Saturday, November 26, 2011

AKU salah satu dari ratusan penumpang ETS yang terkandas

Assalamualaikum..

Semalam, Jumaat 25 November 2011 aku nak pergi Kuala Lumpur dari Ipoh.
Sepupu aku nak menikah petang Jumaat tu and majlis sanding semua keesokan harinya.
Aku dah beli tiket Ipoh-KL Sentral, pukul 2.00 petang dari hari Selasa yang lalu.

Dari UiTM Perak, aku dengan kawan aku (balik berdua dengan studiomate) pukul 11.15 pagi ke Bandar Universiti then naik bas General ke Ipoh. Penuh mampat padat bas tu. For half an hour aku berdiri nak sampai ke Ipoh tu. Peh memang terbaik la rasa menggigil kaki dengan peluh yang menitik nitik! (Bas General adalah sebuah bas yang sangat ERRRRRRRRRRRRRRRRRRR)
Sampai Medan Kidd dalam pukul 12.45 tengahari, kita orang jalan kaki ke stesen keretapi Ipoh.
Duduk dalam surau stesen keretapi then pukul 1.30 petang keluar la tunggu train ETS sampai.

Aku dah pelik sangat bila tengok train ETS tu tak sampai sampai lagi sebab it supposed to be there half an hour before boarding.
Tapi ikut kepala tak kesah la, fikir maybe untuk hari tersebut sampai lambat sikit, 5 minit sebelum bertolak ke, on time ke.
Bila dah jejak pukul 2.00 petang tu memang kita orang dah tak senang duduk lah kan. Tak ada announcement yang kata ETS tu delayed tapi still xsampai sampai lagi. Dekat screen dah keluar 'next train to KL on 1500'. Gila weyh terkejut, yang 1400 tak sampai, dah keluar dekat screen next train yang pukul 1500.

Nak dipendekkan bebelan aku, around 3 o'clock tu aku dah memang panas hati, panas seluruh jiwa raga and yang paling pelik aku tengok ada beberapa orang berlegar legar dekat stesen tu dengan buku kecik and camera DSLR. and that time memang tak tahu apa yang jadi, rasa pelik je la, ingat orang yang gilakan ambil gambar saja saja snap picture tapi rupanya reporters.

Tapi yang paling menyakitkan hati, announcement yang mengatakan ada gangguan elektrik and kalau nak refund 100% ticket price boleh dibuat di kaunter hanya dilakukan around 4 o'clock!!
Memang la kan aku duduk tercongok dekat situ 3 jam tak payah diberitahu apa yang jadi sampaikan nak pergi toilet pon tahan je perasaan sebab takut terlepas train!

Time tu memang penuh gila reporters kat stesen Ipoh tu. Nampak la reporter TV3 dengan camera dia tengah 'interview' one indian man. then nampak la reporter The Star nak blah dari situ tapi yang lain lain tak perasan dari mana sebab dah malas nak tengok kad yang tergantung kat leher dia orang tu. Memang dah susah hati fikir lambat sampai KL je. haih.

Ramai gila yang refund ticket tapi aku tetap la menunggu.
GILA, mana nak cari tiket bas akhir waktu bila hari sabtu, ahad dan isnin cuti?
Memang harapan la kan!
and at last, around 5 o'clock sampai juga 1 train ETS ke Seremban.
Disebabkan tu, aku tak dapat pergi sepupu nikah petang Jumaat sebab sampai KL Sentral pon Maghrib dah.

Baru ni aku cari kat google berita pasal ETS ni tapi just jumpa 1 dari mStar Online.
tapi ada 1 yang menjadi kemusykilan aku,

Azizullah juga berkata, bus telah dihantar ke Stesen Tapah untuk mengambil penumpang yang terkandas.
"Kami juga telah mengaturkan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang dari Ipoh ke Kuala Lumpur," tambahnya.

see that? "telah mengatur perkhidmatan bas? there is no bus at all yang sampai!

Kesian aku tengok dengan 'stewardess' ETS yang kena bambu dekat stesen tu.
Memang la macam melampau penumpang marah sangat dengan staff ETS tapi dengan biarkan kami menunggu lebih 3 jam tanpa dapat sebarang info, memang patut la penumpang marah pon.

Yang paling penting, aku memang tak puas hati dengan services from ETS. Bukan service ape, just that they should inform us secepatnya apa yang berlaku. Bukannya setelah 2 jam tercongok baru nak buat announcement. itu memang menyusahkan lagi menyusahkan ye!
Hope that ETS dapat la buat kerja dengan lebih baik lagi lepas ni.

Friday, November 18, 2011

I'm going to be a 3rd semester student!

In a few hours, I'm going back to UiTM Perak. Assalamualaikum... My first class in the 3rd semester akan start on the 21 November, this upcoming Monday. Berharap sangat tak seteruk semester lepas punya subject and studio. Haihhh Tomorrow is the date for Faculty of Architecture, Planning and Surveying (FSPU) daftar kolej (asrama). Course aku bawah faculty tu which means aku kena daftar kolej esok. So, aku balik Perak malam ni, sampai sana subuh esok. My roomates sama je dengan last semester, nothing changes. But I think our bed will not stay the same way as last semester. Well, of course I'm going to choose and take the katil bawah (double decker). Takkan la setiap semester aku nak naik katil atas kan. Last semester aku datang paling lambat and I admit aku naik hangin dapat katil atas. Tapi takda pon offer bagi aku katil bawah, in the end kena la ambil juga katil atas tu. Hahaha. So guys, kalau nak naik hangin untuk semester ni bila salah sorang dapat katil atas, I'm so sorry. Both of you are my friend, tapi takkan aku nak mengalah untuk semester ni padahal takda sape mengalah dengan aku semester lepas. What goes around comes around. Haha no offense, jangan pulak rasa aku balas dendam. Sekarang aku malas nak fikir pasal kolej.. Haha All of you out there, pray for my success this semester. Well, my result came out not so good. My pointer dropped, I've got less than 3.0 last semester. Hope it'll rise up next semester so that I can apply to further my study for degree in UTM JB or USM Penang.

Sunday, November 13, 2011

Chalazion Surgery

Assalamualaikum.

This is a picture i took from google. Tengok mata orang ni then focus dekat eyelid bawah tu. nampak bonjol tu kan? It is known as chalazion.


chalazion tu macam ketumbit kot! haha. nak tahu banyak kena pergi google sebab aku takut aku bagi salah information pasal benda ini (even aku kena juga)




So, I have done this surgery 2 days ago.
Well, aku kena benda ni sejak setahun yang lepas. so long huh? Kalau perasan yang mata aku ada benda ni dari gambar gambar aku yang aku post dekat eyelid bawah mata kanan, kau memang bagus! teheee.

Kepada sesiapa yang ada benda ni dekat mata anda, silalah buat surgery kalau dah lebih 6 bulan.
Nipis sangat harapan nak hilangkannya guna cara yang mudah which is ambil kain dan basahkan guna air panas. errr suam. then tekapkan ke mata anda. sehari dalam 4 kali. paling efektif, telur yang dag rebus tu time tengah suam suam panas, guling gulingkan (?) di bahagian mata anda. *ini dokor yang cakap okay?!

Aku tak tahu pon yang benda ini akan bertapak lama dalam eyelid aku sebab aku ingat ketumbit biasa yang akan hilang dalam beberapa minggu.
Lepas 6 bulan aku pergi hospital besar tapi aku macam tak confident nak buat dekat sana.
Then after 1 year, aku pergi eye specialist (Optimax).

So, ini apa yang aku kena jalani;


Seriously, tak sakit sangat..
Kecuali masa dia cucuk jarum untuk 'bius' kat eyelid yang ada chalazion ni and masa dia pasang besi tu kat mata anda.
masa dia potong ke apa ke memang tak rasa apa apa. nama pon kena bius kan.
oh ini minor surgery maknanya anda sedar apa yang berlaku dan anda boleh berbual bual dengan orang sekeliling (doctor and nurses in that room)

Lepas habis tu, of course kene pasang bandage kat mata.
Aku buat surgery ni dekat Optimax Johor Bahru which is in the City Square Office building, a shopping mall.
Segan wooo dengan mata tertutup macam tu jalan melalui dalam shopping complex sebab park kereta dekat bawah shopping complex.
The doctor told me that I have to opened the bandage after 4 hours tapi aku melalut sampai 6 jam (balik balik rumah terus tidur, memang la terlajak)
Better ikut cakap doktor coz kalau tak bukak untuk satu jangka masa yang lama, boleh bernanah (luka tak dianginkan akan jadi macam tu kan)

First tu aku memang seram gila kot nak buka bandage tu tapi.... hekelehhhhh tak ada benda pelik pon! cuma mata bengkak je la. macam baru lepas menangis sehari semalam.
So after 1 day, mata start ada biru biru sikit macam kene penumbuk with the bengkak and untuk hari ini mata aku memang bengkak kebiruan gila. errr I mean my eyelid. Mak aku kata kalau keluar jalan jalan mesti orang ingat kena pukul dengan boyfriend. ahaks since when mak aku reti bergurau pasal boyfriend? since she thought that one of my studiomate is my boyfriend i think. well, he is not my boyfriend! it's just a gossip. LOL


Hurm, sekarang ni musim hujan dekat JB. dari tengahari sampai sekarang non-stop hujan. better aku undur diri sebab guruh kilat semua ada.

Akhir kata (ehem), kepada sesiapa yang kena chalazion ni, ambil la tindakan dengan cepat. U will feel really really uncomfortable if u 'keep' it for too long. makin lama rasa macam kelat je mata nak bangun dari tidur and kalau kau tak cukup tidur or tidur lambat or pakai lens, eyelid kau akan jadi bengkak kemerah meraham dekat area chalazion tu bertapa.