Thursday, April 29, 2010

Reunion 2009 SPM Students

Type : Party - Dinner Party
Date : Friday, May 7, 2010
Time : 7:30 p.m - 11:00 p.m
Location : New York Hotel Johor Bahru

Description :

Kepada semua lepasan SPM 2009.....
ANDA SEMUA di jemput untuk menghadiri REUNION 2009 SPM STUDENTS yang akan diadakan di HOTEL NEW YORK JOHOR BAHRU pada 7 MEI 2010.. Bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.00 malam.. JEMPUTAN ini terbuka kepada SEMUA SEKOLAH..


Turut Dijemput Pelajar dari ;
  • Sekolah Menengah Sultan Ismail JB (SSI)
  • English College JB (EC)
  • Sultan Ibrahim Girl School JB (SIGS)
  • Convent School
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah JB (SETA)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki JB (SAB)
  • Maktab Rendah Sains Mara (MRSM
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  • Sekolah Menengah Teknik (TEKNIK)
  • SEMUA SEKOLAH yang berdaftar dibawah JABATAN PELAJARAN MALAYSIA..


Bayaran : RM50 sahaja..
Tema : RED, White, and BLACK..
Other Information : Guests are allowed to bring friends to this event.

SEKIAN..



Any Question? Ask Here


p/s; confirmation dah tutup! (27 April is the Last Day to Confirm) huakakaka. Try la pujuk admin dia kalau nak pergi reunion ni sangat sangat sangat.
p/s/s; aku tak pergi
p/s/s/s; saja ja nak post bende ni sebab orang yang buat ni the best. 1 malaysia dia jemput. ;P
p/s/s/s/s; kenapa mahal? New York Hotel tu berapa bintang? fikir sendiri. lagipun ade souvenier. hehe

passporttttttttttttttttt

semalam.
eh kejap. sekarang pukul 1.05 pagi. so kiranya semalam punya semalam, aku pergi Kompleks Pekan Rabu.
Kompleks Pekan Rabu ni terletak dekat area. errrr.. jap aku google.
haaa! dekat area Skudai. Skudai tu di dalam Johor Bahru ya.


 aku pergi sini untuk buat passport yang dah tamat tarikh tempohnya. mahu tak balik raya dekat singapore (kampung belah mak) kalau aku tak buat passport ni.
raya sorang sorang kat rumah la jawabnya... tapi aku rasa, mesti lagi best. tak payah bangun pagi hampir tengahari sebab nak kena layan tetamu yang start datang petang tu. wahhh. mesti best! hehe


aku bangun dalam pukul 6.15 pagi.
mandi cepat cepat. tapi tetap 30minit? aku pon tak pasti kenapa aku mandi lama sangat. sebab tabiat termenung dalam bilik mandi dah terpupuk kot.
aku tak sempat nak makeup makeup. sekadar pakai compact powder sahaja. eyeliner pon tak pakai. omg. nasib baik sempat pakai lens. sebabnya? kena keluar rumah pukul 7.00 pagi tu.


aku sampai sana around 7.50 pagi. pagi tak aku bangun??? pagi kan?! sila terkejut!
aku pergi sana dengan parents aku. sebabnya? aku belum 18 tahun lagi. kena parents ada bersama. tapi aku rasa kalau ayah seorang yang ada dah cukup.
sambung balik. aku sampai sana around 7.50 pagi. sampai sampai aku terkejut gila!
peh. gila panjang beratur nak ambil nombor? 100 meter ade kot? lebih aku rasa! tapi tak pasti.
yang penting, aku dapat nombor tu pukul around 8.30 pagi. bayangkan aku berdiri lama lama? sudah tentu aku membebel potpet potpet dekat ayah aku.
yang aku perasan dekat sana, kedai gambar charge RM12. so, kalau nak pergi buat passport tu, pergi la ambil gambar kat kedai lain awal awal. kedai lain RM10.00 sahaja. oh ya. jangan salah saiz pula! karang tak pasal pasal membazir kena ambil gambar lagi. RM12 weyh... bukan 20 sen

errrr. apsal aku macam suka lari cerita? takpa lah. sambung balik.
aku dapat nombor around 8.30 pagi tu. nombornya? 0191. dalam perkataan, seratus sembilan puluh satu.
abang yang bagi nombor tu kata, *ehem. gatal gila panggil abang* nombor aku akan dipanggil dalam pukul 10 pagi tu. cepat kan?

tapi nombor aku tu dipanggil dalam pukul 10.20 pagi. resit aku pukul 10:32:59 pagi. hehe
thank you abang bagi resit sebab puji! wakaka. kembang setaman doe dengar dia puji aku!
okay. itu tipu. dah 2 jam setengah aku kat sana. ingat aku ada mood lagi ke?
lepas dah blah tu, baru aku perasan... abang bagi resit tu smart. LOL. gatal siot!!!

aku kena ambil passport pukul 12.30 tengahari tu.
sangat penat okayy. sehari suntuk buat passport je.
malam tu pukul 9 dah tumbang. penat sangat sangat sangat! hehe

Sunday, April 25, 2010

Baca Horoskop, Solat Tidak Diterima 40 Hari

ni aku copy paste dari email ye. :)

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.


SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. 

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. 

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. 
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
 
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
 
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
 
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
 
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
 
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
 
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
 
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
 
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi."Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia  mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
 
Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
 
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
 
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
 
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
 
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
 
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. 

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
 
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
 
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
 
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan

adakah betul kenyataan yang dikeluarkan?



Jawapan;

Kenyataan di atas adalah benar, iaitu mempercayai tukang ramalan bintang ataupun tukang tilik adalah tergolong dalam perbuatan syirik dan amalan syaitan. Ini adalah berdasarkan kepada maksud firman Allah S.W.T dalam Surah Al Maidah ayat 90 : "Wahai Orang-orang yang beriman ! bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah ( semuanya) kotor (keji) dari perebuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Tuesday, April 20, 2010

nak carik ubattttttt

hahaha
aku tengah cirit ni.
nak carik ubatttttttt.

serabai an post pasal ni kat blog?
tapi ade aku kesah?


aku tak tahu setan gondol jin pontianak mana yang merasuk aku semalam.
bangun tidur pukul 2.00 petang tu perkara biasa. takde bende yang merasuk pon. otak aku yang kurang berfungsi je.
on computer then mandi stengah jam pon perkara biasa. dok naikkan bil letrik mmg keje aku.
haaaaa. bende alah tu merasuk aku makan macam diorang semalam.

jadual makan aku semalam (bukan jadual pon)

4 petang ; sepinggan nasi goreng.
7 malam ; 2 pinggan nasi putih + lauk
10 malam ; 4 keping curry puff saiz besarrrr punya (instant)
11.30 malam ; kueh teow tomyam (beli)

lepas aku makan kueh teow tomyam tu,
mak aku dengan muka blank, tanya "makan lagi?"

ape respon budak budak ni?







jangan persoalakan kesengalan sekor sekor kat aku.
semua memang camni.
aku jek tak. huahuahua.

sekarang ni aku tak tahu la apa yang wat aku cirit ni.
sebab makanan tu semua pedas?
sebab aku banyak makan?
sebab makanan tusemua berlainan?
sebab?
sebab?
ape lagi aku nak taip nihhhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, April 12, 2010

Kan Best Kalau Masuk IPTA Sesenang Masuk IPTS?

eh senang ke masuk IPTS?
lagi susa ade la kot!
mahal doe! hehe


aku tak tahu la kenapa,
stress gila tak dapat panggilan temuduga UPSI (early childhood education)<---pilihan pertama
dengan panggilan temuduga UiTM (masscom) <---pilihan ke-2
ada lagi 1 course bertemuduga juga yang aku apply untuk UiTM tapi dah tak ingat course ape.

result aku teruk sangat la kot sampai aku tak dapat 3-3 program yang ade interview.
cheh. padahal memang teruk pon! tak payah berkot-kot lagi.


budak budak skola aku dulu dok gelakkan aku.
aku terlampau berharap sangat kot dapat IPTA.
yela, senior kitorang dulu yang dapat banyak A pon tak dapat masuk IPTA.
kebanyakannya masuk IPTS.
yang ade masuk IPTA pon guna result STAM diorang.
result SPM? belum ade seorang pon lagi.
melainkan diorang amek periksa kat sekolah lain or diorang memang dah pindah masa form5. huakaka

orang kata,
kitorang yang dari sekolah swasta memang susah gila la nak dapat masuk IPTA tu.
weyh, ni diskriminasi ke? diskriminasi tu ape ea?  haha


sekarang ni aku dah dapat jawapan untuk UNISEL ngan UNITAR.
masalahnyaaaaaaaaaa. U dua ni swasta.
weyh, mane nak carik duit banyak banyak?
adoiiii

pilihan pertama aku untuk permohonan UPU


TESL pilihan pertama aku untuk permohonan maktab.

Juwairiyah tak bagi aku pilih 2-2.
dia suruh aku tunggu panggilan UPU & maktab.
haiyaaaaaaaaaaa
kat UNITAR ni da la start mei.
camne ni?
adoi
adoi

Saturday, April 10, 2010

Diploma? Degree? Master? PHD?

ni aku copy paste dari sini






Sejarah awal pendidikan di Britain adalah secara tak formal. Bapa mengajar anak dari mulut ke mulut apa yang dia ketahui dan anak itu mengajar anaknya perkara yang sama. Kehidupan mereka ketika itu adalah menyewa tanah para Raja dan Bangsawan dengan menjadi petani dan meniagakan hasil pertanian mereka sendiri. Perkara ini berulang-ulang hinggalah suatu ketika iaitu sekitar penghujung abad ke 18 dan awal kurun ke 19 (dikatakan Dajjal baru berpindah dari Britain ke Amerika menurut Imam Hossein), Britain mengalami revolusi perindustrian (pada saat yang sama sistem bank bermula) dan amat memerlukan sumber tenaga kerja yang ramai.

Apa yang dibuat adalah memperkenalkan sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan dan bagi sesiapa yang berjaya akan menjawat jawatan penting dalam pemerintahan. Perhatikan apa yang tersirat di sini.

1. Hanya yang cemerlang berpeluang bekerja dengan kerajaan.

2. Bekerja? Jadi, ke mana perginya perniagaan keluarga?

3. Dengan menuntut di sekolah, masa untuk belajar menguruskan perniagaan keluarga amat terbatas. Kemungkinan besar tanah pertanian tidak dapat diuruskan dengan baik. Katakan Amin (rekaan) hanya dapat 90% dari bapanya, lalu Amin ajar anaknya dan anaknya cuma dapat 80%. Lalu perkara ni berulang-ulang sehingga cucu cicit dan akhir sekali, generasi yang memiliki perniagaan keluarga tiada lagi. Hanya tinggal generasi yang tahu 'bekerja untuk jawatan besar'.

4. Jika hanya sedikit yang memiliki jawatan besar, apa jadi pada yang tak terpilih? Ya, mereka akan diserapkan ke dalam pelbagai bidang yang memerlukan pekerja. Secara tak langsung. Ini bermaksud, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British bermaksud "Sistem menghasilkan hamba berkemahiran khusus yang dibayar gaji".

Boleh terima lagi? Atau tak sanggup dah? Takpe, Nasib baik apa yang diajar dalam sekolah rendah dan menengah adalah ilmu asas yang diperlukan dalam seluruh kehidupan tak kira menjadi pekerja atau peniaga. Realiti sebenar hanya bermula sejak di Universiti.

Adakah anda perasan, anda perlu memilih hanya stau atau dua bidang khusus ketika di universiti? Seorang yang belajar kejuruteraan Kimia tak boleh ambil kejuruteraan Fizik dan Pengajian Agama Islam sekaligus. 3 tahun hanya untuk diploma Kejuruteraan Kimia, ditambah 2 tahun lagi untuk ijazah, 2 tahun lagi untuk sarjana dan setahun setengah untuk ph.D. jadi, kita hanya menguasai satu bidang ilmu dengan jayanya namun kurang pengetahuan di bidang yang lain. Walhal, Islam menggalakkan kita mendalami semua bidang ilmu.
Para pelajar di Universiti kebiasannya hanya pergi ke kelas, balik bilik ulangkaji lebih kurang, ada banyak masa terluang, pergi jalan2 dengan kawan, sms awek atau pakwe, atau duduk2, ataupun tido. Pembaziran masa. Padahal masa itu boleh digunakan untuk menjana pengetahuan dalam bidang2 yang lain.

Lagi satu. Seorang yang memiliki ph.D dengan bersusah payah.. tiba-tiba satu hari dia diberitahu "Ilmu kau tu tak berguna dalam kubur". Apa reaksi dia? Ya, seperti mana kita semua, mesti melenting dan defend habis habisan. Maunye tak, bukan senang nak dapat ph.D tu. Pihak Dajjal tahu bahawa satu hari nanti akan datang seorang lelaki yang memandang tinggi akhirat dan tidak menolak dunia. Dan lelaki ini mengajak supaya mengESAkan Allah swt. Jadi, untuk menghalang manusia dari mengikut lelaki ini, manusia harus diberikan sesuatu yang mereka banggakan. Sesuatu yang layak untuk menaikkan maruah dan martabat manusia di mata manusia lain. Sesuatu yang dipanggil.. Harta dan Pangkat.. Dan jalan yang paling mudah adalah menerusi pendidikan.

Mengapa pendidikan?Kerana pendidikan membekalkan pengetahuan. Pengetahuan adalah satu undang-undang minda. Apa yang kamu tahu, itu yang kamu turuti. Kalau kamu hanya belajar akaun, maka kamu akan jadi akauntan, sapa belajar perubatan, maka dia jadi doktor. mana ada orang belajar mekanikal jadi doktor kan? Ada tu ada, tapi doktor cucuk sendiri la. Jangan jadikan pengetahuan sebagai satu penjara bagi kamu, sebaliknya, gunakanlah ia sebagai senjata.

Bekerja dalam satu syarikat, tak ubah seperti sistem pyramid, 1 ketua dan ramai pengikut. Dajjal dan konco-konconya hanya perlu 'kawal' kepala pyramid dan pengikut di bawah sistem tu akan mengikut si kepala tadi.

Berapa ramai yang bekerja 9-5. balik kerja penat, tido, bangun pagi kerja balik. Di mana kebebasan anda? Apa yang kita buat hanyalah mengkayakan orang atas. Kerjalah sendiri kerana sebaik-baik rezeki adalah dari hasil tangan sendiri

Bukan MoD tak menggalakkan kita belajar lebih tinggi. Tapi sedar la hakikat ni. Kita bukan belajar untuk segulung sijil. Kita belajar untuk ILMU. Jangan bazirkan masa belajar anda untuk kuasai satu bidang saja, gunakan masa yang terluang untuk kuasi bidang agama.
Anda pasti terkejut bila melihat kebenaran Islam dari subjek yang anda pelajari di Universiti. MoD amat menggalakkan semua orang menuntut Ilmu kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

Jangan hanya berbangga dengan ilmu kita ada dan sebaliknya memperlecehkan ilmu orang lain. Kita sepatutnya berkongsi ilmu yang kita ada. Insyallah, makin banyak ilmu kita dapat, makin banyak kita tak tahu. Wallahua'lam. Kalau ada silap dan salah, tolong betulkan.

Yang baik dan buruk semuanya dari Allah swt tapi dizahirkan melalui MoD.
Segala pujian hanya bagiNYA. Wassalam

Monday, April 5, 2010

Evolusi KL Drift 2

aku pergi tengok cerita ni sebab ikut ajakan akak aku.
nak harap pergi sendiri? memang hampeh la. tunggu keluar kat tv sudah.
oh ye, kitorg pergi dengan member member akak aku.
tapi kannnn. aku pelik la.
sejak bila member member dia layan cerita melayu?
mesti kes dah tak ada cerita mat salleh yang belum ditonton untuk hilangkan boring ni. hahaha.

sampai je kat Tebrau City, kitorang suma carik makan dulu.
gile la. semua kebulur tahap maksima aku rasa. kitorg makan kat El Migos.
boleh tahan la makanan dia. ;P

  muka aku pucat? salah makeup! :P

inilah kawan kawan akak aku, shena & ben.

wayang start pukul 5.20petang, 5.18petang baru kitorg pergi bayar makan.
ouh. makan dulu baru bayar ye. xD
ntah pukul berapa kitorg masuk panggung tu ntah.
lupa pulak nak tengok jam. ;P

susah betul nak carik poster ni.


ok. seriously aku dok menguap tengok cerita ni.
aku tak faham kenapa orang sebelah aku dok gelak gelak tengok cerita ni masa scene yang langsung tak ada unsur kelakar?
annoyed jugak la dengan diorang.

lagi satu, aku tak puas hati betul.
apehal Farid Kamil serabai gila dalam cerita ni?
ei. selekeh betul la aku tengok dia.
ei. tak puas hati betul la!
hahaha. ni takde kene mengene la kot.

paling tak boleh blah time scene yang Syamsul & Scha lepas kene kejar dengan Sam tu,
dah sedap Syamsul tu maki Scha, boleh pulak masuk adegan jiwang. adoi!!!!!! sakit kepala aku tengok!
"aku sayang kau Zack". omg! kau boleh cakap kau sayang dia lepas dia maki kau?
kata ganas, bukan sepatutnya kau maki dia balik ke? ei. tak faham la aku.

haaa. masa Scha nangis tu, lagi bertambah nak tergelak aku.
seriously, kenapa tak nampak sedih langsung?
& kenapa air mata dia lambat bebenor keluar?
scene sedih dah nak habis, baru air mata dia keluar.
ayo maaa. bukan ke pelakon patutnya teror bab bab meleleh air mata ni?
tapi tak kisah lah. asal bukan Fasha Sandha yang berlakon, dah cukup baik aku rasa.
aku tak boleh dengar sangat suara Fasha Sandha tu, bingit kepala otak aku ni.
aku pon tak tahu la kenapa.

aku kesian betul kat Farid Kamil.
kenapa dia jek yang kene dengan Aaron secara teruk?
habis kaki dia weyh.
yang hero siap boleh diri bagai, membe jadi camtu.
tak aci!!!!!!!! hoho


tak baik pulak aku rasa kutuk cerita ni.
tapi ok lah kot cerita ni bagi kategori cerita tempatan.

Saturday, April 3, 2010

Selamat Bertunang!

cousinku bertunang, Nur Dalila.

Congrats Kak Dyla! :)
malas nak taip banyak banyak.
biar gambar berbicara
(wth? camna gamba nak berbicara? haha)


inilah gerangannya yang selamat bertunang petang tadi. hehe






dengan ibunya

lawa pulak aku rasa hantaran dia! :D

bagi la aku chance jual muka jugak! haha

dengan cik Dalila

dengan akak aku

kene hujan, memang la basah. T___T

hahaha. kitorg memang suka menyemak! :D

K.Dyla with Esha

K.dyla with my sis

penat la nak masukkan gamba lagi. hehe

Friday, April 2, 2010

Menyesal

aku bukan nak post lirik or video ressa herlambang tu.

aku just nak luahkan yang aku menyesal gilaaaaaaaa.
menyesal sebab?
menangis!
2 malam la kot aku menangis.
hasilnya, aku sakit kepala yang teramat.
semalam pon aku da rasa sakit kepala.
tapi sebab aku macam tak endah & menangis lagi lepas tu,
sakit tu bertambah tambah sekarang ni.


aku memang tak boleh menangis.
aku tahu, confirm aku akan sakit kepala punya la.
tapi aku tak aspect pon sakit nya sampai macam ni skali.


aku memang dah ambil keputusan tak nak fikir langsung semalam petang.
tapi lepas zalina pulak sms aku malam nya, memang aku ternangis lagi.
mana aku tak stress, kau mintak tolong kawan baik aku la kot!
ish. apehal ntah lembik sangat aku ni!

aku rasa kau pon dah tahu aku takkan ubah keputusan aku tu.
thanks sebab dah stop sms or call.
aku tak de la stress sangat kalau kau buat macam ni.
& yeah, aku rasa last night merupakan malam terakhir aku nangis kot.
sebabnya, pagi tadi aku dah boleh gelak bila aku baca diary aku balik.
kesian diary aku tu. bekas air mata buat dia berkedut kedut.
buruk betul rupa dia. hahaha

Thursday, April 1, 2010

berapa banyak entry aku akan buat hari ini?

tolonglah. stop call or sms aku lagi. aku tak boleh la tengok nama kau muncul kat skrin henset aku.
mesti nangis lagi

da macam orang putus cinta? jangan risau, aku putus cinta lagi teruk dari ni. aku putus cinta menangis tak tido malam, dapat call dari pihak lagi 1, reject sampai dia berhenti call.
tapi kali ini aku sempat tido selama 7jam. memang cukup tido la kiranya. bangun bangun mata da macam kene tumbuk dengan gorilla. sakit hati tengok mata aku sendiri. kau call aku tak reject sebab habis nanti kredit kau. kalau aku putus cinta, memang aku nak kredit orang sana habis. aku dalam putus cinta sempat fikir buat jahat.

aku terlupa nak charge enset aku semalam. pukul berapa dye mati pon aku tak tahu. aku bangon tido, nak tengok jam da tak boleh. so, aku terus cari charger dan charge enset aku ni. aku on on jek enset tu, menderu sms masuk. sakit hati aku, bingit kepala dengan bunyi sms. hampir semuanya dari kau.

sms dari maxis;
you have 15 missed calls (15) +60127****** since 06:56 01.04.10
kau ni memang gila la. dah enset aku tak bukak yang kau pergi try call sampai 15 kali buat ape? kau tak reti penat ke?

sejak aku bangun dari pukul 11.53 pagi tadi sampailah sekarang 1.35 petang ni, dah 16 kali kau call.
kau ni memang tak reti penat ke? aku yang penat sekarang ni.

apa apa pon,. keputusan aku masih sama. sorry.

ini bukan April Fool.

maaf.
aku kalau dah buat 1 keputusan, memang susah aku nak tarik balik. maaf sangat sangat.

aku tahu kau cuma bergurau. tapi aku tal tahu la kenapa aku jadi sensitif sangat hari ni. angin kus kus aku memang xtentu masa.

hurm. sms maaf dari kau pon aku tak reply.
eh, aku bukan nya keras hati sangat. menitis kot air mata aku baca sms kau tu. lagi2 sms yang last tu.
saat aku tulis entry ni pon, air mata aku tak stop lagi. hati tisu jek sebenarnya aku ni kan?! nampak jek ganas, tapi kuat menangis.cengeng!

reply untuk sms kau.;
**
aku pon bukan nak bermusuh dengan kau. tak terlintas pon nak bermusuh. aku cuma boleh kata, kau langgar janji kau. kau ingat ape kau janji semalam? sebab tu aku jadi bengang sangat sangat. sebab tu aku amek keputusan yang drastik. tapi ingatlah, kita bukan musuh.

hm. kau xbuat salah apa apa kot kat aku. tak payah mintak maaf. kau tak perlukan kemaafan dari aku pon sebenarnya. sebab kau memang xbuat apa apa salah.
aku yang amek serius time kau bergurau. takde yang bersalah dalam hal ni melainkan aku

aku pon nak mintak maaf kat kau atas semua salah silap aku kat kau. lagi lagi pasal aku bocorkan rahsia kau kat 'dia'. tapi aku da inform awal awal kan yang aku tak pernah simpan rahsia dari dia. sebelum aku bocorkan lagi rahsia tu aku dah bagitahu kau.
hm. semua salah silap aku, aku nak mintak maaf.

thanks for everything. thanks sebab ko sanggup jadi kawan aku walaupon perangai aku ni teruk. thanks sebab ko selalu denga masalah aku. thanks untuk semuanya lah.

& all the best dalam hidup kau jugak
**


aku tak boleh nak hantar bende ni lalu sms pada kau. satu hari nanti kau akan terbaca jugak benda ni aku rasa

tapi macam yang aku tulis kat atas sekali, aku takkan tarik balik keputusan aku. mungkin boleh, tapi amek masa.


~ apehal aku cengeng sangat ha? menyampah pulak menangis tak stop macam ni.