Saturday, June 1, 2013

Q&A untuk student baru UiTM yang pelik?

Assalamualaikum.

Aku perasan la ramai student yang nak daftar masuk UiTM ni ada tanya soalan pelik pelik.
Ikut perasaan hati kecil aku, tu semua senior sengaja nak buat kecoh.
Tapi tak apa, sebab soalan soalan tu la aku ada idea nak buat post ni. Hehe
Btw, mostly jawapan untuk UiTM Perak ye sebab aku pon tak sure kampus lain punya peraturan macam mana.


  • UiTM mana yang paling best?
    • Sejujurnya jangan la tanya soalan ni. Kebanyakan senior awak akan kutuk UiTM diaorang. Hahaha. Serius! Tapi ada juga yang akan puji melangit kampus diaorang. Benda ni ikut pengalaman orang tu, kalau dia suka dengan suasana tu, dia suka la. If not memang rasa tak kena je.
  • Boleh bawak kenderaan ke kolej tak?
    • Bagi UiTM Perak, yang dapat duduk dalam kolej adalah 100% NO untuk bawak kenderaan. Dedulu semester 6 boleh tapi sekarang dah tak boleh jugak. 2 bangunan hanya ada 10 kotak parking. Kalau semua nak bawak, bayangkan mana nak parking?
  • Masuk UiTM wajib pakai kasut hitam ke?
    • Nope. Ikut suka nak pakai apa pon, pakai la. Tapi jangan pakai selipar ke kelas sudah.
  • Baju ke tuck in ke?
    • Yes dan yes bagi lelaki. Berkolar ya! Isnin wajib pakai baju kemeja. Hari lain pakai t-shirt berkolar dah ok. But ada sesetengah course yang kena pakai kemeja / baju kurung setiap hari, cari senior yang ambil course sama dengan anda dan tanya. Untuk perempuan tuck in baju tak? i know its the in thing now. Maka, ikut suka anda la.
  • Semester 1 boleh bawak laptop ke?
    • Boleh sayang bolehhhhhh. Printer pon boleh.
  • UiTM Perak ada hantu ke?
    • Soalan apa ni? Semua tempat ada hantu. Either you can see it or not. Sebab syaitan itu ada di mana mana. Haih. Kalau histeria UiTM Perak, setiap kali nak final exam, wajib ada.
  • Broadband apa yang OK dalam kampus Seri Iskandar / UiTM Perak?
    • Ikut tempat. Macam aku Kolej Indera Mulia broadband Celcom yang OK. Aku pernah try broadband Maxis tapi selalu tak ada line. Rasanya sekarang YES4G paling laju dalam UiTM Perak tapi benda ni kalau bawak balik rumah hampeh la ye. KL pon ada tempat takde line YES ni.
  • Wajib ke pergi Minggu Destini Siswa / Orientasi? Kena buli ke masa MDS?
    • Sebenarnya tak wajib tapi untuk buat anda senang dan tahu selok belok asas dalam kampus tu, sila la attend. Dan memori dia yang tak ternilai! Buli? Tak la sampai pukul pukul tu, just dia orang mintak kau orang ikut peraturan yang dia orang tetapkan. Kalau langgar, kena denda. Mengajar anda untuk tepati masa, ikut segala aturan sebenarnya.
OK dah penat. Hahaha. Need any information? Just ask. Hehehe

Salam










2 comments:

Unknown said...

betul ke uitm perak x boleh pkai jeans and pkai tshirt masa kelas?

masturah said...

depends on the course. kalau you ambil course office management, quantity serveying etc tak boleh. tapi kalau studio based student macam architecture, interior design, planning, etc. tak jadi masalah. :)