hari isnin lepas kan aku pergi Pesta Konvo UTM Skudai. aku bangun pukul 1.30 pm ++ hari itu. dekat sana hujan, air naik sampai ke buku lali. atas tar kan . means, jalan dia tak lah sama rata. sebab tu bertakung air air hujan tu. eh bertakung ke ape ntah nama. kitorg redah jek la kan. setakat kat buku lali je pon.. bukan kat betis.
tapi aku tak tahu la kenapa, jeans tu basah sampai ke paras suku betis. makin lama macam makin tinggi jek bahagian basahnya. air yang bertakung tu masih paras sama. kat sana lama pulak tu. hampir 2 jam. naik kecut kaki (peh. aku bab bab bahasa memang teruk)
disebabkan bende yang terjadi kat atas ni, aku tak boleh tidur sepanjang malam tu. sengal sengal jek kaki aku. dalam pukul 5.30+ pagi baru aku tertidur. tapi dalam 15minit+, adik aku da kejut. sebab aku ada temujanji hari selasa (semalam) dengan Zalina.
pukul 8 pagi tu aku da tercongok depan rumah dia. gila pagi. orang baru nak pergi kerja, aku da pergi rumah orang. bercerita cerita dulu. perempuan la katakan. heh.
oh ya! Good Luck interview JPA nanti! kalau ko dapat gi UK, mesti aku rindu kat kau. weksss! haha
dalam kol 9.30 pagi, naik bas nak pergi Tebrau City. bas tu memang menaikkan suhu kemarahan gila! slambe jek pusing semula sebab nak tambah penumpang pastu bawak 20km/j aku rasa! ntah pukul berapa, baru sampai TC.
lepas jumpa Eza, pergi pejabat pos kat dalam TC tu. diorang nak wat wang pos ke hape jadah ntah untuk LCCI. ni la kot namanye. wang pos rm5 dah habis ye semua. dah siap, pergi sekolah diorang pulak.
ok. bab ni, tak bole blah! Zalina, aku salahkan kau! lol
pukul 11.00pagi jalan kaki dari TC ke SMKAJB tu. pergh. ko ingat ni kat UK ke? memang sejukkkkkkk habis laaaa. berpeluh peluh macam balik joging hilang sume makeup aku. da la aku paling tak suke touchup. area perumahan situ da la banyak hanjing. kereta berderet deret macam da takde jalan lain kat johor ni. pastu yang benda paling Zalina suka, org bawak lori dok ngorat dye. ahahaha. kau tak suka pon aku akan cakap suka sebab kau yang buat kitorg jalan kaki.
1/2 jam jalan kaki dari TC gi SMKAJB tu. sampai sampai terus gi makmal komputer sekolah tu. sebab cikgu akaun diorang kat dalam tu la nasib baik makmal komputer dye sejuk! eh bukan sejuk pon makmal tu. bilik kat hujung tu yang sejuk. haha
tunggu diorang isi borang lcci ke ape jadah ntah (Sorry, aku bukan budak akaun. tak tahu apa apa) then dorang dok borak ngan cikgu tu lagi. eh rasa serius nak tido jek dalam bilik tu dengan sejuk gila.
lepas tu. lepas tu.
dalam kol 12.10 gerak nak pergi TC semula. nak tengok wayang.
ni lagi tak bole blah! dengan matahari tengah terpacak, boleh pulak nak jalan kaki lagi. memang aku kene buli hari ni! hahaha, 20 menet jek kot da sampai. tapi rasa macam 20jam. haha. ni tipu
tengok wayang citer daybreakers. cerita ni macam harem!! gile terkejut terkejut sial. pastu kejam gile cite. cabut kepala la, ape la. ei. aku da la memang tak suka citer gini.
balik uma kol 5.30. kol 8.30 tido sampai kol 11.30
tapi kannnnnnnnnnnn.. tak best laa keluar ni. lupa nak amek gamba.
sebabnya? penat sangat kot jalan kaki sampai lupa. hahahaha
oh by the way,
Nur Syazana binte Daik,
Happy 8Teen Birthday!
Nur Syazana Daik
ignore muka gua bole tak??????
1 comment:
ok, fes aku memahami. second nak tumpang glamour
sbb pecah rekod x tido selama tempoh itu!
weyh, 15 minit tu tetap x kira r.
ape la sgt dgn 15minit tuu
wat tambah energy pun xleh tau.
wat hilangkan ngantuk lg x berkesan
eh so skrg ni ko da tido berapa jam?
jgn wat lg tau! aku risau ko tahu
nnt ko kena insomnia baru ko tahu.
baru nak cari pil tido segala
tp aku rasa ko takyah perlukan pil tido.
ko kan da puas tido selama ni. kuikui
ok, aku lupa nak cite kat ko.
haha, xpna ckp kat sesape pun lg
ok, aku gagal utk dpt kan tajaan mara. kuang asam
ntah r, mmg sakit ati btol. ye r, result aku x gempak pown
n myb ayah aku cina, tu psl dulu apply mrsm xdpt
eh ko ada kwn nama eza ek? mcm kenal jek. err
tp nama dy eza jek ke? igt kan ada huruf t kat blkg. wakakaka
tahu takpe. kalo nak kuakan mekap semata-mata nak touch up
x mcm seguni brg2 nak kuakan. takkan time tgh berjalan tu nak mekap kot. bengang r beb
eh aku tahu. LCCI. dy ada pangkat2 dy. adah yg cite
eh aku pg td dok baca novel kat kiosk time takde org
mengantuk gila! siap tido 15minit kat AD jeans. slambe jek
Post a Comment