Sunday, January 12, 2014

Padang, Indonesia - Day 1

Assalamualaikum..

Last December 14th, aku bertolak ke Padang, Indonesia. 'Kami' to be precise. Yang perginya aku, akak aku, abang ipar, Mayeesa, 3 orang kawan my sis. 6 dewasa 1 kanak-kanak la kiranya. Booked Airasia ticket dari 14 Januari 2013 tu. Januari booked, Disember baru pergi kan. Amboi lama bebeno! Promo promo! Awal awal tu aku dah cuak jugak la sebab aku takut sangkut masa semester terakhir, tak dapat pergi maka akan burn la duit tiket. Akak aku yang bayar, poyo lebih je ni. Almaklumlah aku tak suka membazir pada benda yang tak pasti. Hehehe.

Total tiket RM 612 untuk 4 orang (Aku, Kakak, Abang Ipar dan Mayeesa). Harga tiket RM 232 je untuk 4 orang tidak termasuk Airport Tax, Fuel Surcharge, Insurance. Masuk semua tu jadi lah RM 612. Jangan lupa ambil insurance tau sebab masa nak balik Malaysia tu aku tengok ada orang hilang beg. Tak tau la apa jadi lepastu.

Aku di Indonesia dari 14 Disember hingga 17 Disember.
Flight LCCT ke Minangkabau Airport pada 14 Disember, jam 7.50 pagi. Aku pon tak sure la berapa lama ke sana sebab aku pergi membuta, balik pon membuta. Aku mabuk kenderaan, makanya tidur lebih baik dari muntah ye tak (kereta, bas, plane semua la). Dalam 1 jam 15 minit je rasa-rasanya.
Disebabkan pergi masa cuti sekolah, memang padat gila LCCT! Scan bag tu memang panjang gila! Elok aku beratur tiba-tiba ade line lain pulak sebelah aku ke belakang. Memang blur gila aku. Dah macam aku pulak potong line padahal elok je aku beratur dulu kannn. Jam 4 pagi kita orang dah bertolak ke LCCT dari Putrajaya. Jam 5.30 pagi check in baggage lepas tu makan sementara tunggu pukul 7.50 pagi. Park kereta di parking berdekatan Tune Hotel tu. Jauh tapi murah sikit dari yang dekat dengan terminal tu.

Airasia dari KL ke Padang ni sorry to say memang aku rasa teruk kot! Stewardess muka ketat and then 'buat muka' je kerjanya. Sebab flight pon sekejap je, aku tak sempat la habiskan makanan (Pak Nasser's Nasi Lemak), sebelum landed, stewardess mula la nak kutip sampah. Aku cakap aku tak makan habis lagi baru 2 suap, so nak bawak turun je. Yang sadisnya dia buat muka lepas aku cakap macam tu. Hukhuk. Kes akak aku lagi la. Akak aku bawak Mayeesa, a 2 and a half years old children, stewardess tu tak perasan kot and dia tak bagi embarkation card untuk Mayeesa. Lepas dia dah habis pusing tu akak aku panggil la stewardess nak mintak card. Dia dengan selambanya cakap 'card dah habis, ambil dekat dalam airport je'. Dekat tangan dia tengah pegang card tu wehhh! Aku duduk belakang sekali mestilah aku nampak (Akak aku duduk belah dalam, row depan aku and my sis bayar ye 1 kerusi untuk Mayeesa). Bukan nak sinis tapi stewardess tu Malaysian. Quite disspointed with AA's stewardess. Beli harga promo dapat layanan stewardess dengan harga promo la ye? Gah I should stop membebel pasal AirAsia. One thing for sure, better awak tingkatkan kualiti kerja awak. Kalau Malindo start buat ke serata tempat macam awak dengan harga promo yang sama macam awak, awak boleh bungkus tau. Malindo lagi selesa, tak tersepit kaki lepastu tak la charge macam-macam like your company. Free 15kg bag allowance pulak tu (based on experience).

Gambar wajib naik plane. Ambil dari kawan akak aku ni. Aku kan tidur sepanjang masa! Hehehe

Ok so sampai-sampai je dekat sana, cepat-cepat jalan masuk immigration dia sebab tak nak la beratur lama-lama. 2 kaunter je tau! Btw, immigration dia kat bahagian bawah. Jangan naik tangga! Yang keluar laluan depan flight yang patut guna tangga tu untuk turun ke bawah.


Kad putih tu ada bahagian sebelah kiri lepas anda masuk pintu ke Imigresen tu.. Nak cop passport tu keluarkan sekali tiket balik please. Aku pon tak sure kenapa tapi aku diminta keluarkan. Tunggu baggage betul betul depan cop passport tu je.  Kecil je tempatnya. Kehkeh.

Hotel, transportation semua kawan akak aku yang settlekan. Aku tak sure nombor telefon pemandunya, Pak Fery. Try Instant Message my sis's friend di FB. Harga yang dia ambil quite cheap.
Keluar-keluar je dari airport Pak Feri tu memang dah tunggu and then kita orang cakap nak terus naik Bukit Tinggi. Sebelum tu, minta berhenti dulu kedai mana-mana nak beli simcard sebelum naik. Hehehe tak boleh hidup tanpa internet kononnya. Beli SIMPATI yang harganya tak sampai RM 10 pon kalau diconvert. Dapat la guna internet for 3 days. Hari terakhir tu tak ada 'pulsa'nya dah. Hehehe

Telefon la kalau dapat. Haha. Simcardnya ada lagi ni tau!

Lepas siap beli simcard, kami teruskan perjalanan naik ke Bukit Tinggi. Jangan tanya la mual ke tak naik atas sebab macam biasa aku tidur dulu dah. Hahaha bakal suami, harap bersabar nanti nak kahwin dengan saya ya. Berhenti di Lembah Anai jam 11.30 pagi waktu Malaysia (10.30 pagi waktu sana). Nak masuk kena bayar sikit la, murah-murah je. Aku tak alert sangat sebab kita orang dah siap-siap kumpul duit bagi pada leader.

Here it is. Cantik! Air sejuk gila! Nak mandi silakan tapi pagi-pagi macam ni baik tidur. Hehe

Dalam 15 minit je masuk sini sebab nak naik Bukit Tinggi cepat-cepat.Tapi singgah pula ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Bayar lepas tu nanti ada la satu mbak ni datang cerita sejarah Minang semua. Kalau awak orang Negeri Sembilan mesti memang khusyuk nak dengar sebab saya yang tak ada kena mengena pon nak tahu. Ok ini tipu. Moyang saya orang Nogori, anak lelaki. Dan ada cerita sadis disebaliknya makanya terminat la kan nak tahu. Haha

keadaan dalam rumah tu


Rasa nak jadi retis sekejap? Sila lah sewa baju ini! Ada orang tolong pakaikan nanti.

Baju kahwin ni wehhhh! Umur 21 tahun dah pakai tau! Hahaha

Kenapa aku kata jadi retis? Ini diaaaaaa


Terima kasih makcik ambil gambar dengan kami! Hehehe. Sila tampar sorang-sorang!

Lama jugak la dekat sini berangan retis! Dah habis tukar baju semula, sambung perjalan ke atas. Berhenti di Pasar Aur Kuning, turun 5 minit je terus tak jadi. Carik pak supir semula cakap nak balik, penuh sangat orang. Rupa-rupanya hari Sabtu ada macam Pasar Pagi / Pasar Tani. Kita orang pon salah jalan sebenarnya. Kedai jual kainnya bukan di jalan besar tu. Kena belok ke kiri, ada lorong kecil sikit. Hah sepanjang lorong tu la kedainya!

Dengan keadaan yang panas gila, kita orang terus check in hotel. *Panas sebab baru habis musim hujan. Berpeluh macam dekat KL oi tengaharinya! Aku rasa bawak baju tebal-tebal buang masa je! Lepas bersihkan diri semua, tidur dalam sejam. Dalam jam 6 petang keluar ke Pasar Atas. Dia area Jam Gadang tu je. Nampak ada 1 bangunan ala ala 'shopping mall' yang tangga dia tinggi la jugak. Hah itu la Pasarnya!

Hah di belakang tu yang ada harimau tu. Masuk situ ye!

Kalau tak nak naik atas tu, dekat sebelah kanan tu pon ada juga kedai-kedai jual telekung, keychain, t-shirt. Bawal RM2.50! Hahaha. Tapi masuk ke bahagian dalam-dalam. Lebih dalam lebih murah! Dekat Jam Gadang tu boleh tahan mahalnya. Sebelum tu make sure haggle gila-gila! Mula-mula tanya berapa, lepas tu tanya "Harga Passnya berapa?", lepas tu mintak kurang lagi! Ingat anda orang luar, memang harga boleh tahan mahal dia letak. Dan di Bukit Tinggi ni boleh je nak bayar guna duit Malaysia tapi rugi sikit la. Bahagian atas ni jual kain pasang yang berkualiti sikit la dari bahagian bawah.

Ni antara kain pasang kedai di atas.

Sebelum balik hotel, kita posing dulu dengan Jam Gadang!

Syok sendiri di Jam Gadang!

p/s : Macam yang ramai orang cakap, hati-hati di Jam Gadang ni. Banyak sangat orang pakai maskot yang tiba-tiba masuk dalam gambar anda dan mintak RM5. RM ye RM bukan IDR sebab dia kenal la orang Malaysia.

Kalau rajin ada la hari ke-2 dan seterusnya kalau tak memang terbengkalai la macam ke Sabah! Hehehe

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.