Sunday, November 28, 2010

tak ada idea. nol.

so, aku nak copy paste soalan dari formspring dan jawab panjang lebar lebih SIKIT dari aku jawab dekat formspring. hehe. ntah hape hape


Soalan Pertama :
Kenapa perempuan sekarang cepat sangat melupakan sesuatu?
Soalan ni macam tak terang doh. Serius.  Melupakan sesuatu dari segi apa sebenarnya maksud kau? Okay kalau dari segi pelupa, aku admit perempuan memang pelupa tapi tak semua la, aku sorang je kot yang pelupa macam mak nenek. Tapi ni mesti dari segi cintan cintun kan kan kan? Pandai aku! Haha. Tapi kan.... Aku still tak dapat tangkap apa yang perempuan tu lupakan sebenarnya. Aku ni dah la lampi, tanya soalan berkias kias pulak. straight to the point tak boleh ke? haish


Soalan Kedua :
Apa anda rasa kalau orang yang anda suka, suka orang lain?
 macam ayat ayat cinta kot! hehe

 Okayyyyy. Fuh... Soalan memang tepat tuju kat batang hidung aku yang sedia ada kemek ni. Sejujurnya, yes aku ada suka seseorang and mamat tu pula suka gadis lain. Kau nak tahu apa rasa nya kan? Aku rasa kau pon tentu dah tahu. Tapi tak apa la aku jawabkan juga. Rasa dia macam, kau amek cili padi 20 batang, kau tumbuk then amek apa apa ingredients yang patut, kau buat la sambal belacan. Lepas tu kau makan. Ape refleks kau? Jawapan dia, menangis la kan. Selalu nya orang menangis sebab apa? Okay aku tak maksudkan sebab makan benda pedas gila. Aku maksudkan menangis = sedih. Ni untuk yang hati tisu senang koyak. Tapi untuk hati tisu senang hancur aku ni, aku tak sedih pon. Aku jelous gila je dengan gadis tu! Hell yeah aku jenis kuat jelous. Itu lah kelemahan aku.




Tak sangka ada orang ingat aku dR Cinta (R besar ala ala dR  Rozmey yang hensem gila dengan style rambut alaf 21 memang macho gila la wa cakap. i lap u la dR Romzey).
Aku memang payah sikit bab bab soalan cintan cintun ni sebenarnya. Sebab, aku tak ada experience langsung. Sumpah! No experince at all! Nol! Weyh, tengok muka boleh agak kot. Muka I suci murni tau. Alahai jangan jeles aku puji diri sendiri! Sebenarnya nak cakap, aku tak cantik macam Lisa Surihani so aku tak ada la pakwe atau bahasa scientific nya boypren. Sila cari awek awek cun untuk tanya soalan cintan cintun sebab dia orang confirm banyak pengalaman! Hehe