barang banyak macam nak pindah rumah kalau ke suatu tempat, so memang terbaik la dapat baggage allowance for free ni.

As soon as I reached Senai Airport, aku terus check in baggage. 10kg oi aku bawak! Banyak jugak tu kan! Tak sesak sangat maybe sebab time aku datang tu orang dah siap check in? Oh yeah, do tell them at the counter if you are going to check-in your baggage. And your I/C too. Aku busy bertelefon time tu sebab result temuduga untuk ijazah UiTM keluar betul-betul time aku kat Senai Airport tu. End up dia kena buat semula sebab tak perasan aku nak masukkan beg aku (I brought cabin bag size bag actually).

Lepas dah siap semua, aku terus masuk dalam and tunggu for the plane. Naik naik, aku terus carik cable phone, nak charge phone. Almaklumlah, dapat tahu pasal panggilan temuduga hah memang busy gila call sana sini. End up dapat tahu aku seorang je yang apply course bertemuduga. Dangggg! Rasa ntah apa apa!

Walaupun flight dalam 45 minit je, aku tidur la jugak. Aku kan memang kaki tidur! Dapat air mineral kecik dan biskut for free. Alas perut la. Tak agak agak la kalau nak free nasi bagai.

Last-last sampai KLIA, tunggu for my bag dalam 15 minit and then turun ke tingkat bawah untuk ke ERL, ke Putrajaya. ERL belah kanan ye ke Putrajaya, belah kiri tu terussss ke KL Sentral! Hehehe.

Conclusionnya, Malindo Air ni memang OKAY! SUPERB for Budget Airline! Quite cheap bila ada promotion. Sampaikan masa kita orang balik dari Padang (naik the other one budget airline) and bermasalah dengan plane berhenti di kawasan domestic. yang paling hujung pulak tu! Maknanya sangat jauhhhh untuk cop passport. Lepas tu bag terlampau lambat sampai. 1 jam lebih menunggu beg sahaja. Paling teruk sekali, tak ada troli langsung.

Akak aku dah komen kalau Malindo buat ke luar negara dan ada promotion macam the other one, she bets that people will go for Malindo!


Sekian. Kihkih

No comments: