Sunday, August 19, 2012

Laksa Johor

Assalamualaikum wbt


First day Aidilfitri ni dah panjang kaki ke rumah babysitter yang menjaga kami adik beradik since baby bila mak pergi kerja. Hehehe. Aku panggil biological mommy aku Mak and aku panggil mak angkat aku pon Mak. Oh, and Arwah Mak Lang belah ayah pon Mak. K banyak sungguh Mak kan.

Whatever it is, thanks Mak! Dari puasa di Perak nak makan benda ni akhirnya dapat jugak! Bukan berisi ye, saya masih single dan mingle. Tak mungkin berisi! Hehehe. Dah lama sangat tak makan Laksa Johor, dekat Utara jumpa Laksa Penang and Laksam je. Haih.

Jangan pelik kenapa Laksa Johor aku kosong bangat. Sebabnya, aku tak berapa gemar dengan bawang taugeh dan segala macam tu. Hehehe. Pelik tapi benar.

Gambar syok sendiri dekat rumah babysitter aku;

My raya outfit untuk hari raya pertama? Hahaha. Yes, aku bukan ikut trend semasa pakai peplum dress segala. Saya gemuk, tak sesuai pakai baju tu semua. Baju kurung je yang sesuai.

Makeup yang tak menjadi. Hahaha. Dah lama tak makeup untuk apa apa majlis, memang tak reti dah. Nampak mata sebelah sepet. T_T


Apa-apa pun,
SELAMAT HARI RAYA, hari PERTAMA!
(^_^Y)

Selamat Hari Raya!!!


Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin andai ada segalanya yang dilakukan mencuit hati anda sama ada baik ataupun tidak.
Harap dimaafi semuanya.

Bukan Aidilfitri sahaja masa untuk bermaafan tapi setiap hari.
Oleh itu, Maaf untuk sepanjang hayatku.

Zalora penipu?

Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh dengan isu Zalora penipu whatsoever kan?
Barang sampai lambat, barang salah, barang tiba tiba out of stock then refund dalam bentuk voucher and etc.

Hurm aku cuma boleh cakap.;
2 kali aku beli dengan Zalora, okay je aku rasa. Barang sampai tak lah lambat sangat and barang sampai betul. Maybe sebab aku baru 2 kali beli dengan Zalora. Tak tahu la kalau orang lain dah 10 kali beli tiba tiba ada masalah. Aku pon tak boleh lah nak kata sampai 10 kali aku beli pon tak ada masalah nanti. Kita tak tahu apa future kita. *Eh apa kena mengena ni?


First time beli kasut raya aku. Beli 31/07/2012 pukul 1:46 pm.

Tak boleh tunjuk nama wedges tu. Basi kasut raya aku *poyo*

Tapi tapi tapi........

The best part is, keesokan harinya sampai dekat pejabat kolej!


And the worst part is, makcik makcik pejabat kolej kepoh giler. Haih.
Sampai nak tahu barang apa yang aku beli, harga berapa, blablabla. Kinda annoying right?

Kali ke-2 aku beli bukan untuk diri sendiri tapi untuk junior aku.
Dia minta tolong belikan kasut sebab dia tak reti nak deal dengan benda benda ni semua?
Dia beli kasut juga tapi bukan untuk raya tapi untuk balik rumah cuti raya.
Pelik kan? Haha. Comel kot.

Kali ini sampai lambat sikit kasutnya. Order Ahad malam, Rabu petang baru sampai Kolej.
Tapi........
Bila tengok tarikh memang patut pon lambat.
Aku orderkan on 05/08/2010 bersamaan hari Ahad pada pukul 10:03 malam.
Untuk pengetahuan, 06/08/2012 tu hari Nuzul Al-Quran.
Perak, Selangor, Kelantan etc. semua cuti.
Aku tak pasti la Zalora ni cuti atau tak on that day.
Aku assume cuti je la sebab Zalora kan dalam kawasan Selangor. Hahaha. K tak kelakar.
*Maaf tak ada gambar kotak sampai sebab bukan aku punya barang*

Semalam aku order lagi satu barang. Tapi malangnya Zalora dah cuti. Barang tu hanya akan di proceed lepas raya. 22 Ogos baru Zalora mula beroperasi semula. Huhuhuhu sedih ni. Tapi ni bukan barang aku juga, ni barang akak aku! Hehe
Kita tunggu dan lihat je la bila barangnya akan sampai!

Kenapa aku dapat diskaun RM100?
Hmm Zalora ni banyak buat contest and hadiahnya of course la voucher kan.
Tapi yang aku dapat ni from The Star twitter. The Rage punya section buat contest jawab soalan paling cepat. Lawak bila ingat balik sebab aku main jawab je, memang xsangka la dapat kan. Hahaha Alhamdulillah.


Few days ago pihak Zalora ada hantar email mintak maaf kalau ada masalah dengan perkhidmatan dia orang. As we can see or I am the only one who realised these; Zalora tengah tak cukup kaki tangan sebab dia naik tiba tiba? And lumrah la, tak semua benda kita boleh buat jadi perfect. Lagi lagi beli barang online ni, memang takkan la semua benda betul kan? We're human bukan machine or robot. Hehe