Friday, November 12, 2010

Malasnya nak sambung belajar!

28 November 2010 (Ahad) aku kena mendaftar di Kamsis Koperasi, Apartmen Yayasan Melaka, Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong, Cheng, Melaka. ha amik kau alamat penuh aku letak.
Daftar pengajian pelajar baru sesi disember 2010 Politeknik Kota Melaka. ya ya dan ya aku akan ke sana.

Result UiTM dijangka keluar on 29th November. tak sempat aih nak tunggu. karang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. wah aku guna malay saying! hehehe. masa SPM dulu, punya lah begok lupa semua. Kalau dapat UiTM, keluar dari Politeknik tak? sejujurnya, i dont know. kalau dapat course Perancangan Bandar dan Wilayah, maybe aku akan angkat kaki dari Politeknik (memang takde harapan pon). Kalau dapat course lain, aku tak keluar kalau semua bayaran kat Politeknik burn hancur lebur sesen tak dapat balik. Kalau tak dapat apa apa course, errr perlu ke aku jawab?

ha. kalau dikira, sekarang ni 12 November 2010. Maknanya, tinggal 16 hari je lagi aku kena blah dari Johor Bahru tempat aku menternak lemak selama  hampir setahun ni. oh ya, lupa nak inform, business penternakan lemak aku dah tersangat sangat sangat berjaya! tahniah untuk diri sendiri! -____-"

Aku dah start kemas barang dari Jumaat lepas (mak aku dah potpet suruh kemas barang takut lambat lambat nanti tak sempat nak beli mana yang kurang). Aku agak tak puas hati sebab 1 beg tarik saiz sangat besar, 1 beg tarik saiz biasa dan 1 beg angkat (ape nama eh?) pon tetap tak muat barang barang aku! adalah dekat 5-6 kali aku kemas balik. aku dah buat yang cara roll semua baju da tu! ni dia baju yang masa awal awal aku pack:-
  1. Baju kurung 9 helai + 1 dipakai masa hari pendaftaran.
  2. Kemeja 4 helai, slack hitam sehelai, slack cream sehelai
  3. Blouse panjang 3 helai.
  4. Dress 5 helai.
  5. Baju riadah 3 helai, seluar track 3 helai.
  6. Baju tidur 4 pasang
  7. Shirt lengan panjang 3 helai, Shirt lengan pendek 5 helai.
  8. Sweter sehelai, cardigan putih, merah dan purple.
  9. Jeans hitam, biru, putih, coklat
Tak la banyak sangat. Tapi baju kurung tebal sangat kot lagipun berpasang kan.


At last, aku amek keputusan tanya bestfriends aku, Zalina dan Juwairiyah apa yang perlu aku keluarkan. Adalah 1/2 dari baju baju aku yang aku tinggalkan. Ni je yang aku bawak;-
  1.  Baju kurung 6 helai + 1 dipakai masa hari pendaftaran.
  2. Kemeja 2 helai, slack hitam sehelai.
  3. Blouse panjang sehelai
  4. Dress 2 helai.
  5. Baju riadah sehelai, seluar track 3 helai.
  6. Baju tidur 4 pasang.
  7. Shirt lengan panjang 2 helai, Shirt lengan pendek 2 helai.
  8. Sweter sehelai, cardigan hitam dan purple.
  9. Jeans hitam dan putih.
 Lantak lah cukup ke tidak. Ulang je la baju yang sama setiap minggu. *nada sakit hati*
Sekarang ni tinggal 1 beg tarik besar dan 1 beg angkat je. Tapi kemampatan serta keberatan dia memang tiada tandingan la! Itu pun belum berisi telekung, sejadah, kasut sukan, iron. Mana nak sumbat pon aku tak tahu la. Mahu pengsan aku ni kalau dapat bilik tingkat 5 nanti! (minta minta dijauhkan)


Tinggal 16 hari ni, aku BELUM dapatkan tandatangan saksi, buat medical checkup, buka akaun BIMB, apply PTPTN, bayar segala bayaran yang kena bayar, beli barang yang tak cukup. Senang kata, aku cuma dah kemas beg aku tapi tak habis sebab belum beri barang yang tak cukup lagi. Hehehe. Ikut perancangan, Sabtu or Ahad ni cari saksi untuk dapatkan tandatang. Isnin or Selasa minggu depan buat medical checkup. Beli barang tak tahu la bila. Bayar semua duit yuran+daftar+kamsis serta buka akaun BIMB pertengahan bulan sebelum 25 November. Apply PTPTN kat sana je la nanti!!!!!!!\

Kenapa malas nak sambung belajar? Ni la sebabnya. Macam macam nak kena buat. Dengan hotak aku yang dah setahun tak digunakan ni. Dengan sikap pemalas yang semakin meraja. Dengan waktu tidur yang tunggang langgang. haih malasnya

1 sepakan:

Juwairiyah said...

hahaha terharu i. pergh gylaa kentang ah. terkejut aku tgk list kau. hoi ko nak sambung blaja bkn nak shopping2. ko nnt kat sne da xfikir la nak shopping2 bagai uh haha.

yup2 ptptn sambung buat dkt sne jek. ko cye x aku xproceed lg ptptn. tersekat, ada prob haihh