Sambungan entry lepas . Ini mengenai hari kedua aku di Kota Kinabalu, Sabah.
Ehem ehem.
Ini semua poyo!!! Bajet blogger terkenal letewwww (80 harkat).
Ah yang penting, ada aku kesah?!
Okay. Kami terrrbangun lambat.
Tidur lewat dalam pukul 2 pagi, memang tak lah kan nak sedar pukul 6 pagi tu. Lagi pulak tak bukak lampu langsung dan curtain tebal memang tutup habis cermin kaca semua. Terlajak lajak lajak dah ni namanya.
Kami bangun pukul 8.30 pagi. Sabah pukul 8.30 pagi matahari dah macam 10 pagi. Terang benderang!
Bangun bangun jangan cakap lah, memang selamba badak aku dengan Shafiyah tak mandi pergi turun sarapan. Cuci muka terus turun breakfast. FYI, 9.30 pagi waktu breakfast dah habis ye di Oriental Hotel, Sabah. Kalau nak mandi boleh berdiet beramai ramai. Silakan~
Breakfast? Okay, not bad. Sama je dengan hotel hotel di Semenanjung.
Nasi goreng, pancake, mee goreng, cornflakes, semua la benda yang sama ja.
Terima Kasih daun keladi Norseha bagi pinjam cardigan. Hahaha. Ya aku pakai baju malam sebelumnya
Inilah muka Shafiyah tak mandi! Hahaha. Dan belakang itu Oriental Hotel, Sabah.
Inilah muka Shafiyah tak mandi! Hahaha. Dan belakang itu Oriental Hotel, Sabah.
Gambar di atas tu diambil selepas sarapan pagi dengan hasrat hati nak belikan Seha makanan. Kami cuma ada 2 je breakfast coupon dan Seha tak nak turun sebab batuk batuk pagi itu. Maka dengan hati yang murni kami nak pergi cari 7 Eleven, nak belikan ubat sekali untuk dia. Tapi hampaaaa. Kawasan ni jauh bak hang dengan kedai! Tu yang end up posing depan ni. Hahaha sungguh tak senonoh. Dengan tak mandi bagai!
Next, kami bersiap untuk keluar jam 10 pagi. Ridzuan akan ambil kami di hotel.
Selepas check out, kena buat benda wajib dulu; Seha, Cepi dan Amy duduk posing sakan depan hotel.
Disebabkan aku dah buat, aku tak nak join. Segan! Hahahaha.
Jangan persoalkan baju dia orang dengan baju kami yang tak mandi tu! Hahaha
Lepas itu, pergi sarapan! Amy dengan Seha kan belum sarapan lagi. Sarapan di.....
Restoran Sempelang aka Tupai Jantan. Nama yang aneh? Hehehe
Seha dengan Milo Panasnya. Sakit tekak lah katakan.
Then ke rumah family Ridzuan.
Muka tak malu duduk posing dalam rumah orang! Hahahaha
Kemudian ke Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli. Kampung Marsha gitewww. Tiket berharga RM 10. Nasihat aku, tak payah ler membazir ke sini! There's nothing interesting here! Hahaha. Tak nak comment lebih lebih la.
Kereta dengan no flat J! Yay kereta Johor! Padahal dekat tingkap starting huruf W. Choi gitewww
Inilah rumah terbaliknya.
Kecik je rumah terbaliknya. Tak boleh ambil gambar ye dalam rumah terbalik ni. Ye, masuk sekejap je dengan harga RM10. Muahahaha
Dah habis di sini, kami ke Sarang Buaya pula.
Sayalah photographer di sini! Bahang terik memang tak ada mood nak posing sakan!
Bagi ikan ni makan. Cantik! RM 2 per bottle (yang tergantung tu)
Bagi makan ikan keli. Errrr
Buaya buaya atas tanah, ni la kawan anda ya!
Crocodile Show. Buaya real hidup ye anak anak!
Banyak binatang dalam kawasan ni. Buaya dah wajib la kan ada, ikan, burung unta, ayam, rusa dan tak tahu. Hehehe. Tiket masuk RM 10 seorang jugaaaa!
Lepas habis pusing jelajah dalam Sarang Buaya ni, kita orang pergi makan di...
Gayang Seafood Restaurant, Tuaran.
Restoran ni di Kampung Baharu and menghadap paya bakau ye
Sedap gila kot! Seriusss! Dekat sini ikan yang mahal. Ketam murah! Udang pon murah!
Jalan Jalan Cari Makan pernah pergi restoran ni ya.
NO PICTURES! MUKA MACAM HAPE MAKAN! HAHAHA
Dan kemudian balik hotel! Tukar hotel ya. Tune Hotel di One Borneo. Budget kena jaga! Student macam kami ni mana nak cekau duit banyak banyak kan. Hehehe
Malam tu kami pusing pusing shopping complex ni jela.
One Borneo ni macam KLCC je aku rasa. Muehehe.
Thats all for the second day.
Salam~
p/s : Tak pergi tengok pon Jambatan Tamparuli. Sedih sedih! (mood menggedik kuat bebenar harini)