Friday, March 12, 2010

result SPM da keluar semalam.

kan akud ag cakap, aku calon SPM 2009 di Malaysia ini. So, dah tentulah aku amek result aku semalam.

lai lai baca kisah aku. hehe

pada hari rabu yang lepas, dengan semangatnya, aku offline pada pukul 10 malam. konon konon nak tido awal. xnak mengantuk kat sekolah. Tapi malangnya, mata aku ni macam tak reti mengantuk. Mengada sungguh mata aku ni. Dan pada pukul 3 pagi, barulah aku dapat tido. zzzzzzzzzzzzzz.

Then, pukul 6 pagi aku kena bangun untuk ke sekolah. Ikut abang aku yang akan hantar adik aku gi sekolah tu la. Nak harapkan aku drive? Ntah selamat ke tak kereta tu. Kalau nak pergi pukul 9 or 10 pagi, takda sapa nak hantar aku. masing masing ada hal sendiri. Jadi, terpaksalah aku menggagahkan diri bangun pagi.
Dah la dah 3 bulan straight aku bangun lambat. Rasa nak sambung tido je dalam bilik mandi tu. Bencinya kena bangun pagi!

lepas tu.
lepas tu.
hmmm. malas la pulak nak cerita semua sekali. banyak tak penting.

pengetua sekolah aku bergerak ke PPD PG untuk ambil result SPM dan STAM pukul 8++ pagi
well. sekolah aku merupakan sekolah agama swasta. mesti la kena ambil sendiri! banyak cantik muka kau PPD nak hantar kat sekolah! faham faham dah lah.

kesian kan??? sarapan kat skola tau! T___T

pukul 10++ pagi, barulah urusan ambil keputusan SPM dan STAM selesai di PPD.
baru kat PPD ye. kat sekolah belum lagi.

6 dari 10 orang pelajar perempuan yang mengambil keputusan SPM

errrr. da la.
makin malas la nak menaip.

meh la aku umumkan bagitahu result aku terus.
seperti yang dijangkakan, result aku sangat sangat teruk.

ni candid bukan lakonan.

apa result aku?
1A, 2A-, 1B+, 2B, 2C, 4D
1 per 3 dari subjek yang TIDAK KREDIT ya anak anak. Sila belajar kalau nak periksa!
& aku cuma dapat B+ untuk B.Melayu. memalukan sungguh! huish malu gila kot melayu tak dapat A dalam bahasa sendiri.


lepas tunggu Wanie sampai & ambil result dia, kitorg pergi ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Aku nak hantar seluar untuk di alter kat sana.
Kitorg ajak Nazreen, Qayyum dan Izzul untuk join kitorg pergi City Square JB. Daa nak sampai sana CS tu, Izzul cadangkan tukar plan; pergi Danga Bay. nak karaoke kononnye. so, ikutkan jek la plan tu.
makan kat Singgah Selalu sekejap. then, pergi karoke kat Danga Bay tu la. ok. serius suara aku cam katak bentung. -.-" malu gila. tapi sebab nak lepas stress punya pasal, lenjan jek la.
*aku tak suka karoke sebab aku confirm akan sakit tekak and sakit tu akan tarik sampai ke kepala. tak tahu la migrain ke hape ke*

malam tu, aku ikut akak aku pergi D'va. karaoke lagi! peh memang nampak sangat ke aku stress dengan result aku? hahaha poyo aku ni.
bukti aku gi D'va walaupun nyanyi stengah lagu je. haha

actually nak sambut birthday kawan dye, Ben.
jangan persoalkan keluasan bilik ini. ini ilik deluxe. bilik lain full. terbang duit MEREKA.

Aku just nyanyi sikit sikit je. Tak tahu la lagu2 kat situ. Budak kampung la katakan! haha

Monday, March 8, 2010

I Dumped Friendster and Myspace For Facebook

Yesssssssss. Macam yang tertera di tajuk entry ini, aku telah dumped Friendster & Myspace.
Aku dah buang akaun Friendster lepas habis peperiksaan SPM tahun lepas. Myspace? Belum lagi. Tapi dah nak tiba ajal dia dah aku rasa.
aku signup Friendster tahun 2006 masa dalam Tingkatan 2. Myspace pulak masa dalam Tingkatan 3. Facebook? Tingkatan 4. Tagged? tak hingat siot! akaun ada tapi tak aktif. check sebulan sekali. hi5 pon sama.
Aku gila laman sosial? Agaknya la! Tapi rasanya lebih pada jakun kot! hehe


rupa facebook aku


apa yang aku suka sangat dengan Facebook;
ada game yang kalau start main, anda akan addicted (ntah ntah aku sorang je camni).
okay ni contoh game nya;
i love farmville!!!! haha

banyak lagi game yang popular.
mafia wars, cafe world, restaurant city etc
tapi aku main farmville je. best gila tau!

bende yang orang lain menyampah tapi aku suka;
join group or become a fan!!! haha

aku memang addicted untuk bende alah ni. hehe

bende alah yang paling aku menyampah.........
 ni serius takda otak. ape main hit dengan makanan? hehe

ni pon sama. macam mana aku nak accept? bukan kau bagi betul betul!

ada 1 lagi application yang tersangat popular. pillow fight! application yang annoying gila.
aku tak faham kenapa ada manusia yang main bende alah tu. xdapat nak print screen sebab xjumpe lagi dah sekarang ni.
benda benda ni semua, memang da confirm comfirm aku block. tersangat menyemak & selalu membuatkan darah aku mendidih sebab penuhkan ruang wall aku je.


ini buat aku tak suka..
kenapa tagged photos terletak di atas & lebih besar berbanding gambar yang aku upload sendiri?

nampak bukan? tuan punya FB tiada kuasa nampaknya. haha

tapi takpe la. Tom, I'm sorry! haish

Saturday, March 6, 2010

peh terasa gila aku! nak nangis! mana eyemo ni???

cerekarama yang ditayangkan disiarkan di TV3 tadi,
Dalil Cinta akonkan oleh Sh. Amani & Fahrin kekasih hatiku yang ke sepeluh.
aku tak curang dekat Farid Kamil ok! Fahrin ni aku punya scandal je! hahaha
peh syukur gila aku Farid Kamil tak berlakon dalam drama ini. tak ada lah dok berpeluk sakan dengan Sh. Amani. I jelous u tahu tak kalau u buat macam tu, Farid?! muahaha

hensemnye u! i tergoda tau! hahahaha


Berbalik kepada cerekarama tadi,
Peh memang bengang betul aku. Rasa mendidih je darah aku ni ha
I terasa tau! Cerita ni macam nak perli i je! hahahaYahhhhhh! Aku dengan rela hatinya mengaku sikap aku sama sebijik sebijan dengan cik Nisa dalam cerekarama tadi tu.
Dengan pemalasnya. Tak reti masak. Tak reti nak rajin rajinkan diri kemas rumah.Bangun tido lambat. Paling sama sekali, berangan nak kahwin cepat! Eeyh Cik Nisa, kau kena sampuk dengan perangai aku ke? Pelik sungguh. Lai lai datang rumah aku kita buat group anak gadis nak kahwin cepat. haha

Tuesday, March 2, 2010

Her voice is beautiful!

ewah.
berspeaking pulak aku kali ni ye.

http://www.youtube.com/watch?v=m17Sca892CU
so, this girl is Nurellisya Binte Abdul Muttalib.
she'd writen this song by herself.
tajuk lagu; Puteraku
lirik die, memang wow! :)

Monday, March 1, 2010

Happy Bithday To You Happy Birthday To You

Hari jadi kau jatuh pada 29 Februari, tarikh yang cuma ada 4 tahun sekali. Tahun lepas takda, tahun ni pun takda. Eh eh! Tahun depan pon la! Ish kesian nya kau! Hehehe. Aku tak jahat eh, aku baik! Sebab tarikh birthday kau yang pelik ni la aku senang nak ingat (aku kan pelupa tahap karma)

ni aku nak bagi ayat comel sikit (bayangkan aku tengah kelip kelip mata gaya budak perempuan gedik nak mintak aiskrim seringgit aiskrim 20 sen taknak aku budak perempuan demand)

ok sediakan baldi kat tepi kau sebab aku tergelak gelak nak tulis benda ni. confirm kau pulak loya nak baca. hehehe.

teman,
terima kasih kerana sudi menjadi temanku.
kau sentiasa berada di sisiku saat susah dan senangku dahulu.
kau sentiasa memahami rasa hatiku.
kau juga sentiasa menghulurkan bantuan kepadaku
tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata betapa aku berterima kasih kepadamu
juga betapa aku sayang kepadamu.
persahabatan yang telah kita bina 3 tahun sudah,
amat bermakna buatku.
tidak ku sangka,
persahabatan kita akan menjadi begitu erat pada saat itu.
Terima Kasih Temanku.

Happy Birthday yang ke Lapan Belas (?)


dah besar dah kau! dah 18! nak tengok cerita 18sx ke 18sg ke, jangan lupa ajak aku! (aku paling tak hingin masuk cerita hantu ngan cerita terkejut terkejut. tak jadi la 18sg, 18sx je hehehe gatai!)

tak lama lagi aku pulak 18 tahun! dewasa beb dewasa! bangga i! muahahaha