Assalamualaikum.
Dah 3 minggu bercuti selepas habis latihan industri ni.
Dah bertepu-tepu lemak dalam badan dah ni.
Perasaan? Ahhhh heaven! Hahahaha.
Itu ayat yang akan keluar dari mulut aku dalam bulan pertama aku di organisasi berkenaan la.
Selepas habis LI ini, bila terasa rinduuuuuuu, ku stalk facebook mu!
Ah tak ada la sampai nak stalk facebook bagai. Tak semua pon aku add di facebook, segan! Hahaha ayat poyo bangat ni!!! Tapi serius rindu!
Tersebut alkisahhhhh. Tak ada kisah-kisah bagai.
Masalah aku cuma.... aku mula berkawan dengan orang orang dalam organisasi tu sebulan sebelum habis LI.
Ahhh rugi sesangat rasanya jadi pendiam selama 2 bulan.
Sumpah, orang-orang IRDA semua sporting! The best ever!
Time-time tu la baru tersedar yang ada je staff umur lingkungan aku ni ha. Ramai je umur 22 tahun, setahun tua je dari aku.
Tapi nasib baik la 2 minggu sebelum ni ada juga terisi dengan aktiviti juga.
Minggu pertama habis praktikal, aku mula buat laporan latihan industri.
Hari Rabu malam dah bertolak ke Perak, almaklumlah 7 jam perjalan naik bas ke Seri Iskandar nun hah.
Keesokannya terus hantar laporan LI dan Jumaat bertolak ke KL.
Guess what? Aku pergi Kota Kinabalu! Sungguh gembira tak terkata. First time berjalan dengan erti kata berjalan huha huha dengan kawan-kawan. Jauh pulak tu siap naik flight! Ahahaha. Nanti buat entry baru la berkenaan KK.
Entry ni khas untuk mengisytiharkan aku tengah duduk bersennag lenang kumpul lemak dekat rumah. Hehehe. Bosan serius bosan sampaikan aku yang pemalas dan tak tahu langsung nak memasak ni boleh buat Puding Karamel tanpa Telur tu. Hihihi. berpeluh hoi!
Sekian, Terima Kasih. Kikiki
Assalamualaikum.