Wednesday, March 31, 2010

30 jam berjaga straight

sumpah tak tipu! tapi pasal berjaga straight tu tipu sikit. hehe. ade la kot aku tidur dalam 15 minit.

hari isnin lepas kan aku pergi Pesta Konvo UTM Skudai. aku bangun pukul 1.30 pm ++ hari itu. dekat sana hujan, air naik sampai ke buku lali. atas tar kan . means,  jalan dia tak lah sama rata. sebab tu bertakung air air hujan tu. eh bertakung ke ape ntah nama. kitorg redah jek la kan. setakat kat buku lali je pon.. bukan kat betis.
tapi aku tak tahu la kenapa, jeans tu basah sampai ke paras suku betis. makin lama macam makin tinggi jek bahagian basahnya. air yang bertakung tu masih paras sama. kat sana lama pulak tu. hampir 2 jam. naik kecut kaki (peh. aku bab bab bahasa memang teruk)

disebabkan bende yang terjadi kat atas ni, aku tak boleh tidur sepanjang malam tu. sengal sengal jek kaki aku. dalam pukul 5.30+ pagi baru aku tertidur. tapi dalam 15minit+, adik aku da kejut. sebab aku ada temujanji hari selasa (semalam) dengan Zalina.

pukul 8 pagi tu aku da tercongok depan rumah dia. gila pagi. orang baru nak pergi kerja, aku da pergi rumah orang. bercerita cerita dulu. perempuan la katakan. heh.
oh ya! Good Luck interview JPA nanti! kalau ko dapat gi UK, mesti aku rindu kat kau. weksss! haha

dalam kol 9.30 pagi, naik bas nak pergi Tebrau City. bas tu memang menaikkan suhu kemarahan gila! slambe jek pusing semula sebab nak tambah penumpang pastu bawak 20km/j aku rasa! ntah pukul berapa, baru sampai TC.

lepas jumpa Eza, pergi pejabat pos kat dalam TC tu. diorang nak wat wang pos ke hape jadah ntah untuk LCCI. ni la kot namanye. wang pos rm5 dah habis ye semua. dah siap, pergi sekolah diorang pulak.

ok. bab ni, tak bole blah! Zalina, aku salahkan kau! lol
pukul 11.00pagi jalan kaki dari TC ke SMKAJB tu. pergh. ko ingat ni kat UK ke? memang sejukkkkkkk habis laaaa. berpeluh peluh macam balik joging hilang sume makeup aku. da la aku paling tak suke touchup. area perumahan situ da la banyak hanjing. kereta berderet deret macam da takde jalan lain kat johor ni. pastu yang benda paling Zalina suka, org bawak lori dok ngorat dye. ahahaha. kau tak suka pon aku akan cakap suka sebab kau yang buat kitorg jalan kaki.
1/2 jam jalan kaki dari TC gi SMKAJB tu. sampai sampai terus gi makmal komputer sekolah tu. sebab cikgu akaun diorang kat dalam tu la nasib baik makmal komputer dye sejuk! eh bukan sejuk pon makmal tu. bilik kat hujung tu yang sejuk. haha
tunggu diorang isi borang lcci ke ape jadah ntah (Sorry, aku bukan budak akaun. tak tahu apa apa) then dorang dok borak ngan cikgu tu lagi. eh rasa serius nak tido jek dalam bilik tu dengan sejuk gila.

lepas tu. lepas tu.
dalam kol 12.10 gerak nak pergi TC semula. nak tengok wayang.
ni lagi tak bole blah! dengan matahari tengah terpacak, boleh pulak nak jalan kaki lagi. memang aku kene buli hari ni! hahaha, 20 menet jek kot da sampai. tapi rasa macam 20jam. haha. ni tipu

tengok wayang citer daybreakers. cerita ni macam harem!! gile terkejut terkejut sial. pastu kejam gile cite. cabut kepala la, ape la. ei. aku da la memang tak suka citer gini.

balik uma kol 5.30. kol 8.30 tido sampai kol 11.30

tapi kannnnnnnnnnnn.. tak best laa keluar ni. lupa nak amek gamba.
sebabnya? penat sangat kot jalan kaki sampai lupa. hahahaha


oh by the way,
Nur Syazana binte Daik,
Happy 8Teen Birthday!

 Nur Syazana Daik

ignore muka gua bole tak??????

Saturday, March 27, 2010

eh, First Time aku pergi Starbucks okeyh!

nampak sangat kekampungan ke aku sebab tak pernah pergi Starbucks?

kesian aku ni kan. duduk area JB yang dah membangun, tapi ketinggalan zaman. Starbucks pon tak pernah jejak.
nampak memang la selalu. tapi sebab aku bukan anak orang berada, aku tak masuk la dalam kedai tu. mahal sangat kot bagi aku, ok. ni semua ayat mintak simpati. ;P

sebab baru first time pergi kan, aku nak la jugak citer pengalaman (bajet gempak jek)

last night aku ikut akak aku pergi Starbucks kat The Zone, JB.
kenapa kitorang pergi sana? well. kat sana ada event ni actually.

SIREN'S NITE by JOHO

kitorg pergi sana sebab kawan akak aku, Zul punye gambar dipilih untuk exhibition tu.
eh no no. bukan gambar dia tapi gambar yang disnap oleh dia termasuk la sekali dalam exhibition seperti yang dinyatakan. kira macam akak aku tu nak bagi sokongan la kat membe dia. hehh

kitorg sampai sana pon da pukul 9malam. so, time tu the last band yang tengah perform. ok. aku xtahu band mana satu. *updated; band Plague of Happiness. tapi best gila band tu! :) aku rasa semua orang kat sana pon cakap camtu.
sebabnya; sepatutnye band tu nyanyi 3 lagu je tapi dorg nyanyi 6 lagu malam tadi. fans kat situ mintak dorang nyanyi lagi.


Plague of Happiness - Konspirasi (Live at Siren's Nite)


tapi kan. tapi kan.
sangat best tengok ramai orang guna dslr. gile jeles. aku tak reti langsung nak guna dslr tau! sangat jeles!!!!!!
ok. ni over! hehe


event ni habis cepat kot. bukan pukul 10 malam. tapi pukul 9.30+ malam dah habis. ramai tak blah terus pon. duduk lepak berborak and amek gamba.
ok. aku xamik gamba. tak lawa tak yah sebok la ea! duduk tepi diam diam!
kat sana cun cun oh ladies dia *aku bukan lesbian ok!*
tu ikut pandangan aku. terpesona tengok dorang yg comel gua cakap sama lu! kihkihkih. minah ni over kan? *tunjuk kat tembok*

kitorg pon sebok lepak kat sana sampai pukul 10.30+ malam *11pm maybe?* berbual kat luar tu la tapi. Starbucks closed! tett. haha.
aku kat sana sangat pendiam tau. aku dok tengok akak aku berbual ngan kawan kawan dia je.
tapi kannnnnnnnn.. aku dapat hadiah tau pergi sana semalam!
hadiahnya.... *jengjengjeng*
lebam kat belakang kaki! dekat2 buku lali tu.
kenapa? sebab gua gi langgar tembok ke hape ntah. kesian kan? cakap kesian sekarang!

mula2 ingat nak masuk Modesto's @ Lush. tahu tak ni hape? korang jangan berani berani belajar ni benda ape ye! membe membe akak gua la yang nak masuk. dorang kata gua bole masuk KOT.
tapi salah sorg tu tak boleh sebab tak pakai baju berkolar *hint ni* tapi gua rasa tak sesuai la kalau gua masuk sana. saya kan bertudung! *kelip2 mata sambil senyum ayu*

so, gerak pergi SS (Singgah Selalu) kat depan Danga Bay tuuuu. lepas makan, berbual sekejap *sekejap kepala hutak. opps.* then, blah.

around 1.30pagi sampai rumah. anak dara balik lambat, parents xkesah ke?
dah takut gila dah sebenarnya. bukak pintu macam pencuri gua rasa!

update;
pics dari camera encik Zul
letak gamba kitorang je ye. xkan nak amek semua letak sini kan. hak milik dia doe.

rileks. xperlu layan dorang. kahkahkah

ngahaha. muke gua memang muka stress sentiasa.

 ayu x cara gua duduk? kahkahkah

dia kakak gua bhaiiii.

 

xpaham gamba ni. lol

ni pon xpaham jugak

apa perlunya gamba ini? lol

sorry ea.
aku letak gambar yang ade terselit muka aku jek la. pehal nak selit muka orang lain kat blog aku an? hehehe.

Monday, March 22, 2010

Two Presidents of Muslim Country

The Life of  Two Muslim Presidents


Iranian President-Mr. Ahmedinejad (2005-now)
and 
Pakistani President-Mr. Parveez Musharaf (2001-2008)

-----------------------------------------------------------------------------------



Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
 ------------------------------------------------------------------------------------------
  
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
 ----------------------------------------------------------------------------------------
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
 -----------------------------------------------------------------------------------------
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
 ------------------------------------------------------------------------------------------
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
  --------------------------------------------------------------------------------------
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
-----------------------------------------------------------------------------------
Mr. Ahmedinejad
Mr. Parveez Musharaf
 -------------------------------------------------------------------------------------------
kalau ada pemimpin kat Malaysia yang hidup macam
Mr. Ahmedinejad, President of Iran,
aku akan undi dia bila umur aku masuk 21 tahun nanti.
xkira la apa parti sekali pun.
sekian terima kasih.
adakah ini berunsur politik? tak KOT

Sunday, March 14, 2010

Thank You! :)

tadi dapat makan ayam KFC. haritu terliur tgk orang makan ayam mcd. ayam kfc pon jadilahhh
dapat makan cheezy wedges. da berbulan ngidam nak makan bende ni
dapat makan aiskrim sundae McD. da dekat sebulan asyik mintak membe blanje aiskrim
& dapat makan nasi ambeng


gile besar gajah kan selera aku kan. kalah orang lelaki badan tough2 macam Farid Kamil i tu.
aku pon tak tahu la sejak bila Farid Kamil aku tu jadi tough. kurus keding melidi ade la. badan aku ni pon da macam Farid Kamil kuasa dua. tapi tak pe la. keding2 pon, tetap menjadi pojaan hati tau!
bayangkan aku makan sorg2 semua ni?

weyh masturah, ko sedar tak ko tengah on diet? *otak aku tengah fikir bende ni*
takpe takpe. harini kita skip diet kita. eh salah. aku skip diet aku. confirm esok2 aku akan salahkan sume orang bila seluar makin ketat berat makin meningkat.

eh jap. sejak bila pulak aku ni tak kedekut? bukan ke aku ni kedekut gila? nak bayar air milo RM1.20 pon susah... macam mana boleh beli makanan yang melebihi RM10.00 tu? so, of coz la ade org belanja makanan McD & KFC tu kan? **nasi ambeng itu masakan ibu angkatku yaaa.
confirm!!!! tapi sape yang belanja tu? mr. boyfie ke? maaf. Farid Kamil busy la sekarang ni. faham faham je la kan. dengan baru keluar movie citer samseng jalanan tu... mesti la dia sibuk tak hengat dunia akhirat.
cut! berbalik pada persoalan. siapa yang belanja?
jawapannyaaaaaaaa.. abang kandung tunggal sekor sorang saya la yang bayar semuanya.

dia ni dari hari jumaat haritu cakap nak belanja aku makan. hekeleh. baru masuk duit pinjaman MARA la tu kan. aku tahuuuuuu. haha
kenapa dia terlebih baik tiba tiba??? ntah la. dye kate sbb aku aku dapat 3A.
ok. now aku pelik. kenapa family aku langsung xkecewa dengan result aku? aku sangat sangat kecewa u know. kecewa sampai hilang selera tengok Farid Kamil i tu 2hari 3malam.
kenapa malam yang lebih? awak-fikir-lah-sendiri-faridkamil-. da lepas spm, bole cakap lucah.
ops. pernyataan ini tiada kene mengena dengan perkara yang disebutkan dinyatakan diatas.
jangan fikir bukan bukan. T___T.

aku perlu perlu dan perlu lupakan kekecewaan aku.
redha is the best thing. :)

Friday, March 12, 2010

result SPM da keluar semalam.

kan akud ag cakap, aku calon SPM 2009 di Malaysia ini. So, dah tentulah aku amek result aku semalam.

lai lai baca kisah aku. hehe

pada hari rabu yang lepas, dengan semangatnya, aku offline pada pukul 10 malam. konon konon nak tido awal. xnak mengantuk kat sekolah. Tapi malangnya, mata aku ni macam tak reti mengantuk. Mengada sungguh mata aku ni. Dan pada pukul 3 pagi, barulah aku dapat tido. zzzzzzzzzzzzzz.

Then, pukul 6 pagi aku kena bangun untuk ke sekolah. Ikut abang aku yang akan hantar adik aku gi sekolah tu la. Nak harapkan aku drive? Ntah selamat ke tak kereta tu. Kalau nak pergi pukul 9 or 10 pagi, takda sapa nak hantar aku. masing masing ada hal sendiri. Jadi, terpaksalah aku menggagahkan diri bangun pagi.
Dah la dah 3 bulan straight aku bangun lambat. Rasa nak sambung tido je dalam bilik mandi tu. Bencinya kena bangun pagi!

lepas tu.
lepas tu.
hmmm. malas la pulak nak cerita semua sekali. banyak tak penting.

pengetua sekolah aku bergerak ke PPD PG untuk ambil result SPM dan STAM pukul 8++ pagi
well. sekolah aku merupakan sekolah agama swasta. mesti la kena ambil sendiri! banyak cantik muka kau PPD nak hantar kat sekolah! faham faham dah lah.

kesian kan??? sarapan kat skola tau! T___T

pukul 10++ pagi, barulah urusan ambil keputusan SPM dan STAM selesai di PPD.
baru kat PPD ye. kat sekolah belum lagi.

6 dari 10 orang pelajar perempuan yang mengambil keputusan SPM

errrr. da la.
makin malas la nak menaip.

meh la aku umumkan bagitahu result aku terus.
seperti yang dijangkakan, result aku sangat sangat teruk.

ni candid bukan lakonan.

apa result aku?
1A, 2A-, 1B+, 2B, 2C, 4D
1 per 3 dari subjek yang TIDAK KREDIT ya anak anak. Sila belajar kalau nak periksa!
& aku cuma dapat B+ untuk B.Melayu. memalukan sungguh! huish malu gila kot melayu tak dapat A dalam bahasa sendiri.


lepas tunggu Wanie sampai & ambil result dia, kitorg pergi ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Aku nak hantar seluar untuk di alter kat sana.
Kitorg ajak Nazreen, Qayyum dan Izzul untuk join kitorg pergi City Square JB. Daa nak sampai sana CS tu, Izzul cadangkan tukar plan; pergi Danga Bay. nak karaoke kononnye. so, ikutkan jek la plan tu.
makan kat Singgah Selalu sekejap. then, pergi karoke kat Danga Bay tu la. ok. serius suara aku cam katak bentung. -.-" malu gila. tapi sebab nak lepas stress punya pasal, lenjan jek la.
*aku tak suka karoke sebab aku confirm akan sakit tekak and sakit tu akan tarik sampai ke kepala. tak tahu la migrain ke hape ke*

malam tu, aku ikut akak aku pergi D'va. karaoke lagi! peh memang nampak sangat ke aku stress dengan result aku? hahaha poyo aku ni.
bukti aku gi D'va walaupun nyanyi stengah lagu je. haha

actually nak sambut birthday kawan dye, Ben.
jangan persoalkan keluasan bilik ini. ini ilik deluxe. bilik lain full. terbang duit MEREKA.

Aku just nyanyi sikit sikit je. Tak tahu la lagu2 kat situ. Budak kampung la katakan! haha

Monday, March 8, 2010

I Dumped Friendster and Myspace For Facebook

Yesssssssss. Macam yang tertera di tajuk entry ini, aku telah dumped Friendster & Myspace.
Aku dah buang akaun Friendster lepas habis peperiksaan SPM tahun lepas. Myspace? Belum lagi. Tapi dah nak tiba ajal dia dah aku rasa.
aku signup Friendster tahun 2006 masa dalam Tingkatan 2. Myspace pulak masa dalam Tingkatan 3. Facebook? Tingkatan 4. Tagged? tak hingat siot! akaun ada tapi tak aktif. check sebulan sekali. hi5 pon sama.
Aku gila laman sosial? Agaknya la! Tapi rasanya lebih pada jakun kot! hehe


rupa facebook aku


apa yang aku suka sangat dengan Facebook;
ada game yang kalau start main, anda akan addicted (ntah ntah aku sorang je camni).
okay ni contoh game nya;
i love farmville!!!! haha

banyak lagi game yang popular.
mafia wars, cafe world, restaurant city etc
tapi aku main farmville je. best gila tau!

bende yang orang lain menyampah tapi aku suka;
join group or become a fan!!! haha

aku memang addicted untuk bende alah ni. hehe

bende alah yang paling aku menyampah.........
 ni serius takda otak. ape main hit dengan makanan? hehe

ni pon sama. macam mana aku nak accept? bukan kau bagi betul betul!

ada 1 lagi application yang tersangat popular. pillow fight! application yang annoying gila.
aku tak faham kenapa ada manusia yang main bende alah tu. xdapat nak print screen sebab xjumpe lagi dah sekarang ni.
benda benda ni semua, memang da confirm comfirm aku block. tersangat menyemak & selalu membuatkan darah aku mendidih sebab penuhkan ruang wall aku je.


ini buat aku tak suka..
kenapa tagged photos terletak di atas & lebih besar berbanding gambar yang aku upload sendiri?

nampak bukan? tuan punya FB tiada kuasa nampaknya. haha

tapi takpe la. Tom, I'm sorry! haish

Saturday, March 6, 2010

peh terasa gila aku! nak nangis! mana eyemo ni???

cerekarama yang ditayangkan disiarkan di TV3 tadi,
Dalil Cinta akonkan oleh Sh. Amani & Fahrin kekasih hatiku yang ke sepeluh.
aku tak curang dekat Farid Kamil ok! Fahrin ni aku punya scandal je! hahaha
peh syukur gila aku Farid Kamil tak berlakon dalam drama ini. tak ada lah dok berpeluk sakan dengan Sh. Amani. I jelous u tahu tak kalau u buat macam tu, Farid?! muahaha

hensemnye u! i tergoda tau! hahahaha


Berbalik kepada cerekarama tadi,
Peh memang bengang betul aku. Rasa mendidih je darah aku ni ha
I terasa tau! Cerita ni macam nak perli i je! hahahaYahhhhhh! Aku dengan rela hatinya mengaku sikap aku sama sebijik sebijan dengan cik Nisa dalam cerekarama tadi tu.
Dengan pemalasnya. Tak reti masak. Tak reti nak rajin rajinkan diri kemas rumah.Bangun tido lambat. Paling sama sekali, berangan nak kahwin cepat! Eeyh Cik Nisa, kau kena sampuk dengan perangai aku ke? Pelik sungguh. Lai lai datang rumah aku kita buat group anak gadis nak kahwin cepat. haha

Tuesday, March 2, 2010

Her voice is beautiful!

ewah.
berspeaking pulak aku kali ni ye.

http://www.youtube.com/watch?v=m17Sca892CU
so, this girl is Nurellisya Binte Abdul Muttalib.
she'd writen this song by herself.
tajuk lagu; Puteraku
lirik die, memang wow! :)

Monday, March 1, 2010

Happy Bithday To You Happy Birthday To You

Hari jadi kau jatuh pada 29 Februari, tarikh yang cuma ada 4 tahun sekali. Tahun lepas takda, tahun ni pun takda. Eh eh! Tahun depan pon la! Ish kesian nya kau! Hehehe. Aku tak jahat eh, aku baik! Sebab tarikh birthday kau yang pelik ni la aku senang nak ingat (aku kan pelupa tahap karma)

ni aku nak bagi ayat comel sikit (bayangkan aku tengah kelip kelip mata gaya budak perempuan gedik nak mintak aiskrim seringgit aiskrim 20 sen taknak aku budak perempuan demand)

ok sediakan baldi kat tepi kau sebab aku tergelak gelak nak tulis benda ni. confirm kau pulak loya nak baca. hehehe.

teman,
terima kasih kerana sudi menjadi temanku.
kau sentiasa berada di sisiku saat susah dan senangku dahulu.
kau sentiasa memahami rasa hatiku.
kau juga sentiasa menghulurkan bantuan kepadaku
tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata betapa aku berterima kasih kepadamu
juga betapa aku sayang kepadamu.
persahabatan yang telah kita bina 3 tahun sudah,
amat bermakna buatku.
tidak ku sangka,
persahabatan kita akan menjadi begitu erat pada saat itu.
Terima Kasih Temanku.

Happy Birthday yang ke Lapan Belas (?)


dah besar dah kau! dah 18! nak tengok cerita 18sx ke 18sg ke, jangan lupa ajak aku! (aku paling tak hingin masuk cerita hantu ngan cerita terkejut terkejut. tak jadi la 18sg, 18sx je hehehe gatai!)

tak lama lagi aku pulak 18 tahun! dewasa beb dewasa! bangga i! muahahaha