Tuesday, April 2, 2013

Kota Kinabalu, Sabah - Day 1

Assalamualaikum.

Title post aku ni masuk akal ke tidak entah... Aku pon tak tahu la. Aku ni bab mengira hari memang fail habis!!

Percutian ke Kota Kinabalu ni memang adalah percutian pertama bersama kawan kawan aku yang memang dikira percutian la kan. Lepak dekat Teluk Batik, Perak tak masuk. Turun Kuala Lumpur pergi buang duit, sambut birthday dekat memane, pergi site visit dekat Penang, Melaka, Kedah, Pahang dan semuanya la pun tak dikira percutian ya.
Ini adalah percutian! Ulangan; PERCUTIAN!
Gila over aku nihaaa.

Tanggal 25 Februari. Ehem. Aku kecoh kecoh la yang tiket ke KK murah. Pergi balik hanya RM136 seorang termasuk insurans (Jangan berangan nak dengan beg. Kemain cantik kau nak dengan beg kannnn)
Berbincang punya berbincang di dalam inbox FB semalaman, akhirnya 26 Februari tu kita orang decide nak beli tiket tersebut. Semangat uolls sehari je bincang, tak bagitahu mak bapak langsung kot! Almaklumlahhh aku ni ha jakun tak pernah jejak Sabah! Tu yang terover excited! Hahaha. Tapi dah beli tu mestilah aku bagitahu juga nak pergi. Takkan nak berahsia. Apa apa jadi karang siapa nak tanggung?

Inilah dia orang orang yang beli tiket. Taraaaaaa


5 orang! Sedih la jugak Aiza dengan Jannah tak dapat pergi.
Well, Aiza tak respon masa kami tanya dan Jannah pula tengah study week (perhatian : board kena siapkan. Dia ambil Landscape Architecture)

Kenapa kami ni ambil flight lewat petang yang akan mendarat di KK malam hari?
Ini sebabnya pagi Jumaat tersebut Naimi pergi hantar report untuk latihan industri di Seri Iskandar.
Lain la aku ni.. Rabu malam dah naik Perak dan Khamis tengahari dah submit report.
Ridzuan itu tunangan Naimi dan dia Sabahan. Makanya, perlu gerak ke Seri Iskandar pada Khamis petang selepas waktu kerja tamat. (Ni apa pasal la ayat skema aku keluar)


2 minggu selepas beli tiket (kot) Lahad Datu diserang. Ok bab diserang ini no comment.
Just nak cakap, aku dengan Norseha memang bapak kitorang tak bagi pergi KK even KK jauh dengan Lahad Datu. Ferustttt I tauuu. Sedih hah sedih! Tapi Seha selambe rock je nak pergi jugak.
Alhamdulillah, at last 4 hari sebelum tu ayah aku bagi pergi disebabkan akak aku pujuk dia.


Potong cerita IC aku tertinggal dekat JB. Akak aku pos IC tu ke Putrajaya. Ambil IC aku di Putrajaya kemudian pergi LCCT. Hahaha. Sumpah ni la benda paling bodoh pernah jadi. IC tertinggal! Nak naik flight kot!

On our way to Putrajaya dari Seri Iskandar, Perak.

Norseha, Masturah, Shafiyah dan Naimi di LCCT. 
Sila baikan muka aku yang tiba-tiba berpaling sebab semua orang berpaling. K aku sorang je tak perasan nak ambil gambar.

Sesampainya di BKI (Kota Kinabalu).....
Kena la beratur ambil sehelai kertas yang ala-ala visa? Aku pon tak sure. Bagi IC dan dapat kertas tersebut! Ingat, tak boleh hilang sebab masa balik kena pulangkan! Oh ya, aku tak ambil gambar pon sampai di sana. Penat yang amat. Tak tidur dalam flight, duduk berbual dengan Seha dan sama sama tengok muka steward. Serius steward kali ini handsome! Aku naik flight KL-JB selama ni alahai je. Hahaha

Malam tu tak ada buat apa-apa sangat.
Check in hotel di Oriental Hotel, Sabah for one night only. Ini ditanggung atau erti kata lain dibelanja oleh abang kepada tunang Naimi. Nak budget jangan ambil hotel ni please. Kami pon tak setuju sebenarnya ambil hotel ni sebab membazir. RM220 for one night per room with 2 single bed. Dah la check in around 9 pm kemudian keluar makan dan pusing bandar KK. Dah malam sangat baliknya dan esok hari nak check out pukul 9 pagi. Rugi ohoi.

Pusing bandar KK. Tengok tengok dari dalam kereta je. Sampai ke UiTM, Politeknik etc la kitorang tengok. Hehehe
Makan..... Heaven gila dapat makan! Lapaq bak hang!

Aku dengan Lemon Chicken with Rice?

Ini aku tak ingat nama makanannya. Dan aku tak tahu rasanya sebab bukan makanan aku.

Kedai makan ni berdekatan dengan Jakel and Ariani. Kalau dari One Borneo nampak la Jakel tu. Kedai lot tepi. Hujung kanan Jakel, kedai ini hujung kiri. Haha. Makanan? Okay jerrr.

Last sekali ke Observatory Tower.




Jangan disoal kenapa selekeh. We thought we are going out for dinner only. Tak tahu pulak nak pusing bandar KK di malam hari.

Ini bandar KK di malam hari dari Observatory Tower (Gambar diambil oleh Redzuan)


p/s : Mengenai kereta sewa.... As stated, tunang Naimi adalah orang Sabah makanya kereta yang kami naiki adalah kereta dia. Sekian Terima Kasih. Hehehe. Will post about our second day in KK as soon as I have time. Cewah macam buat apa je tak ada masa!

0 sepakan: