Assalamualaikum.
Semester lepas banyak berjalan sampaikan di akhir akhir semester tu duit sesak.
Padan la muka aku kan. Aku ni sebenarnya ada masalah 'kalau orang ajak berjalan, laju je setuju'.
Semester lepas aku dah jejak Bukit Merah Laketown Resort.
Tak pergi Pulau Orang Utan pon, just masuk water park dia. Tak berani ohoi nak naik bot yang disediakan ke pulau tu. Tak pernah pernah buat, mahunya jatuh tenggelam tak menangis aku? (Fikir negatif memanjang)
Bertolak dari UiTM Perak pukul 9 pagi naik kereta sewa of course, hehe. Janjinya nak pergi ber-4 tapi di saat saat akhir seorang tarik diri. Sedih sedih.
Sampai sana around 10 lebih but the waterpark is opening at 12 noon.
Ni padan muka kita orang la sebab tak check betul betul.
Kita orang pergi masa study week hari biasa maknanya buka memang lewat.
Tapi adalah rasa macam kura kura tercangak sahaja depan tu sejam lebih. Hehe
Gambar gambar di bawah penuh dengan gambar kawan aku yang lagi 2 orang tu. Aku kurang sebab serabai gila. Muka berbelang belang, almaklumlah bermandi sakan pakai cermin mata tapi balik pakai lens.
The tickets
Muka tahan sabar sejam setengah menunggu. Haha
Jeti ke Pulau Orang Utan. Tak pergi pon, plesing je lebih. Hehe
*Keserabaian aku jelas disitu. Bangun lewat, kelam kabut serabai mabai je keluar.
Nothing happened to me cuma selekeh je baju tudung tak bergosok. Bhahaha
Iedai / Amy dekat pintu utama nak masuk? Errr I don't know how to explain. -.-"
Panoramic view in the theme park area. Nampak banyak tempat berehat kan.
Ni tempat berehat tu. Eh salah ni Ieda di tempat berehat tu (pondok?)
Ieda berposing sakan dalam ni. Haha
Kiri; Kawasan kolam yang panjang panjang tu. Kanan; Belakang tu game Water Speed Slides. KOT
Tak tahu sebab ada game kami tak dapat main disebabkan pakai t-shirt. Erk
Game belakang Ieda ni la yang aku rasa macam nak tercabut jantung! Orang lain menjerit aku terkaku kot main. Seram sangat!
Watch this video. Hehe
It's already 2/3 p.m. Time to go back.
Actually nak pergi Kuala Sepetang punya pasal and the waterpark boleh dikatakan boring?
Buat apa pergi Kuala Sepetang? I will make a new entry for that. A short entry with about 4/5 picutes only. Hehe
Toddles~
No comments:
Post a Comment