Assalamualaikum
on the way balik dari Melaka - Johor Bahru semalam, eh semalam punya semalam la kan sebab sekarang ni dah 22/10/2011. kita orang jumpe 1 benda yang buat aku jakun gila!
okay masa berhenti dekat R&R Machap, my mom park sebelah sebuah kereta yang super duper awesome tak tahu la nak cakap klasik ke apa. memang macam terrrrkeduuuuuuuu sekejap la tengok. well aku ni kan memang bila jumpa satu benda yang pelik macam orang baru dilahirkan.
ni ghupe kereta tu.
cantik kan?! eh cantik ke? nombor plat kereta ni nombor London tau. aku tak keluar pon dari kereta sebab tu aku tak ambil gambar no plat dia. hehe.
ni yang paling akak aku suka. apa yang 'ni'? tengok atas kereta dia! omg. memang cantik! and again, cantik?
aku rasa semua tempat yang owner/driver kereta ni pergi, mesti dia akan cari sticker negara tu sebab aku nampak la ada sticker Thailand blablabla banyak gila.
and seperti yang dijangkakan la kan, tuan empunya kereta ni mat saleh! 2 orang.. pergh memang handsome tahap meleleh la kan tengok. yang seorang tu dah la handsome, tough pulak tu. yang sorang lagi handsome tapi cekeding. hahaha. ok mood gatal masa tengok!
ada 3 Indian yang agak putih (note : aku bukan racist), minta tengok kereta dia orang and bergambar dengan kereta and dengan mat saleh tu sekali.
akak aku jahat! dia kata mesti 3 orang tu balik, edit sikit sikit gambar latar belakang kabus kabus then upload kat Facebook, letak caption "I went to London last week".
Aku and akak aku mesti la tak menyebok nak minta ambil gambar dengan dia orang. malu la! haha
Tapi pelik, both of the English man selamba je tinggalkan laptop and barang berharga dia orang dalam kereta tu. Ini Malaysia, bukan England, sini selalu buat program anti-dadah. (tahu sebab masa dia tunjuk kereta dekat those 3 Indian, dia alih-alihkan barang dia dalam kereta tu and aku ternampak la kan barang barang dia. okay okay aku kepoh.)
p/s: BUKAN kereta aku. (of course la kan!)
Okay, sekian sahaja entry ini setakat nak tunjuk kereta tu and kejakunan yang melanda diri. buhbye. Salam
No comments:
Post a Comment