Monday, December 13, 2010

Bangganya aku berat dah turun!

yes yes! berat dah turun! i'm happy! muah muah!

Tadi awal pagi pergi medical checkup / health examination untuk masuk UiTM tu. Oh tipu je tak ada la awal pagi sangat, 10.30 pagi tu dah nak dekat tengahari dah. Bangun dengan mata panda sebab tidur pukul 6 pagi bangun pukul 9 pagi. awwww comel nya mata panda, macam ni la rupa dia 0_0 ! comel kannn?

Buat medical checkup dekat Poliklinik Puteri dan Surgeric, Skudai. Perling-Skudai tak la jauh sangat, dalam 10 minit dah sampai. Lagipun dulu dulu masa ayah kerja lagi, tu salah satu klinik panel kita orang; anak anak pekerja Telekom Malaysia Berhad, so tak payah nak berdaftar lagi la. Oh saya bukan anak orang kaya loaded gila la konon nak berlagak pergi buat medical checkup dekat swasta. Jauh gila la dari kaya aku ni anak orang yang biasa biasa je. Sederhana tapi kalau dapat duit belanja boros nak mampos. Ye la kan, nama pon tak kaya, beratur la barang yang terhingin nak beli!

Actually, kakak aku yang tak bagi pergi hospital kerajaan untuk buat medical checkup. Sebabnya, dah macam satu kemestian la kan nurse dekat hospital kerajaan buat muka bajet, muka ketat, muka cemberut, belum kira layan macam tutttttttt! Tu yang macam 'ish menyampahnya aku! Apa kau ingat free ke buat medical checkup dekat tempat kau? Berpuluh hinggit jugak kau charge! Kalau FOC, kau nak buat muka bangga gila sebab berjaya jadi nurse hospital kerajaan tak apa la jugak!' Nurses yang tak buat macam tu jangan marah ya, yang buat sila terasa.

Misi misi (nurse) kat klinik ni best! Sengih je setiap masa. Pastu nampak orang je, tegur. Pergh memang friendly la kan. First buat x-ray dulu. Sila jangan nak menyebok nak tahu, nak x-ray kena buat apa. Paham paham sendiri sudah. Kalau tak paham jugak, try pergi buat sendiri. Then mesti la amek air kencing, dalam bahasa sopannya urine. Rasa nak meroyan je kat situ sebab susah kot nak buang air secara paksa! Selalunya nature call ni dah datang baru pergi buang air.Untuk sesiapa yang nak buat medical checkup, sila minum air 1 botol besar sebelum pergi bagi memudahkan dan menjimatkan masa proses buang air kecil.

Lepas 2 proses yang agak heh!, buat la pulak untuk mata tu. Ala, baca je la huruf yang dia tampal kat dinding. Guess what? Aku dapat 0. Satu huruf pon tak nampak! Wa rabun power 400 kanan, 400 kiri maaa mana nak nampak. Eh nampak memang la nampak tapi kabur blur je. Lepas tu ukur tinggi. Oh baru aku tahu sejak aku form 4 tinggi aku tak menaik, masih 158cm. Pendeknya aku! T_T. Ha lepas ukur tinggi, buat benda yang palingggggggg aku suka! Timbang berat! Hahaha memang dasar sengal aku ni. Happy tersengih lebar aku tengok berat aku menurun ke 49kg! Sebelum ni tak pernah kot jejak bawah 50kg! Tapi aku still pelik la, berat dah turun tapi kenapa badan tak turun eh? Musykil musykil.

Ha proses yang kat atas ni semua dijalankan oleh misi misi. Lepas dah siap semua ni, baru masuk jumpa doktor. Siap check tekak, telinga, heartbeat, tekanan darah ke apa ntah. Oh tak boleh nak lupakan malu gila berbual dengan doktor tu. Dia tanya belajar kat mana nanti ni, aku jawab Perak. Then dia tanya, area mana aku kata Bota. Ok aku sebut Bota guna bahasa baku padahal orang semua panggil Bot'e'. HomaiGod malu gila bila doktor tu tergelak then bagitahu aku orang semua panggil Bote. Aku ingat ayah aku panggil Bote sebab orang Johor buat macam tu. Malu malu!

Apsal aku macam rasa aku cerita pasal medical checkup bukan pasal berat badan aku? Tak pe la. Ok jugak cerita pasal medical checkup. Best tau pergi medical checkup kecuali part proses 2 terawal tu je la. T_T

Sebab aku berusaha kuruskan badan (walaupun tak berjaya. berjaya turunkan berat sahaja tapi tahap kegemukan masih sama); nak pakai baju kebaya hitam; baju raya tahun lepas, untuk akak aku punya walimah. Tema hitam putih and tu la baju hitam yang aku ada. And ianya kebaya yang aku rasa dah macam kebaya pinjam! Cara turunkan berat badan; make sure lepas 4 jam makan baru tidur. Kalau makan pukul 11 malam aku akan tidur lepas pukul 3 pagi. Memang agak bodoh tapi nampaknya agak berkesan! Lepas belajar, tak ada harapan la nak jejak 50kg! 60kg, i'm comingggggggggg! Aku kalau stress aku akan makan and dengan belajar, aku akan stress. Comel kan? T_T

1 sepakan:

Juwairiyah said...

ye. bila ko blaja ko jd stress.
bila ko stress ko akan makan
bila ko makan ko akan jd gmok kekeke

wah bagus lerh. aku nii 59 kg jerp. stok badan sasa mmg xleh tahan~ kekeke. btw eh asal aku menunduk bila pandang ko? padahal aku 159 cm weyh. musykil musykil.

ye ke? agak2 bote tu best x? doktor tu ensem x? wakakka