Saturday, December 8, 2012

Praktikal atau Latihan Industri

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari terakhir aku untuk minggu ke dua menjalani latihan praktik.
Ada lagi 12 minggu untuk aku habiskan.

First day practical

Satu je yang aku boleh describe pasal latikan praktik aku iaitu;
DISASTER.
Ahaha melampau kan sampai disaster bagai.
But seriously, dengan keadaan aku yang TAK PERNAH BEKERJA,
sekali pergi kerja rasa macam nak patah semua pinggang.
Terlampau penat!
And yeah, dengan keadaan aku yang tak bercakap dengan orang yang aku tak biasa sangat, lagi la menambahburukkan keadaan aku.
Dah masuk minggu ke dua aku jalani latihan praktik, sampai sekarang aku duduk diammmm je kat cubicle partition aku. Aku tak bercakap kalau orang tak tanya langsung.
Aku tak reti berinteraksi dengan orang! 
Aku stress dengan diri sendiri sekarang ni!

Tapi.. Aku dah rasa dah bawak balik kerja dari office, tidur pukul 3 pagi nak siapkan kerja dan bangun pukul 6 pagi tak tidur semula. Bersiap terus untuk bergerak ke office jam 7.50 pagi.

Ini kali pertama selepas aku tidur lewat siapkan kerja yanng dibawa balik kerja dari office


And this is yesterday. Hari Khamis berbatik? Aku tak sure ni batik ke tak. Hehe


Bila aku ada masa lapang dan rajin, aku akan update berkenaan hari pertama praktikal aku.
But not today. Penat sangat!
Ntah berapa kali aku terlelap sambil tangan pegang mouse dekat office tadi.-.-


Saturday, November 24, 2012

Kenapa Tak Jumpa WhatsApp Seseorang Padahal Dia Ada WhatsApp?

Assalamualaikum..


Tadaaaaa.
Harini dapat tahu benda baru!
Eh sorry semalam la, sebab dah pukul 4 lebih pagi dah ni.
Hahaha serius jakun gila weh aku sekarang ni!


Macam ni cerita nya (Cerpen);

Semalam aku nak beli barang or to be precise a dress dari Entrepreneur dalam Instagram. Ehem kemain Entrepreneur kauuuu.
And then cik Entreprenuer (Miss E la aku letak lepas ni) mintak WhatsApp aku sebab of course, tak nak spam kan gambar dia. And then its freeeeee of charge (for one year onlyyyy)! Teheee.
Tiba-tiba Miss E ni bagitahu aku, dia tak jumpa my WhatsApp and asked me to try add herHer phone number is 010*******.
Aku try la jugak kan save her contact number 010 blablabla.
Dekat 10 minit aku try tapi tak berjaya jumpa juga.

Tiba-tiba aku realised one thing..........
Abang ipar aku pon tak ada dalam contact list WhatsApp aku padahal aku pernah nampak dia guna WhatsApp dekat phone dia?
Somaybe sebab  kebanyakan application hanya kenal 012, 013, 014, 016, 017,dan 019 je kan (KOT. Teheee).
And yes, his number starts with 010!
Tapi akak aku pon nombor telefon start 010 tapi ada je dalam contact list WhatsApp aku
Sekali aku check balik nombor akak aku yang aku save, I added +6 dekat depan nombor my sis.
Aku try buat kat nombor abang ipar aku pulak and yessss nombor dia muncul dalam contact list WhatsApp aku!!!!
So, maknanya aku dah jumpa la sebab apa. Hahahaha silly me. Aku je kot yang ketinggalan zaman. T____T



Conclusion; Kalau anda pengguna 010, sila add +6 di hadapan nombor telefon pengguna nombor yang starting number nya selain anda. Begitu juga kalau anda pengguna 012 dan yang telah lama wujud tu, anda perlu tambah +6 di hadapan nombor pengguna 010 tersebut. Contoh : +6012******* . Poyo nya saya! Hahaha

Sekian

Thursday, November 22, 2012

Rektor UiTM Perak?

Assalamualaikum..


Tadi tiba-tiba tergerak la hati aku ni nak tengok keywords yang buat orang sampai ke blog picisan aku ni.

Kebanyakannya pasal 'zalora penipu', 'barang keperluan ke asrama/politeknik/universiti/UiTM', 'pengantin gemuk' (?), 'program diploma senibina landskap' dannn 'rektor uitm perak'?


Berkenaan 'zalora penipu' tu memang aku ada buat entry yang berkenaan.

Sama juga dengan' barang keperluan ke asrama/politeknik/universiti/UiTM' tu la kan.

Tapi yang tak boleh blah, keyword 'pengantin gemuk'. Aku ni nak kata dah jadi pengantin memang jauh lagi la. Almaklumlah tunang pon tak ada. Boyfriend pon tak ada! And then, gemuk. Okay i admit that aku ni gemuk but still aku belum jadi pengantin. Huhuhu

And then berkenaan Diploma Senibina Landskap, aku tak mahir or tahu sangat dengan diploma ni.
This is the links (Facebook/Twitter) untuk student semester 5 (November 2012 - Mac 2012) yang ambil course ni ya;

Facebook

  1. Nurul Jannah
  2. Jafni Azmi
  3. Naema

Twitter

  1. Nurul Jannah
  2. Mira Uttika

Aku kenal pon 2, 3 orang je. Tapi kalau nak tahu dari blog lain, pergi ke blog Mira Uttika ya.


Dan sesungguhnya berkenaan Rektor UiTM Perak.....
Kalau betul-betul nak tahu siapakah Rektor UiTM Perak, sila layari laman web UiTM Perak dan kemudiannya click 'UiTM Perak' dekat link bar atas tu yang warna jingga. Then click dekat 'Rector's Message'.
Dan akan terpampang lah wajah Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed.
Obviously beliau ambil engineering dulu. Just take a look at her name. Ade Ir. kan dekat pangkal tu. Hehe. Nak tahu profile beliau lebih-lebih, aku tak tahu. And 1 benda yang aku tahu, Prof Zainab ni kelantanese and her husband orang Perak. Start jadi rektor UiTM Perak in 2010 dan sambung lagi perkhidmatannya selepas 2 tahun (2012/this year). Maknanya, kau orang still akan ada rektor yang sama sampai 2014. Kalau sambung dan sambung lagi, aku pon tak tahu la sampai bila. Hehe
Itu je la yang aku tahu. Nak cakap lebih lebih pon tak boleh sebabnya UiTM Perak ni strict sikit. Once you post something bad bout it, then kau akan dipanggil menghadap.

Ehem. Maaf maaf.

Sunday, November 11, 2012

Teman

Muhammad Hilmi Mohd Nor

Kawan lelaki yang paling rapat dan memahami aku dalam UiTM Perak.



Weh... Sedihhhhh....
Kau tahu tak..... Kau lah satu satunya kawan lelaki aku dalam UiTM Perak ni yang...

Sanggup dengar masalah aku. Duduk dengar masalah aku sampai 2 jam. Bagi nasihat kat aku. 2 jam bukan sekejap nak dengar aku mengeluh dan bercerita. Tak semua orang sanggup.

Tak membalas bila aku sepak kau, tumbuk kau, cubit kau, dan macam macam lagi. Senang kata kau je yang paling sporting antara yang lain tu. Kau faham sikap aku yang agak kasar, yang degil, yang melawan.

Sanggup pinjamkan aku kurecolor sebatang RM9 tu sedangkan yang lain tu tak bagi kacau pon pen diorang tu.

Sanggup belikan ubat bila aku call cakap aku sakit even kau tengah busy buat kerja kau yang melambak lambak dekat studio.

Sanggup pergi belikan tiket bila aku buat gila nak balik Johor pada hari yang sama jugak even kau tengah penat gila.

Sanggup belikan barang yang aku perlukan sangat sangat. Kau je yang faham susahnya duduk dalam kampus untuk keluar dengan tak ada transport sendiri.

Banyak lagi kan yang kau sanggup buat tapi tak ada orang lain yang nak buat.


Ramai yang cakap kita bercinta kan. Hampir semua orang ingat kita bercinta. Tapi hakikatnya kita memang tak bercinta. Kita kawan. Kau kawan yang cukupppp memahami.
Bila dah penat sampai 3 semester orang cakap kita bercinta, sampai semester ke 4 kita layankan je apa orang cakap. Iya kan je apa spekulasi yang orang buat.

Kau tahu tak ada orang pernah cakap nak tengok kita bercinta sebab lidah kita sama sama pedas dan tajam. Lepas tu nak tengok tengah-tengah bercinta tu, bergaduh mulut. Hahaha kelakar kot sebabnya kita tak perlu nak bercinta, kita memang asyik berbalah je. Sindir menyindir, nganjing menganjing tu dah jadi biasa kan! Tapi kau la yang selalu kena sound setepek dengan aku. Kau jarang nak balas balik. Tu yang aku naik besar kepala asyik kenakan kau.


Kalau kau ingat balik, kau dengan Aizat la classmate lelaki yang aku mula mula bercakap. Kedai rahmath? Beli barang2 untuk first project? Ingat tak? Time tu aku dengan Aiza. Sebab tu kot kita jadi baik.
Aku ingat lagi kau yang teman aku pergi ambil kad matrik kat pejabat keselamatan masa part 3 padahal kau baru balik dari sana. On the way ke sana kau ada cakap pasal students lain yang keluaran maahad tapi still gonjol macam kita ni la. Hahaha ustaz and ustazah yang tak menjadi.


Hahaha kau amek port belakang sekali memang tak nampak pape la. Rambut kau je yang nampak!


Sungguh aku memang sedih dapat tahu kau tak dapat melangkah ke semester 5 sama sama dengan kita orang. Kau terpaksa mengulang semester 4 semester depan. Sedih gila gila kau tahu tak. Yang lain gagal studio tu aku tak fikir pon, aku fikir pasal kau sorang je. Mana aku nak cari kawan lelaki yang baik macam kau lagi?


Sorry tau banyak kali merajuk siap touching touching tak nak bertegur sapa dengan kau langsung. Seminggu dua sebelum raya haritu aku buat dunno je dengan kau. Sampai ramai tegur aku sebab tak bercakap langsung dengan kau. Mana kau ada, aku takkan datang. Aku asyik mengelak je dari kau. Siap jeling jeling bagai. Tapi kau ni baik sangat, raya ke 2 dah text aku minta maaf bagai. Ikutkan hati tak nak reply tahu! Hahaha


Kita plan nak masuk kelas sama kan semester 6 nanti. Kita plan nak berebut kelas dapatkan studio master yang okay. Sedih weh sedih plan kita musnah macam tu je.


Banyak sangat kenangan kan sepanjang 4 semester ni. Aku selalu cakap aku kenal sangat dengan perangai kau sebab bukan baru kita kenal, dah 2 tahun. Aku tipu je tu. Mana la aku boleh faham perangai orang dalam masa 2 tahun. Saje aku taknak kalah dengan kau. Haha.


Dah la dah cukup sedih dah ni. Huhuhu


Tapi ingat tau....

Jangan nakal nakal lagi. Jangan asyik cuci mata tengok awek lalu kat depan Annex 2 tu, junior junior lalu kat kerusi tangga atas tu. Lagha malah memang melalaikan. Kau masa semester 1 and 2 baik sangat tau. Semester 3 start jadi nakal. Aku rasa macam tak elok korang buat macam tu. Memang la aku boleh gelak gelak je melayan, tapi serius tak berapa baik buat macam tu. Kawan kawan kau yang lain tu tak makan saman pon kalau aku sound. Haha

And yang paling penting,

Jangan lupakan aku bila dah berkawan baik dengan students semester 4 semester depan. Jangan lupakan kitorg semua tau.

Doakan aku praktikal dengan jayanya bermula 26 November 2012 ni. Nanti kau nak apply praktikal lagi apply tempat yang sesuai tau. Jangan susahkan diri kena cari rumah sewa bagai.

Btw, kita kan asal dari AP111 1C Disember 2010 even ramai terpisah masuk semester 3 and 4 ni. Maka dengan itu diharamkan melupakan sesama sendiri! Hihhihi



Gambar paling latest yang kau sanggup la nak amek walaupun kau tahu banyak spekulasi akan timbul. Hahaha



AH SEDIH SEDIHHHHH. TAKNAK LA LAYAN PERASAAN! NAK TIDUR! BYE!

Saturday, November 10, 2012

Result Semester 4

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi result saya walaupun tak dekan tapi meningkat berbanding semester semester sebelum ni. CGPA yang jatuh ke bawah 3 semester lepas meningkat naik ke 3.03. Atas pagar bukan? Tapi saya bersyukur sangat-sangat, Insya-Allah selamat lagi untuk saya sambung degree dalam jurusan yang sama.
Amboih kemain ayat aku skema mamai kan.


Semalam aku takut sangat tunggu result aku. UiTM hantar result ke email start jam 12.00 malam berperingkat peringkat. Siapa yang luck baik dapat tepat jam 12.01 malam. Macam aku ni, selalunya dalam pukul 3 atau 4 pagi baru sampai. Tapi semester ni pukul 2 lebih pagi. Tangan aku memang menggigil dari jam 12.00 tengah malam la. Sejuk gila aku rasa badan aku!

Sebabnya? Aku tak confident akan dapat atas 3 semula. Ya la, semester lepas memang jatuh bawah 3 bergolek golek terus! Memang tarik CGPA gila gila! And then semester ni boleh dikira subjek semua susah susah belaka. Almaklumlah, semua subjek perlukan minda yang kuat untuk menghafal sedangkan aku memang terkenal dengan kelembapan untuk mengingati sesuatu benda.

Senang cerita, first paper aku memang jatuh hari pertama peperiksaan bermula; 1 Oktober 2012. Berderet sampai 3 paper; 1, 2 dan 3 November. Waktu yang sama, tempat yang sama cuma hari dan kertas berbeza.  Yang menyedihkan, projek terakhir studio aku kena siapkan dan presentation jatuh pada hari ke-6 study week. Frust sangat sebab study week kena buat kerja studio. Dan projeknya adalah projek 'Rekreasi' yang perlu dicolour manually bukan guna AutoCad macam projek lain. tertido tido atas pelan A1 ni aku setiap malam. Nasib baik bukan jenis keluar air liur basi. Hehehe



Khamis malam Jumaat tu pula aku bertungkus lumus siapkan Final Study I yang perlu diperbetulkan sebab kena submit hari Jumaat keesokan harinya sebelum pukul 12.30 tengahari. Final Study teramat perlu diperbetulkan sampai lecturer puas hati atau sampai hari nak balik rumah! Yang aku tak puas hati 5 kali aku dah redo, aku dapat B- je untuk Final Study I ni. Hahaha. Encik mesti bosan kan tengok muka saya je tunggu encik depan pintu?
Dengan itu, konklusi yang boleh dibuat; aku hanya ada Sabtu dan Ahad je untuk study memandangkan hari Isnin dah start paper pertama. Memang aku pulun membaca paper pertama je tak sentuh langsung subjek paper ke-2 dan ke-3. Tu pon banyak tidur sebab aku memang tak cukup tidur siapkan projek studio -.-


Hari pertama kertas Entrepreneurship selama 3 jam. ETR/ENT ni memang aku tak suka sebab berkenaan dengan bisnes yang wajib semua students UiTM ambil untuk 1 semester. Jam kredit besar pulak tu sampai 3! Akuselalu cakap "aku ambil town planning buat apa nak belajar business!".
Setiap minggu kena hantar kerja 'business plan', lagi la aku serabut. Dengan studio projects yang berderet lagi. Aku punya nakal, semua kelas ETR ni aku pasang earphone dari awal sampai habis kelas. Nak nakal sikit lagi, aku membuta. Nasib baik kelas ETR aku dekat hujung bangunan, kalau tak memang aku on Facebook la memanjang. Dan nasib baik Twitter memang dah kena block dengan UiTM Perak.
Nak dipendekkan cerita, aku ni jadi tukang taip balik hampir kesemua business plan yang nak dihantar dan aku lah yang tukang edit final business plan. Makna kata, dalam pada separuh hati je rela ambil subjek tu, aku faham la berkenaan subjek ni sebab business plan merangkumi semua.
Hari peperiksaan tu, sejujurnya aku keluar awal. Sejam je aku duduk dalam Dewan Seri Iskandar. Satu dewan pandang aku sebab paper 3 jam aku keluar awal sangat. Pengawas peperiksaan pon macam tak nak bagi aku keluar.Harapan aku time tu biar paper ni aku lulus cukup makan sebab aku tak suka subjek ni. Now, aku bersyukur sangat sangat, i got an A for this paper!
Memang aku merungut kena menaip business plan even tu kerja grouping, kena jumpa lecturer berbincang apa yang perlu diperbetulkan semula waktu malam dengan kolej aku kolej paling jauh dengan fakulti tu. Tapi sekarang ni aku bersyukur sangat kau orang bagi aku kerja tu. Sebab kerja tu la aku boleh jawab soalan soalan semua. :') Memang terselit hikmahnya kan bagi semua benda yang kita buat.

Second paper aku, Social Studies. Yang ini payah sikit sebab kena hafal nama insan yang keluarkan definisi definisi tertentu. Dengan hanya ada 1 malam je nak baca nota, aku memang pasrah je la. Hahaha pasrahhhh. Yang ini aku dapat B-. Tapi aku bersyukur sangat sangat! Ini pula mungkin berkat usaha aku menyalin kesemua nota yang lecturer bagi. Nota bukan dari slide tapi dari kertas transparent yang dipancarkan tu. Ala cara lama tu. Tak tahu la namanya. Kalau tak salin, tak ada la nota senang kata. Sampaikan kawan kawan photostat buku nota aku tu. Terharuuuu. Hahaha poyo jela aku ni. Second paper ni aku duduk dalam 1 jam 15 minit dari 2 jam. Ya aku keluar awal lagi.

Ok aku dah penat nak cerita satu-satu paper. Apa yang aku boleh cakap, aku keluar awal untuk SEMUA paper sampaikan ramai yang pandang sinis je dekat aku and ramai yang mengata di belakang aku. Yang mengolok-olokkan aku pon ada. Dia orang tak perasan yang aku memerhati je walaupun aku buat muka keras aku. Ya la, aku ni bukan yang jenis pandai and i admit that aku memang lambat pickup. Dia orang rasa aku ni nak berlagak lebih, sebab tu aku keluar awal. Yeah, soooo narrow minded! Yang sebenarnya aku punya tabiat, aku takkan baca jawapan aku untuk kali ke-2! Aku fobia sebenarnya. Semester 1 dulu aku tukar-tukar jawapan sampaikan bila aku check kat bilik, the previous answer = the right one. Sejak tu memang aku akan keluar terus lepas aku habis jawab semua soalan. Takkan tengok langsung jawapan aku semula!

Dari semester 2 yang aku akan/wajib keluar awal ramai yang mempersoalkan jugak bila aku lulus semua subjek even cukup makan tapi yang lain ramai sangkut paper. Aku memang tak puas hati sangat sangat sebab aku ni nampak bodoh sangat ke sampai nak dipersoalkan result aku? Aku dapat cukup makan je, bukan score A+ pon. -.-
Aku harap jangan la buat orang lain macam ni sebab kau nak tahu apa perasaannya? Perasaannya senang je, kau akan rasa bila kau pula yang kena.





Dan kepada kamu berdua, even kita bergaduh sakan berperang dingin, aku just nak ucapkan terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku dan pernah menjadi sahabat terbaik aku. Walaupun kita dah jadi musuh sekarang, aku tetap nak ucapkan terima kasih jugak sebab 2 semester kau orang rapat dengan aku dan menjadi pendengar masalah aku. Aku dah tak kisah kalau kau orang nak pecah rahsia aku sebab aku masih berpegang pada kata-kata hidup mesti diteruskan walaupun semuanya berubah. =)

Sunday, August 19, 2012

Laksa Johor

Assalamualaikum wbt


First day Aidilfitri ni dah panjang kaki ke rumah babysitter yang menjaga kami adik beradik since baby bila mak pergi kerja. Hehehe. Aku panggil biological mommy aku Mak and aku panggil mak angkat aku pon Mak. Oh, and Arwah Mak Lang belah ayah pon Mak. K banyak sungguh Mak kan.

Whatever it is, thanks Mak! Dari puasa di Perak nak makan benda ni akhirnya dapat jugak! Bukan berisi ye, saya masih single dan mingle. Tak mungkin berisi! Hehehe. Dah lama sangat tak makan Laksa Johor, dekat Utara jumpa Laksa Penang and Laksam je. Haih.

Jangan pelik kenapa Laksa Johor aku kosong bangat. Sebabnya, aku tak berapa gemar dengan bawang taugeh dan segala macam tu. Hehehe. Pelik tapi benar.

Gambar syok sendiri dekat rumah babysitter aku;

My raya outfit untuk hari raya pertama? Hahaha. Yes, aku bukan ikut trend semasa pakai peplum dress segala. Saya gemuk, tak sesuai pakai baju tu semua. Baju kurung je yang sesuai.

Makeup yang tak menjadi. Hahaha. Dah lama tak makeup untuk apa apa majlis, memang tak reti dah. Nampak mata sebelah sepet. T_T


Apa-apa pun,
SELAMAT HARI RAYA, hari PERTAMA!
(^_^Y)

Selamat Hari Raya!!!


Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin andai ada segalanya yang dilakukan mencuit hati anda sama ada baik ataupun tidak.
Harap dimaafi semuanya.

Bukan Aidilfitri sahaja masa untuk bermaafan tapi setiap hari.
Oleh itu, Maaf untuk sepanjang hayatku.

Zalora penipu?

Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh dengan isu Zalora penipu whatsoever kan?
Barang sampai lambat, barang salah, barang tiba tiba out of stock then refund dalam bentuk voucher and etc.

Hurm aku cuma boleh cakap.;
2 kali aku beli dengan Zalora, okay je aku rasa. Barang sampai tak lah lambat sangat and barang sampai betul. Maybe sebab aku baru 2 kali beli dengan Zalora. Tak tahu la kalau orang lain dah 10 kali beli tiba tiba ada masalah. Aku pon tak boleh lah nak kata sampai 10 kali aku beli pon tak ada masalah nanti. Kita tak tahu apa future kita. *Eh apa kena mengena ni?


First time beli kasut raya aku. Beli 31/07/2012 pukul 1:46 pm.

Tak boleh tunjuk nama wedges tu. Basi kasut raya aku *poyo*

Tapi tapi tapi........

The best part is, keesokan harinya sampai dekat pejabat kolej!


And the worst part is, makcik makcik pejabat kolej kepoh giler. Haih.
Sampai nak tahu barang apa yang aku beli, harga berapa, blablabla. Kinda annoying right?

Kali ke-2 aku beli bukan untuk diri sendiri tapi untuk junior aku.
Dia minta tolong belikan kasut sebab dia tak reti nak deal dengan benda benda ni semua?
Dia beli kasut juga tapi bukan untuk raya tapi untuk balik rumah cuti raya.
Pelik kan? Haha. Comel kot.

Kali ini sampai lambat sikit kasutnya. Order Ahad malam, Rabu petang baru sampai Kolej.
Tapi........
Bila tengok tarikh memang patut pon lambat.
Aku orderkan on 05/08/2010 bersamaan hari Ahad pada pukul 10:03 malam.
Untuk pengetahuan, 06/08/2012 tu hari Nuzul Al-Quran.
Perak, Selangor, Kelantan etc. semua cuti.
Aku tak pasti la Zalora ni cuti atau tak on that day.
Aku assume cuti je la sebab Zalora kan dalam kawasan Selangor. Hahaha. K tak kelakar.
*Maaf tak ada gambar kotak sampai sebab bukan aku punya barang*

Semalam aku order lagi satu barang. Tapi malangnya Zalora dah cuti. Barang tu hanya akan di proceed lepas raya. 22 Ogos baru Zalora mula beroperasi semula. Huhuhuhu sedih ni. Tapi ni bukan barang aku juga, ni barang akak aku! Hehe
Kita tunggu dan lihat je la bila barangnya akan sampai!

Kenapa aku dapat diskaun RM100?
Hmm Zalora ni banyak buat contest and hadiahnya of course la voucher kan.
Tapi yang aku dapat ni from The Star twitter. The Rage punya section buat contest jawab soalan paling cepat. Lawak bila ingat balik sebab aku main jawab je, memang xsangka la dapat kan. Hahaha Alhamdulillah.


Few days ago pihak Zalora ada hantar email mintak maaf kalau ada masalah dengan perkhidmatan dia orang. As we can see or I am the only one who realised these; Zalora tengah tak cukup kaki tangan sebab dia naik tiba tiba? And lumrah la, tak semua benda kita boleh buat jadi perfect. Lagi lagi beli barang online ni, memang takkan la semua benda betul kan? We're human bukan machine or robot. Hehe

Thursday, May 31, 2012

Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum.

Last semester semasa dalam minggu minggu pperiksaan, aku ada la ikut kawan kawan aku ke
KL --> Bukit Tinggi, Pahang --> Mid Valley --> I-City, Shah Alam --> Port Dickson --> KL --> Perak.
Yes, semasa minggu peperiksaan. Gonjol tak gonjol la kan perangai aku ni.
Tapi kita orang pergi for 2 days sahaja. Sewa kereta la of course, kami ini masih student diploma yang duduk dalam kolej, tak dibenarkan bawa kereta ke kampus.
Untuk entry ni cerita pasal Bukit Tinggi je la. But sorry la kalau salah sebab dah lama sangat. 2 bulan lepas.

Kali ini, pagi around 8 a.m. kita orang dah ambil myvi (kereta sewa) tu.
And of course macam biasa, ambil kereta tu semestinya minyak tengah berkelip kelip.
So, pergi la isi minyak dan keluarkan money money money from the bank.

ni la 2 makhluk Tuhan yang duduk bahagian belakang. Awal pagi dah syok sendiri. Hahaha

Then, terus shoot ke Bukit Tingi.
Ikut jalan yang keluar tol Rawang then lalu UIAM Gombak tu and terus keluar highway menghala ke Pahang. Bukit Tinggi ni after Genting lagi. Kiranya lalu Genting la.
Nak cari Bukit Tinggi ni tak macam Genting. Maybe sebab Genting famous la kan.
Signboard bukan tulis 'Bukit Tinggi' pon. Ahhh I don't really remember the sign board.
Tapi nama tempat popular kat sini nama Colmar Tropicale? IDK. Cis.

Dah sampai atas ni nanti ada ala ala tol tengah jalan nak masuk ke kawasan Colmar Tropicale ni.
Tak berapa ingat la how much nak masuk. But surely not under RM10.

Tempat ni sesuai nak pergi buat photoshoot ke honeymoon ke. Kalau nak berjimba macam kita orang, sincerely i said tak payah la. Buang duit je. Hehehe. Dalam kawasan ni ada tempat yang biasa orang photoshoot tu, Japanese Tea House and Botanical Garden. Besar la jugak area dia. But barang kat sini boleh tahan mahal. 1 keychain RM8 i think.


Tempat pertama yang kita orang tuju of course tempat shoot shoot tu. LOL IDK whats the name of that place.


cantik kan swan?? Sejujurnya, ni la kali pertama aku tengok swan. Aku tak suka pergi zoo and so on (swan ada dalam zoo ke?) jadi memang jakun la kan. Hehe

The right picture, 4 gadis pingitan camwhore bersama 2 ekor swan hitam. Aiza, Wawa, Cepi dan Seha. Nak masuk line? 1 je yang available ye. Tapi kalau termasuk aku, 2 la. Hahaha. Oh btw, bawa la roti kalau nak bermanja mesra dengan swans ya.

After semua perasan cun dengan swans, jalan jalan la pusing area tu. Oh that is me with the green (?) colour dress. Ignore kegemukan aku dan kehitaman aku please. Hehe

 
Jalan depan sikit, jumpa tangga ni pula. Tengok tengok!! Photogedik!! Hahaha
Oh dan ignore keburukan gambar. Tangan kekok pegang D90 orang lain. (Actually kalau bagi D40 pon aku tak reti guna DSLR langsung. Hehe)


Naik tangga tu, jumpa la kawasan ini!

Naik tangga belah kanan, jumpa la kuda ni pula. Ahaks (ala ala Maria Elena). Jangan pelik la semua gambar tak cantik, dah nama pon tangan keras aku yang captured.

Depan sikit lagi belah kanan, jumpa la ini! Cantik kan!


Keluar dari kawasan ni, lalu bawah kolong dekat belakang gambar sebelum tu jumpa la tempat ni. Nampak sangat kita orang salah masuk kan! Ini lah bahagian depan kawasan ni a.k.a the entrance. Hahaha

Jom buat ala ala shoot perasan cantik semua! Ahaha



Dah cukup asyik perasan cantik, masuk balik ke dalam menghala ke arah 'sebelah sana' pula.
Actually tempat ni cantik kalau malam sebab lampu lampu kuning ada. Hehe


okay serius aku dah penat menaip. yang penting, lepas habis je jalan dalam ni kita orang pergi japanese village dia. Aku akan usahakan buat 1 entry (kalau rajin) yang ada gambar gambar dekat japanese village dia tu. Hehe

Till then, have a great day. Assalamualaikum.






Saturday, May 26, 2012

Upgrading Ice Cream Sandwich for Malaysians' Galaxy Note users

Assalamualaikum..


I got this information from www.theorissa.com


Its about how to update your Samsung Galaxy Note from Gingerbread to Ice Cream Sandwich.


1. Connect your Galaxy Note with your PC that you have installed Samsung Kies using the USB cable.
2. Go to the Tools and click on the Firmware upgrade settings.
3. The Latest firmware auto download settings will pop out. Click OK.
4. You will see the Caution part. The most important thing is, Please fully recharge your Note battery before upgrading. Well, I can't upgrade it the first time I try because my Note don't have full battery. The other things you can do the time you read it. After you have done following the 'rules' hehe, then just click for the I have read blablabla. And click Start Upgrade.
5. The Notice will pop out. "This update will install the Android "Ice Cream Sandwich" Operating System to your device. And so on. Then of course click the Next button.
6. The downloading part will start.
7. Yeay you are upgraded with Ice Cream Sadwich!!!




Okay, thank you. Weeee happy happy happy now!!! Have waited for ICS for a long time. Hushhh

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Macam yang kita semua tahu,
Hari ini merupakan Hari Guru yang dimana confirm sangat waktu aku sekolah dulu, pelajar sekolah berebut rebut bagi hadiah pada guru mereka (selalunya guru kelas dan favourite teacher). Pelajar sekolah rendah memang semangat betul bagi hadiah tapi pelajar sekolah menengah sekerat je cari dan bagi hadiah kan. Haha ni ikut pengalaman tau sebab dulu aku pon tak bagi hadiah Hari Guru bila dah naik sekolah menengah. Well, bukan saja saja tapi I don't really know apa yang sesuai nak bagi dulu bila umyr dah jejak belasan tahun. Takkan nak bagi benda yang sama macam masa sekolah rendah, kononnya malu la kot time tu. So ikut jalan mudah, buat dunno je. Kejam gila aku ni kan.

Tapi bila diingatkan balik kelakar juga la aku rasa. Well hadiah time sekolah rendah dulu, aku mesti bagi bunga ros plastik, tak pun frame, tak pun mug. Nak best lagi bagi pen. Save budget sungguh zaman kanak kanak.
Tapi paling aku tak boleh lupa, masa darjah 6 dulu aku paksa mak aku belikan hadiah untuk guru kelas aku, seorang ustaz. Disebabkan mak aku busy kerja, so memang tak sempat la dia nak pergi kedai 2 hinggit yang selalu diterjah hampir semua orang bila Hari Guru tiba. In the end, mak aku bagi je tie ayah aku yang belum guna. Kesian pulak dengan ayah aku yang jadi mangsa kan. Nasib baik la tie dia berlambak. So aku jadi macam 'ada aku kisah. Janji ada hadiah macamnorang lain'. Selfish sebenarnya students ni sebenarnya sebab tak fikirkan parent time tu. (Eh ntah ntah aku sorang je yang buat macam tu).

Ish kalau nak ingat memori Hari guru aku berlambak sangat. So tak nak terpesong niat nak ucap Hari Guru jadi Memori Hari Guru pulak.


So aku nak ucapkan
"Selamat Hari Guru" buat guru guru yang telah banyak bersusah payah mengajar aku dari kecik sampai sekarang. Sabar dengan kelembapan dan kelambatan aku. Sabar dengan perangai lepas laku aku, mulut laser aku dan semuanya la.
Dari Ibubapa yang banyak mendidik dan mengajar dari aku ni sebesar tapak tangan, babysitter yang juga mendidik dan menjaga aku dari usia lepasan pantang ibu, guru guru Taski Al-Fikrah, guru guru Sri Kamariah Kindergarten, guru guru Sek Keb Sri Tebrau, asatizah Sek Agama Puan Hajah Rahmah, guru guru di Tuisyen Cikgu Azah, ustaz ustazah Sek Ren Islam At-Tahfiz Pasir Gudang, ustaz ustazah Sek Men Islam At-Tahfiz Pasir Gudang, guru guru Pusat Tuisyen Omega dan tak lupa juga buat pensyarah pensyarah UiTM Perak. Thanks for everything that all of you have done and what you will do. Hope that all the things you thought me can bring me to a successfull life InsyaAllah.


Buat my eldest biological sister, Happy Teachers' Day buat Along jugak. Jangan putus asa dengan students yang makin lama makin tak ada adab dan terlalu angkuh (tak ditujukan buat sesiapa but its a true story). Jangan hilang semangat nak curahkan segala ilmu dengan kata cacian mereka serta umpat keji guru guru lain.

Buat pelajar pelajar sekolah pula, jangan la kurang ajar dengan guru sangat. Aku menyesal dulu aku buat juga perangai ntah apa apa kat sekolah. Like seriously, you shouldn't do that. Time buat memang bangga tapi bila dah habis sekolah dan nak masuk alam dewasa, kau akan menyesal sangat. Guru kat sekolah memang sangat ambil berat alan pelajarnya tapi bila masuk Universiti, they dont feedspoon you jadi mereka hanya ambil tahu sedikit sedikit sahaja. Dengan keadaan pelajar yang ramai juga kadangkala buat pensyarah tidak kenal kamu sampai habis semester. Jadi, bertahan la dengan guru srkolah sampai habis Tingkatan 5! (haha apa punya nasihat aku bagi ni)


Whatever it is, Selamat Hari Guru buat semua guru guru dan pensyarah pensyarah, dalam erti kata lain semua pendidik di Malaysia ini (Hari Guru negara lain, tarikh lain. Hehe). Ilmu yang anda semua curahkan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

Tuesday, May 8, 2012

Kuala Sepetang

Assalamualaikum.

Entry ni seperti yang dah dijanjikan sebelum ini, berkenaan lepas balik dari Bukit Merah Laketown Resort's Waterpark then shoot ke Kuala Sepetang pula.
Kalau kau orang gila makan, then you will surely know what we're doing there.
Yes, kami pergi mencari gerai Mee Udang yang popular tu. Haha
What i can say is just; Memang sedap banget!!!
Nak terangkan macam mana nak pergi pon aku tak boleh buat sebab bukan aku yang drive. Hehe
Hanya gambar yang boleh menunjukkan betapa mee udang kat situ menyelerakan LOL


 This is the Mee Udang Special. Besar gila woi udang dia! Hahaha

Ieda 

Tudung terbaikk! Hahaha thanks kipas. And obvious kan colour kulit berbeza beza?

Hahaha i think this is the best picture evah! Kebuluq nampak??

Aku memang syorkan pergi la kalau dekat dengan Taiping semua.
Udang memang fresh and memang sedap Mee Udang dia.

Really really short entry. Hello and Bye. Teheee

Monday, May 7, 2012

Bukit Merah Laketown Resort's Waterpark

Assalamualaikum.


Last semester is the best semester compare to the other 2 semester.
Semester lepas banyak berjalan sampaikan di akhir akhir semester tu duit sesak.
Padan la muka aku kan. Aku ni sebenarnya ada masalah 'kalau orang ajak berjalan, laju je setuju'.

Semester lepas aku dah jejak Bukit Merah Laketown Resort.
Tak pergi Pulau Orang Utan pon, just masuk water park dia. Tak berani ohoi nak naik bot yang disediakan ke pulau tu. Tak pernah pernah buat, mahunya jatuh tenggelam tak menangis aku? (Fikir negatif memanjang)
Bertolak dari UiTM Perak pukul 9 pagi naik kereta sewa of course, hehe. Janjinya nak pergi ber-4 tapi di saat saat akhir seorang tarik diri. Sedih sedih.
Sampai sana around 10 lebih but the waterpark is opening at 12 noon.
Ni padan muka kita orang la sebab tak check betul betul.
Kita orang pergi masa study week hari biasa maknanya buka memang lewat. 
Tapi adalah rasa macam kura kura tercangak sahaja depan tu sejam lebih. Hehe

Gambar gambar di bawah penuh dengan gambar kawan aku yang lagi 2 orang tu. Aku kurang sebab serabai gila. Muka berbelang belang, almaklumlah bermandi sakan pakai cermin mata tapi balik pakai lens

The tickets

Muka tahan sabar sejam setengah menunggu. Haha

Jeti ke Pulau Orang Utan. Tak pergi pon, plesing je lebih. Hehe
*Keserabaian aku jelas disitu. Bangun lewat, kelam kabut serabai mabai je keluar.

Nothing happened to me cuma selekeh je baju tudung tak bergosok. Bhahaha

 
Iedai / Amy dekat pintu utama nak masuk? Errr I don't know how to explain. -.-"

Panoramic view in the theme park area. Nampak banyak tempat berehat kan.

Ni tempat berehat tu. Eh salah ni Ieda di tempat berehat tu (pondok?)

 Ieda berposing sakan dalam ni. Haha

Kiri; Kawasan kolam yang panjang panjang tu. Kanan; Belakang tu game Water Speed Slides. KOT
Tak tahu sebab ada game kami tak dapat main disebabkan pakai t-shirt. Erk

Game belakang Ieda ni la yang aku rasa macam nak tercabut jantung! Orang lain menjerit aku terkaku kot main. Seram sangat!


Watch this video. Hehe

 It's already 2/3 p.m. Time to go back.

Actually nak pergi Kuala Sepetang punya pasal and the waterpark boleh dikatakan boring?

Buat apa pergi Kuala Sepetang? I will make a new entry for that. A short entry with about 4/5 picutes only. Hehe

 Toddles~