Sunday, March 6, 2016

Percutian Bajet ke Banda Aceh dan Sabang - PENGALAMAN HARI 1

Assalamualaikum..

Post ni aku just akan cerita pengalaman kami, atau pengalaman aku la yang paling tepat sepanjang dekat Aceh tu. Post sebelum ni aku copy paste apa yang tour planner bagi je. Hehehe.

Hari Pertama (Khamis, 11 Februari 2016)

Kami beli ticket AirAsia jam 1.15 petang waktu Malaysia dan akan sampai lebih kurang jam 1.45 petang jam di Banda Aceh ya. Bukan 30 minit dalam flight tapi 1 jam 30 minit. Waktu Indonesia kan lambat 1 jam. Tapi flight kami delay 30 minit, siap bertukar boarding hall lagi. Tour planner kami, Husaini sentiasa je whatsapp aku hari nak berangkat ni, siap request ambil gambar takut tour guidenya, Bahrul tak kenal kami. So, kami hantar la gambar ini.


Ada tour yang baru balik Umrah yang naik flight sama dengan kami, makanya ramai la jugak even hari biasa kan. Sebelum off phone dalam flight, aku inform la Husaini ye yang kami nak berangkat. Dalam flight pon delay 15 minit. Tapi tak kisah la, aku bosan bosan macam tu senang je nak lelap.

Sampai je dekat Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh, beratur la dulu nak cop passport. Tak ada isi apa-apa form pon rasanya kecuali selepas cop passport tu, isi form declare barang and duit tu je. Keluar je dari situ, berkejar-kejar cari toilet! Yang penting, toilet bersih! Hahaha

Keluar je dari pintu kawasan tu, tour guide kami Bahrul dah pegang kertas yang tulis nama aku. Yang penting, tour guide handsome. Lain sangat dari yang pergi Bandung ke Jakarta ke Padang ke. Hahaha. Tunggu semua keluar then bergerak la ke kawasan bandar untuk check-in hotel. Jauh la jugak, naik kereta dan tak payah la acah-acah nak berjalan kaki. Mind this; our tour guide cum driver or kalau di tempat lain orang panggil supir, have a degree in Computer Science. Part time jadi tour guide and dah nak balik baru kami tahu yang dia taukey untuk kereta yang disewa tu. (Nak marketkan tour guide, single lagi)

Lepas dah check-in, bersiap nak ke Lampuuk. Kami minta tour guide bawa kami cari sim card dulu. Haish budak-budak sekarang ni tak ada phone ke line ke data ke tak senang duduk gamaknya ye? Hehehe. Agak susah nak cari kartu sim nya. Sebab Bahrul pakai postpaid! Hahaha. Tapi alhamdulillah lepas berpeluh-peluh mencari akhirnya dapat juga beli kartu sim ini .


Maaf tapi aku tak ingat berapa IDR aku beli ini. Yang pasti, kawan aku yang study dekat Banda Aceh kata ni paling mahal tapi coverage bagus walaupun dekat Sabang / Pulau Weh.

Lepas siap ini semua, kami bergerak ke Lampuuk.  First stop adalah Masjid Tsunami Rahmatullah. Cukup banyak di media sosial. Gambar selepas kejadian Tsunami diambil dari sini

      Masjd Rahmatullah selepas Tsunami

Dari kawasan luar masjid

Semasa kami sampai di Masjid Rahmatullah ni, hujan mula turun. So, boleh la solat dulu then tengok keadaan dalam ya
Ini binaan dalam masjid kesan tsunami yang dibiarkan tidak terusik agar yang melihatnya boleh muhasabah diri. Part lain dah dibetulkan sikit ya.


Bergambar dengan Imam Masjid Rahmatullah yang terselamat dari Tsunami dahulunya. Kehilangan anak dan isteri nya semasa Tsunami. Kalau berkesempatan atau terserempak imam ini, boleh la dengar pengalamannya semasa Tsunami. Serius sebak dengar!

Selepas sejam setengah di sini, kami berangkat ke Pantai Lampuuk. Kalau google, pantai ni cantik juga! Ada macam chalet di sini namanya Joel's Bungalow. Disebabkan hujan, kami duduk minum kopi di Cafe Joel's Bungalow tu je. Tapi lepas tu berlari-lari redah hujan ke tepi pantai sebab tak nak terasa rugi pergi ke pantai minum kpoi sahaja. Hehehe




Lewat petang, kami pulang ke hotel dan sebelah malamnya kami bergerak ke Mie Razali untuk makan Mie Kepiting, makanan yang cukup popular di Banda Aceh (Mie Kepiting adalah Mee Ketam). Ada je Mie Cumi-cumi (sotong), udang semua tu. Tapi why not try Mie Kepiting yang popular ni kan. Hehehe


Kepiting / ketam tu boleh dimakan ya. Aku pon mula-mula macam was-was halal ke haram. Tapi lepas whatsapp family semua, mereka kata ini ketam yang boleh dimakan. Ini BUKAN KETAM BATU. Oh ya, kedai ni memang banyakkkkkkkk sangat orang, makanya bersabar lah tunggu makanan anda. Dekat sejam juga la kami tunggu. Tapi dia punya sedap menjilat jari. Tak sempat ambil gambar makanan, dah habis. Hehehe.

Lepas habis makan, kami pusing-pusing kawasan bandar tu dan Bahrul tanya nak pergi try minum kopi tal. Orang Aceh sangattttttttt suka minum kopi. Banyak sangat kedai kopi di sana.

Di Maroon Coffee!

Ini namanya manual brew coffee with ice ye! Hehe

Lepas habis berborak dengan Bahrul, Husaini dan anak bos kedai ni, kami pon balik ke hotel. Makanya disaster pon bermula di mana aku tak boleh tidur sampai jam 5 pagi! Bos kedai tu bagi kami rasa macam macam kopi even yang pure coffee. Mana la nak tidur gamaknya macam tu kan.


Okay end of day 1. Semoga aku rajin buat post Day 2. Hehehe. Till then, Assalamualaikum

0 sepakan: