Monday, March 23, 2015

Braces / Pendakap Gigi di Pasir Gudang, Johor

Dah lebih setahun aku pakai braces, makanya mungkin banyak dah berubah dengan klinik pergigian tu. Bayaran pertama, jangka masa nak pakai, bayaran everytime appointment (once every 6 weeks), etc. asemua mungkin dah lain. Patientnya sangat ramai sekarang. Dulu I can go there without setting any appointment tapi sekarang jangan mimpi nak tukar band or whatsoever berkenaan braces (yang perlukan more than 30 minutes) kalau tak buat appointment.

----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum!
Its been more than a year aku post entry dalam blog ni.
Masuk degree, kehidupan lagi mencabar. hectic life i can say.
Sekarang ni tengah praktikal berdekatan dengan rumah, maka ada la sedikit masa nak taip taip ni.

Latest pasal kehidupan aku, aku pakai braces last 2 weeks.
Dekat sebuah klinik swasta terletak di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
Quite cheap kalau nak dibandingkan dengan klinik lain dalam kawasan Johor Bahru. RM4,000 all in except for molding (RM 50) and x-ray yang kena buat dekat luar sebab klinik ni baru je buka. Oh ye dan jika bracket anda tercabut selepas 2 bulan pemasangan, perlu bayar RM25 per bracket.

Sebenarnya, sebagai student UiTM yang ada kelebihan untuk dapat harga diskaun pemasangan braces di UiTM, aku pernah je pergi checkup segala bagai dekat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam tu. Half price kan untuk UiTM's students. Berderet-deret jugak la student yang pasang braces. First checkup aku cakap dengan doktor gigi tu nak buat braces tapi dia insist aku buat retainer je, katanya dah cukup untuk aku tu sebab gigi aku tak teruk. Aku pon gigih la pergi cari student dentistry semester 4 untuk buat retainer tu. Berbulan aku turun naik fakulti tu tapi end up tak dapat buat. Sebabnya time student tu present depan lecturer, lecturer dia suruh aku masuk list pakai braces. Memang aku down sangat sangat la! Ye la, banyak kali aku ambil acuan gigi, then check sana sini, skip kelas (dapat MC ye) untuk sesuaikan dengan waktu student dentistry tu nak book tempat untuk dia semua.

At last, aku fikir dari aku masuk waiting list 2 tahun yang dimana aku dah nak habis belajar lagi setahun, better aku pakai sekarang je dekat klinik swasta. Nanti nak ulang alik Shah Alam susah pula kan. Lagipun aku dah 23 tahun tau. Kalau aku lambat-lambatkan pakai braces, takkan nak beranak dengan braces? Hehehe

Dekat klinik swasta, cuma ambil masa lebih kurang 3 minggu je nak pasang braces. Itu pon sebab aku praktikal, seminggu sekali je free nak pergi Pasir Gudang. Nama dentist dekat situ Dr. Diba tau.

Pertama kali pergi aku dah cakap nak buat braces, Dr. tu terus la tengok tengok gigi aku. Then;


  1. Ambil acuan gigi (molding). Aku tak tahu nak describe apa perasaan ke rasa ke sebab dah banyak kali buat dekat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam dulu. Just rasa nak muntah je la sebab benda tu kena dekat tekak aku kan sementara nak tunggu keras.
  2. Lepas tu dia minta pergi buat x-ray dekat mana-mana klinik or hospital kerajaan (dia bagi surat la kan). Aku buat x-ray dalam RM90 dekat klinik pergigian swasta juga di Bandar Baru Uda. Then hantar dekat Dr. tu.
  3. Cuci dan polish gigi.
  4. Letak separator (getah bulat kecil je) antara gigi. 4 bawah, 2 atas untuk bagi ruang masukkan besi masa nak pasang braces. Serius cakap, sakit pakai separator ni. 4 hari aku tak boleh mengunyah. Kalau kurang dari 6 hari terputus getah tu, kena pasang semula.
  5. Cuci dan polish gigi lagi then taraaaaaaa pasang braces! Lebih kurang sejam je aku pasang. Tak rasa sakit pon masa pasang. Malam tu je rasa sakit sikit. Maybe sebab aku tidur dalam aircond.

Aku tak boleh nak komen banyak banyak sebab bracket aku dah tercabut pon selepas seminggu aku pakai. Aku patut pantang, makan bubur dan benda lembut lembut je selama sebulan ni tapi aku makan nasi lepas 2 hari pakai braces. Aku memang jarang missed makan nasi selama ni! Yang buat patah tu sebab aku makan popiah keras! Hahahaha. Tolong la jangan jadi macam aku. Orang lain ikut betul-betul cakap doktor tak boleh makan benda keras, aku main langgar je!

Nak tahu macam mana pakai braces, search je dekat youtube. Tengok video lagi real kan??


update :
Klinik Pergigian Dahlia.
Alamat : 39A, Jalan Sejambak 12, Taman Bukit Dahlia, 81750 Pasir Gudang, Johor.
*Barisan Al-Ikhsan, atas 7Eleven. Lot-lot kedai berhadapan Subway
No Tel : +6072557775
Email : dahliadental@yahoo.com
Website : http://www.dahliaclinic.com/


P/S : tak sempat buka blog and reply semua comment. Quite busy semester terakhir degree ni. Final project, FYP semua tak terkejar. Sorry sangat sangat! 🙏