Monday, February 29, 2016

Percutian Bajet ke Banda Aceh dan Sabang - ITINERARY DAN BUDGET

Assalamualikum..

Post kedua ini khas buat budget dan itinerary kami. 100% diberi oleh Tour Planner kami, Husaini.



Ini gambaran budget dan itinerary kami yang diberi Husaini..


Day 1 - Khamis, 11/2/16
13.45_14.00 Meet up di Airport SIM Aceh
14.00_15.00 Menuju Kota Banda Aceh, Check in Hotel
15.00_16.00 Menuju Lampuuk
16.00_16.30 Singgah di Masjid Tsunami Rahmatullah
16.30_19.00 Pantai Lampuuk, until sunset, boleh mandi dan main banana boat
19.00_20.00 Back to hotel, rehat
20.00_22.00 culinary mie kepiting (ketam), kedai kopi aceh
22.00_23.00 free activity, tidur

  • Kereta Avanza, include minyak dan driver 500k
  • Ticketing lampuuk and parking 40k
  • Hotel Wisata (aircond, no breakfast) 3 bilik 650k
    Total 1.190

Day 2 - Jumaat, 12/2/16
06.00_07.00 Check out hotel, ke Jetty Ulele dan breakfast
07.00_08.00 Ticketing Kapal Lambat
08.00_10.00 Menuju Pulau Weh
10.00_11.00 Taman I Love Sabang dan Danau Anak Laut
11.00_12.00 Check-in Hotel di Pulau Weh
12.00_14.00 Berehat di hotel, Lunch, Solat Jumaat di Masjid Agung Babussalam Sabang
14.00_19.00 Explore Pantai Sumur 3, Benteng/ Bunker Jepang, Pantai Anoi Itam, Tebing Anoi Itam,
19.00_20.00 Back to hotel, istirahat, Mandi
20.00_23.00 Culinary di Taman Kuliner Sabang : Sate Gurita
23.00_24.00 Free activity, tidur

  • Mobil to ulele 100k
  • Kapal lampat 182k
  • Mobil di Pulau Weh 600k 
  • Ticketing n parking 70k
  • Hotel Kartika 675k (3 bilik aircond, no breakfast)
    Total 1.627k

Day 3 - Sabtu, 13/2/16
07.00_08.00 Menuju Pantai Iboih
08.00_12.00 Pantai Iboih ~ Breakfast ~ Snorkelling di Pulau Rubiah ~ Lunch
12.00_13.00 Istirahat
13.00_16.30 Explore : ~ Pantai Gapang ~ air terjun Pria Laut
16.30_18.30 Tugu Nol /0/Zero Km RI, until sunset
18.30_19.30 Back to Hotel
19.00_20.00 Istirahat, mandi
20.00_22.00 Culinary Mie Sedap dan kopi aceh
22.00_23 Free activity, tidur

  • Mobil 600k
  • Parking and ticket 70k
  • Snorkelling boat 250k
  • Snorkelling Guider 150k
  • Underwater camera 150k
  • Alat snorkelling 280k
  • Hotel kartika 675k
    Total 2.175k

Day 4 - Ahad, 14/2/16
07.00_08.00 Breakfast
08.00_09.00 Pantai Kasih ~ Mark Pulau Weh
09.00_10.00 Go to Jetty Balohan
10.00_11.00 Ticketing kapal lambat
11.00_13.00 Menuju Banda Aceh
13.00_14.00 Lunch
14.00_14.30 Check-in hotel
14.30_15.00 Kapal Diatas Rumah / Kapal Tsunami Lampulo
15.00_16.00 Kapal Tsunami PLTD Apung
16.00_16.30 Masjid Tsunami Ulele
16.30_17.30 menuju Kampung Nusa, Lhoknga
17.30_20.00 kampung eko tourism, pengelolaan sampah : ~ bank sampah, ~ recycle plastic sampah menjadi tas, dompet, bunga ~ ikut latihan tari aceh, rapai saman ~ culinary makan malam masakan khas aceh
20.00_21.00 back to hotel
21.00_23.00 free activity coffee shop, pijat reflextion, tidur

  • Mobil to jetty 150k
  • Kapal lambat 182k
  • Mobil di banda 600k
  • Eko tourism kp nusa include dinner 300k
  • Ticketing n parking 70k
  • Hotel wisata 650k
    Total 1.952k

Day 5 - Isnin 15/2/16
07.00_08.00 Breakfast
08.00_09.00 Menuju bukit lamreh, singgah di bukit suharto view laut dan port malahayati
09.00_10.30 Tebing Tanjung ujung kelindu, landscape tebing dan laut sangat cantik
10.30_12.00 Pantai Lhokmee , Pasir putih
12.00_14.00 Kembali ke banda aceh, makan siang, sholat di Masjid Al Makmur, Lamprit
14.00_15.00 Museum Tsunami
15.00_16.00 Museum Rumoh Aceh
16.00_17.00 Gunongan dan Taman Putroe phang / putri pahang malaysia
17.00_18.00 Masjid Raya Baiturahman
18.00_19.00 Sunset di pantai Ulele
19.00_20.00 Back to hotel, istirahat, Mandi
20.00_22.00 Culinary Basho Barata, Juice Alvocado, coffeshop /kopi aceh

  • Kereta Avanza 600k
  • Entrance ticket ke tebing and lhokme 100k
  • Parking n ticketing 50k
  • Hotel Wisata 650k
    Total 1.400k

Day 6 - Selasa, 16/2/16
07.00_08.00 Breakfast
08.00_11.00 Shopping Time ~ souvenir shop ~ pasar aceh ~ oleh oleh makanan : Brownis Kopi dan kue Ade/ bikang
11.00_12.00 Packing check out hotel dan makan siang
12.00_13.00 Menuju airport
13.00_14.00 check in n flight
End of trip
  • Mobil 600k
  • Parking 30k
    Totally 630k

    Lain lain :
    - Tour planner Service 750k

Grand Total : 9.724.000
Note : Exclude makan Driver makan ditanggung tamu. Selera makan dan harga makan bisa discuss dengan driver.



p/s : Bab makan driver, dia pilih yang paling murah and makan sikit je kot. Aku pulak rasa tak selesa tengok dia makan macam tu. Hahaha


Harga yang diberi ini adalah untuk 6 orang. IDR 9.724.000 ni adalah lebih kurang RM 3063.06 (rate 3.15). Makanya aku rasa sangat berbaloi je untuk 6 hari harga macam tu kan. Seorang dalam RM510.51 tak termasuk makan. Kalau nak duduk Hotel okay sikit di Banda Aceh, mintak Hotel Medan. Murah dan popular untuk orang Malaysia. Dekat Pulau Weh pula di Freddie's Bungalow. Betul betul menghadap pantai! Spend RM 200 untuk makan pon dah dapat makan yang wow sangat! Souvenir lagi RM 100, amboi ambil beg ke korang tuuuu. Rasa nak snorkelling seharian, Snorkelling boat dari IDR 250,000 jadi IDR 1,000,000. Ada 6 point! Bincang la dengan tour planner tu kalau nak ubah apa-apa.

Sunday, February 28, 2016

Percutian Bajet ke Banda Aceh dan Sabang - INTRODUCTION

Assalamualaikum!

Sejak awal tahun 2015, aku memang dah beriya nak pergi Aceh. Gara-gara tengok orang post gambar Pulau Weh / Sabang tu. Rasa macam 'wahhhhhhh cantiknya!'. Makanya masa aku jumpa kawan kepada kawan aku yang study di Aceh (kawan aku study di Jordan, kawan baik dia yang study di Aceh ya), terpaksa la dia orang semua dengar aku membebel teruja nak pergi Aceh! Maaf ya! Pertengahan tahun lepas dia ada kata, kalau nak pergi Aceh bagitahu la dia. InsyaAllah dia akan tolong bawa kami jalan-jalan. Tapi malangnya aku beli tiket tak tanya dia dulu. Dia dah mula cuti semester seminggu sebelum aku sampai dan dia balik Malaysia waktu tu. Tak ada rezeki nampaknya! Apa-apa pun thanks alot untuk dia yang banyak bagi info, banyak tolong itu ini. Siap carikan kawan-kawan dia siapa yang tak balik (tapi tak ada! Haha) dan dia tanyakan dengan travel agent sana semua.

Reaksi yang aku dapat bila aku ajak orang ke Aceh sama je macam aku ajak orang ke Lombok 2 tahun lepas yang mana sampai sekarang tak jejak lagi Lombok. Tapi reaksi ke Lombok 2 tahun lepas tu lagi teruk la, semua kawan-kawan aku tak setuju sangat dan tolak mentah-mentah idea aku. Dulu kan Lombok terkenal dengan tempat anak dara Malaysia dilarikan. Aku dengar Lombok ni cantik sangat dari orang-orang Singapura beberapa tahun lepas. Lombok dah popular di kalangan dia orang lama sikit sebelum kita kot. Entah lah, aku pon tak pasti. Tapi disebabkan kawan-kawan aku reject mentah-mentah idea aku ni dulu, aku akan ungkit setiap kali dia orang kata nak ke Lombok! Dulu tiket tak semahal sekarang pula tu! Maka terpaksa la dia orang redho je dengan pemilihan tempat ke Aceh oleh aku.

Kami bercuti ni bukan nak acah-acah kaya atau nak menunjuk ke apa tapi sebab 2 orang dah nak berkahwin. Makanya lepas berkahwin, kena la ikut suami kan. Bukan macam sebelum kahwin. So, kami berhasrat nak habiskan masa bersama-sama. Paling cepat nak kahwin, Naimi. Bulan Januari habis final exam, akhir Januari hantar thesis dan Mac akan berkahwin. Naimi ni dah rapat dengan aku sejak aku masuk diploma tahun 2010. Dah masuk 6 tahun. Dan reaksi orang lain yang dengar aku nak pergi Aceh mesti akan cakap 'Aceh ada apa je? Dah tak ada tempat lain ke?', 'Dari pergi Aceh baik pergi Padang / Bandung / yang sewaktu dengannya" or anything la yang macam pelik dengan tempat pemilihan aku. Tapi Masturah will always be Masturah; I don't mind orang kata aku pelik dan tak ada taste. Hahaha

20 Disember 2015 yang lepas, ada la rezeki kami terjumpa tiket ke Banda Aceh dengan harga RM 98 return per person (tak termasuk insurance, beli insurance AXA lagi senang kot? RM 39/person). Disebabkan time tu keluar '4 seats left', kami tak ada la mengajak siapa siapa. Takut nanti tak adil, kami punya tiket below than RM100, yang lain mahal pula kan. Tapi Sulaiman dengan Afiqah tu dapat yang RM 150 return. Dia orang ni kata nak pergi sehari lepas kami beli tiket, dan harga RM 98 tu pon dah habis. Hehe. Tarikh yang kami beli adalah 11 Februari hingga 16 Februari yang lepas, aku dengan 4 orang rakan yang lain ke Banda Aceh! Dari Kuala Lumpur ye. 

Lepas je habis paper terakhir, aku mula la mencari tour guide or kereta beserta driver untuk disewa di sana. Hampir berputus asa la juga sebab kebanyakannya harga RM1,000 untuk ground 6H5M tu. Nasib baik last-last aku ada terjumpa facebook Husaini/Ucok yang merupakan tour planner di sana. Disebabkan seminggu sebelum pergi, Afiqah tarik diri sebab dia sibuk tarikh pertunangan dah dekat makanya kos kami jadi tak menentu sedikit. Ye la, harga kereta yang sebelum ini dibahagi 6 orang perlu dibahagi 5 orang pula kan. But still affordable la. Next post aku khaskan untuk budget dan itinerary yang diberi.



Disebabkan ni post pasal introduction, aku concludekan memang best la pergi sini. 6D5N pon rasa tak cukup kot! And siapa kata tak ada apa kat Aceh? Macam macam ada. Ok terjun bangunan tinggi tu tak ada la, jangan pi carik pulak. Bab makanan pon, ala ala Malaysia je (maksudnya, berselera jela hang makan.. Tak ada la menggagau nak pergi carik cili ke apa ke sebab nak pedas). Di bawah ni aku bentangkan gambar-gambar 'introduction' je la kan tempat-tempat yang aku pergi je ya. Ada yang tak ambil gambar pon.
Pantai Sumur Tiga, Sabang

Bunker Jepang, Sabang

Pantai Anoi Itam, Sabang

Pantai Iboih, Sabang

Pantai Gapang, Sabang


Gua Sarang, Sabang

Kapal Tsunami Lampulo

Pantai Pasir Putih Lhok Mee

Gunongan

Muzium Tsunami Aceh

Muzium Rumoh Aceh

Gampong Nusa, Lhoknga

Snorkelling di Pulau Rubiah